Tasneem HOME Centre : Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah Lengkap Dengan Marketing Tools PERCUMA

Tasneem HOME Centre : Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah Lengkap Dengan Marketing Tools PERCUMA l Assalamualaikum. Hari ni kita boleh nampak ramai yang mengeluh dengan kekangan kewangan yang dihadapi. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama bagi mereka yang telah berkeluarga, menambahkan lagi beban dan tekanan ketua keluarga dalam usaha menampung keperluan harian. Sebab tu hari ni kita boleh lihat ramai suri rumah mengambil langkah proaktif dengan melibatkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan bagi membantu meringankan beban suami.


Tasneem HOME Centre : Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah Lengkap Dengan Marketing Tools PERCUMA


Memahami desakan hidup tersebut, Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel dengan bangganya telah melancarkan program yang dinamakan Tasneem HOME Centre di dalam sebuah majlis "Hi-Tea & Soft Launch Tasneem HOME Centre" yang diadakan baru-baru ini.


Tasneem HOME Centre


Pada event soft launch tersebut, seramai 21 orang agen telah hadir dan berjaya mendaftarkan diri mereka sebagai Tasneem HOME Centre dan turut menerima marketing tools PERCUMA dalam sesi penyerahan yang diadakan. Tahniah buat semua.



Apa Itu Program Tasneem HOME Centre?

Tasneem HOME Centre


Tasneem HOME Centre merupakan satu inisiatif perniagaan yang menyasarkan pembukaan lebih banyak pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di bandar atau luar bandar. Kiranya korang ada pejabat perniagaan Tasneem Naturel sendiri di rumah. Tak perlu nak bazir duit sewa ruang niaga di luar. Bila dah ada Tasneem HOME Centre, pengedar Tasneem akan jadi lebih mudah dicari seterusnya produk Tasneem akan lebih mudah didapati dan lebih dikenali.



Kelebihan Menjadi Tasneem HOME Centre


Bagi yang tertanya apa beza antara Tasneem HOME Centre dan ejen Tasneem Naturel yang biasa tu, meh Ana kongsi antara kelebihan-kelebihan yang korang akan dapat bila menjadi  Tasneem HOME Centre.


1. Pelanggan Mudah Beli Produk


Dengan menjadi salah satu Tasneem HOME Centre, korang secara langsung telah memudahkan para pelanggan Tasneem Naturel mendapatkan produk secara terus dan cepat di kawasan terdekat mereka. Tak perlu dah dorang nak contact ejen-ejen yang lain. Datang terus je ke rumah korang. 



2. Jimat Masa dan Kos


Kalau tadi urusan pelanggan jadi mudah, kali ni dengan Tasneem HOME Centre ianya dapat menjimatkan masa dan kos penghantaran kepada pelanggan. Sebabnya pelanggan boleh terus beli produk Tasneem Naturel secara bersemuka seperti pembelian di kedai fizikal. Tak susah-susah dah kita nak bungkus produk untuk urusan penghantaran atau kurier.



3. Senarai Lokasi Di Website

Tasneem HOME Centre

Pelanggan yang nak cari Tasneem HOME Centre berdekatan mereka hanya perlu ke website rasmi Tasneem Naturel. Di sana mereka akan jumpa senarai lokasi-lokasi Tasneem HOME Centre yang berdaftar yang ada di kawasan sekitar mereka. Mudah kan?



4. Cari Lokasi Guna Google Maps & Waze


Bila pelanggan dah tau mana lokasi Tasneem HOME Centre yang berdaftar yang dorang nak pergi, dorang boleh terus cari lokasi guna Google Maps atau aplikasi Waze yang telah dipamerkan di website tersebut. Kira just klik je lokasi tersebut, korang dah boleh terus drive ke sana. Tak perlu nak tekan butang search bagai.



5. Ganjaran dan Hadiah

Tasneem HOME Centre


Bagi setiap Tasneem HOME Centre yang berjaya mencapai nilai restock tertentu akan ditawarkan penghargaan berupa pelbagai hadiah menarik.



6. Bimbingan Dari Founder

Tasneem HOME Centre


Bagi memastikan setiap Tasneem HOME Centre mencapai target yang disasarkan, founder dan pihak pengurusan HQ akan menyediakan bimbingan dan bantuan dari semasa ke semasa. So korang tak lah tergapai sorang-sorang tanpa arah tujuan dalam perniagaan. Gitu!!!



7. Marketing Tools Percuma


Nak berniaga ni, marketing tools kena ada. Baru lah orang lebih yakin nak berurusan dengan kita. Apa itu marketing tools?? Antaranya seperti bunting, catalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan. Bagi setiap Tasneem HOME Centre berdaftar, korang akan diberi marketing tools di atas secara percuma. Siap special kad perniagaan dengan wajah korang sendiri. Best kan??


Tasneem HOME Centre

Dengan adanya marketing tools ni, orang-orang berdekatan korang akan tau tentang kewujudan Tasneem Naturel. So lebih besar dan mudah lah untuk korang market kan produk-produk Tasneem ni.



Syarat-syarat Kelayakan Tasneem HOME Centre


Semua orang boleh ke mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre? Ye boleh tapi ada syarat-syarat yang ditetapkan. Ini bertujuan agar Tasneem HOME Centre yang ada tu betul-betul komited untuk berjaya dalam perniagaan.


Tasneem HOME Centre


Actually program Tasneem HOME Centre ni terbahagi kepada 2 program iaitu Tasneem HOME Centre dan Tasneem HOME Centre Mini. Jom kita tengok syarat-syarat kelayakan untuk kedua-dua program yang ditawarkan ni.


Syarat Kelayakan Tasneem HOME Centre


1. Permohonan untuk menjadi Tasneem HOME Centre adalah terbuka kepada ranking Junior Leader, Exec Leader dan Master Leader.


2. Mereka yang mahu mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre perlu membuat nilai restock minimum RM2,000 (2 bulan berturut) untuk layak mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre.


3. Setiap Tasneem HOME Centre yang mahu didaftarkan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak HQ. Pendaftaran hendaklah melalui proses permohonan dengan pihak HQ. Sesi temubual (interview) akan dilakukan sebelum apa-apa kelulusan diberikan.


4. Mereka yang lulus memegang status Tasneem HOME Centre, WAJIB membuat nilai restock minimum RM2,000 (1 bulan) untuk terus mengekalkan status dan nama mereka tetap tersenarai di web Tasneem Naturel.


5. Bagi mereka yang tidak membuat nilai minimum seperti yang dinyatakan, nama mereka akan DIGUGURKAN dari website dan status sebagai Tasneem HOME Centre akan DITARIK.


6. Konsisten dan komited menghadiri kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak HQ bagi membantu meningkatkan jualan sebagai Tasneem HOME Centre.



Syarat Kelayakan Tasneem HOME Centre Mini


1. Permohonan untuk menjadi Tasneem HOME Centre Mini adalah terbuka kepada ranking Partner sahaja.


2. Mereka yang mahu mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre Mini perlu membuat nilai restock minimum RM1,000 dan restock minimum RM500 pada bulan berikutnya untuk layak mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre Mini.


3. Setiap Tasneem HOME Centre Mini yang mahu didaftarkan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak HQ. Pendaftaran hendaklah melalui proses permohonan dengan pihak HQ. Sesi temubual akan dilakukan sebelum apa-apa kelulusan diberikan.


4. Mereka yang lulus memegang status Tasneem HOME Centre Mini. WAJIB membuat nilai restock minimum RM500 (1 bulan) untuk terus mengekalkan status dan nama mereka tetap tersenarai di web Tasneem Naturel.


5. Bagi mereka yang tidak membuat nilai minimum seperti dinyatakan, nama mereka akan DIGUGURKAN dari website dan status sebagai Tasneem HOME Centre Mini akan DITARIK.


6. Konsisten dan komited menghadiri kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak HQ bagi membantu meningkatkan jualan sebagai Tasneem HOME Centre Mini.



Ayuh Suri Rumah Ramai-ramai Daftarkan Diri Sebagai Tasneem HOME Centre


Macam mana, menarik kan program  Tasneem HOME Centre? Kalau korang nak tau, program Tasneem HOME Centre ni selaras dengan objektif syarikat Tasneem Naturel untuk membantu lebih ramai suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang sekaligus mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.


Tasneem HOME Centre

Oleh itu, pihak Tasneem Naturel amat mengalu-alukan suri rumah di luar sana yang berminat untuk sertai team Tasneem Naturel untuk mendaftar sebagai pengedar sah secara PERCUMA dan bergerak ke hadapan menjana pendapatan yang lebih baik.


So pada korang yang berminat untuk menjadi Tasneem HOME Centre, ayuh daftar sebagai pengedar Sah Tasneem Naturel Segera! 



Untuk senarai dan kokasi Tasneem Home Centre berdekatan, korang boleh ke www.tasneemnaturel.com/tasneemhomecentre.


Untuk info lebih lanjut atau info berkaitan promosi yang sedang dijalankan, korang boleh layari website atau sosial media Tasneem Naturel seperti di bawah :


Facebook

https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq/


Instagram

https://www.instagram.com/tasneemnaturel/


Tasneem HOME Centre : Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah Lengkap Dengan Marketing Tools PERCUMA Reviewed by Ana Suhana on September 15, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.