Tempat Makan Best di Ipoh Perak


Tempat Makan Best di Ipoh Perak l Assalamualaikum. Siapa orang Ipoh angkat tangan? Ana bukan orang Ipoh tapi suka pergi Ipoh. Rugi siapa tak pergi sini sebab kalau korang nak tau Ipoh telah disenaraikan sebagai 10 destinasi di Asia yang wajib dikunjungi. Kalau dah sampai Ipoh tak sah kalau tak cuba makanan yang ada di sini. So hari ni Ana nak share dengan korang beberapa Tempat Makan Best di Ipoh Perak. Ada antaranya yang Ana dah pernah cuba try test.

Tempat Makan Best di Ipoh Perak

Ingat lagi masa Ana ke Ipoh 8-9 tahun lepas. Bukan main susah nak jumpa tempat makan yang best dan halal di sini. Memang buntu habis. Last-last makan dekat food court Aeon je. Tapi last year bila Ana ke sini semula, memang banyak yang dah berubah. Kedai makan yang halal dah bersepah-sepah wujud. Tinggal korang nak pilih jer. 

Selain dari Tempat Makan Best di Ipoh Perak, Ipoh semakin mendapat tarikan pelancong tempatan sebagai destinasi percutian keluarga sebab tempat menarik untuk dikunjungi pun semakin banyak. Antara tumpuan para pelancong ke sini tak lain tak bukan ialah di MAPS Ipoh ni. Apa lagi sekarang ni masuk pun dah PERCUMA kan. Sure makin ramai akan ke sini untuk bercuti kan.

Baca juga : Mini Zoo di Gunung Lang Ipoh

Ok lah jom kita tengok Tempat Makan Best di Ipoh Perak yang menanti korang. Semoga entri ni dapat membantu korang buat pilihan dan plan tempat makan mana yang korang nak terjah nanti.

1. Green Town Dim Sum Cafe

Bagi peminat makanan masakan Cina terutama dim sum, korang wajib try ke Green Town Dim Sum Cafe. Terdapat pelbagai jenis dim sum baik yang stim atau yang bergoreng ada disediakan.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Ana recommend untuk korang cuba Pyramid Dumpling dekat sini. Ada salted egg dalam tu. Rugi tak cuba sebab pyramid dumpling ni antara dim sum popular dekat sini. Kali ke-2 Ana singgah sini takde stok dah. Sedih tau. Nyesal tak order banyak hari tu.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Nak makanan bergoreng, nasi ayam, nasi lemak untuk sarapan, menu berasaskan mee pun ada juga.  InsyaAllah semua pun sedap. Oh ya, pada yang muslim tu jangan risau sebab kafe ni mempunyai sijil halal dari JAKIM. So korang boleh lah makan tanpa was was ok!!

2. Miker Food

Miker Food - antara salah satu tempat makan best di Ipoh Perak yang Ana nak kunjungi masa ke sini hari tu tapi sayang takde rezeki sebab full house. Nak cari parking kereta pun takde u olls. Dahsat kan? Sebab tu orang tempatan kata kalau nak ke sini, better datang awal sebelum pukul 9.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Bila dah sampai sini jangan lupa untuk order menu popular mereka iaitu pizza. Katanya dari bau je dah boleh rasa sedap, apa lagi bila dah kunyah dalam mulut.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Selain dari tu, terdapat pelbagai makanan barat dan tempatan turut disediakan di sini. Sambil makan sambil enjoy view padang Ipoh yang penuh dengan bangunan-bangunan kolonial lama. Mesti syok kan.

3. David's Diner

Kalau rasa teringin nak cuba makanan Amerika yang halal dan pada harga yang sangat reasonable, korang patut ke David's Diner ni. Ni pun antara salah satu Tempat Makan Best di Ipoh Perak yang popular di kalangan penduduk tempatan tu sendiri.

Bila dah kata makanan Amerika ni sure lah menu-menu yang dihidangkan tak kan lari dari menu seperti stik, pasta, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Macam Ana kata makanan Amerika dekat sini sangat reasonable sebabnya kalau korang amik menu dari set-set yang ditawarkan, korang bukan setakat dapat main course dan air jus saja, tapi korang juga akan dihidangkan dengan pembuka selera dan juga pencuci mulut. Serius sangat berbaloi dan yang penting korang akan kekenyangan masa melangkah keluar dari restoran ni.

4. Popiah SS Ali TKK Ipoh

Tempat makan best di Ipoh Perak tak terhad pada makanan yang berat saja. Kalau korang tercari-cari makanan yang ringan untuk minum petang, korang patut ke Medan Selera Dato Tahwil Azhar dan cuba Popiah SS Ali TKK Ipoh.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Gerai popiah ni akan start beroperasi seawal 3.30 petang dan tutup once semua popiah tu dah habis. Menurut owner Popiah SS Ali ni, buat banyak mana pun popiah pada hari tu, at the end tetap akan habis. So korang kalau takut habis, better datang awal.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Nampak tak betapa sedap dan popular popiah ni dekat Ipoh. Isi popiah kemain penuh dengan sayuran dan telur. Korang boleh cuba popiah basah dan juga popiah goreng. No wonder Popiah SS Ali ni termasuk dalam 10 tempat makan best di Ipoh. Ana sendiri dah cuba dan memang sangat puas hati u olls.

5. Deen CT Corner Cendol

Perak is so hot guys!! Especially masa tengahari. Memang kering tekak dibuatnya. Masa panas-panas ni pekena cendol memang sangat nikmat. Sebab tu Ana ke Deen CT Corner Cendol yang terletak di Jalan Musthara Al Bakri. Beroperasi bermula pukul 11 pagi hingga 6.30 petang.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Menu cendol dekat sini simple je. Ada cendol biasa, cendol jagung, cendol pulut, cendol kacang dan cendol campur. Harga bermula RM2.50 hingga RM4.00 sebekas. Kalau bungkus tambah RM0.50 setiap satu.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tapi bagi Ana dah lebih dari cukup untuk basahkan anak tekak yang kering tu. Rasa dia tak terlalu manis sampai boleh buat tekak lagi perit. Lagi syok cendol tu dia bubuh dalam bekas besi. Memang sentiasa sejuk lah cendol tu masa korang hirup tu.

6. Restoran Saffani

Eh takde ke restoran atau kedai masakan Melayu dekat Ipoh ni? Eh mesti lah ada korang. Restoran masakan Melayu ni siap jadi pilihan rancangan JJCM lagi. Restoran yang Ana maksudkan ialah Restoran Saffani yang dimiliki oleh seorang bekas cef hotel.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Antara menu yang dicadangkan dan mendapat review yang baik dari para pelanggan ialah kari kambing, ikan keli bakar dengan kuah istimewa, kari kepala ikan, ayam bakar dan banyak lagi. Nak cuba? Korang cari Restoran Saffani di Persiaran Pulau Baru 2.

7. Canning Dim Sum

Ni lagi satu tempat makan best di Ipoh Perak bagi korang yang meminati dim sum halal. Terdapat lebih daripada 50  pilihan dim sum yang ditawarkan di restoran ni.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Antara dim sum yang dicadangkan untuk dicuba ialah lau Sa Pau iaitu dim sum dengan gabungan 5 perasa iaitu telur asin, teratai, bijan hitam, keladi dan coklat. Wow mesti sedap kan? Dah alang-alang ke sini jangan lupa untuk cuba kopi istimewa yang dihidangkan. Katanya aroma kopi restoran ni sangat menggoda dan kaya dengan rasa yang lazat.

8. Char Kuey Teow Abang Sayang

Pening kepala tak tau nak makan apa untuk dinner? Nak makan nasi terasa muak pulak. Apa kata korang cuba Char Kuey Teow Abang Sayang yang terletak di Jalan Meru Bestari A14 ni.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Apa yang membuatkan char kuey teow di sini lain dari yang lain adalah kerana ia menggunakan kuah istimewa selain dari isi udangnya yang besar. Nak makan nasi ayam, sate dan sup daging pun ada. Sambil makan sambil layan persembahan live band. Syok kan?

9. Suhaimi Cafe
Suhaimi Cafe merupakan tempat makan best di Ipoh Perak yang tidak kurang hebatnya. Menu utama yang wajib korang cuba di sini ialah roti benggali dengan kuah kari ayam. Tekstur roti yang lembut dan rasa kuah yang pekat pasti akan buat deria rasa korang tersentak.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Selain tu roti titab juga menjadi pilihan ramai di sini. Bayangkan roti di bakar rangup disapu dengan kaya kemudian ditindih dengan telur separuh masa. Perghhh kecur air liur beb. Untuk air pula jangan lupa untuk cuba air green tea, mocha coffee dan Vietnam coffee yang padu dengan rasa. Mesti mata korang akan segar sepanjang malam.

10. Nasi Ganja Restoran Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan

Siapa tak kenal dengan Nasi Ganja Restoran Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan ni kan? Ana yakin kedai ni merupakan kedai nasi ganja yang paling popular dan paling banyak dikunjungi. Tak caya korang pergi dan lihat sendiri. Dari jauh korang boleh nampak orang dah beratur panjang menunggu giliran memasing.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Halal ke nasi ganja ni? Halal tau korang sebab owner nasi ganja ni ialah seorang India Muslim. Cuma dia tumpang berniaga di kedai kopi Yong Suan ni. Kalau dah ke sini make sure korang cuba pelbagai jenis lauk kari yang dimasak. Kasi banjir ok!!

Amacam, terliur tak tengok makanan-makanan dekat atas ni?? hehe. Lepas ni dah tau lah mana  nak cari tempat makan best di Ipoh Perak ni kan? Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan yang best dan popular yang korang boleh cuba cuma apa yang Ana senaraikan ni antara yang paling popular dan mendapat review yang baik dari para pelanggan. So selamat mencuba.

Tempat Makan Best di Ipoh Perak Reviewed by Ana Suhana on September 24, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Deen ct cendoi tu serius sedapppp. legend

    ReplyDelete
  2. Wah terima kasih kak kongsi tempat makan menarik.. Pulaknya ada yang memang Kegemaran PC tu.. Boleh la cuba ni.

    ReplyDelete
  3. Rumah family kinah dengan Restoran Saffani tu dalam 10 minit je nak pergi hehe. Memang sedap lauk pauk dia.

    ReplyDelete
  4. balik Perak boleh pergi ni. dah lama x pekena popiah basah tu.

    ReplyDelete
  5. Ok bookmark bln depan nak ke Ipoh.. Bolehlah singgah mana yang sempat.. Sedapnye Popia tu kena cuba nnt

    ReplyDelete
  6. haritu cuti ipoh beria nak amakn nasi ganja, tapi esoknya lupa..sadis..hahaha..sebab anak cranky..lepas ni cuti boleh list lagi dan cari

    ReplyDelete
  7. Malam2 buta zaza duk baca entri ni.. Perut pun kruk2 dah ahaha.. Rasa nak mencuba tapi jauh 😭

    ReplyDelete
  8. Taktau pula kat ipoh ada mknn sedap. Zira suka dimsum

    ReplyDelete
  9. Lama tak pergi sana. Nanti kalau pergi sana nak try lah makan kat tempat Ana syorkan

    ReplyDelete
  10. jarang ke ipoh sebab jauh tapi pernah sempat merasa popiah tu kak. Memang sedap. beli 2 bungkus.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian. Nanti kalau sis kesana boleh le singgah tempat makan dlm list ni..nampak sedap2

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.