Perabot Murah di Kedai Perabot Murah


Perabot Murah di Kedai Perabot Murah l Assalamualaikum. Cerita tentang perabot pulak kali ni. Bukan apa saja nak share dengan korang kan. Kot ada yang tercari-cari nak beli perabot kan. Apa kata korang survey Perabot Murah di Kedai Perabot Murah di Padang Balang KL ni.
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Beli Perabot di Kedai Perabot Murah 

Nak beli perabot ni bukan senang untuk Ana. Bukan apa, susah sebab nak jumpa yang berkenan dekat mata Ana sebenarnya. Pilihan memang banyak tapi kalau tak berkenan tak guna gak. Berkenan tu bukan dari segi design je tapi saiz juga.

Actually Ana bukan fussy mana pun. Cuma banyak benda nak kena take into consideration. Especially bab saiz sebab al-maklumlah rumah Ana rumah flat so saiz sangat terhad. Lain lah kalau dah ada rezeki mampu bina rumah atas tanah sendiri kan tu lain cerita. Kalau terbeli yang besar, takde space dah untuk Syafi bermain. Semua kena pikir tu. Ngeee. Lagi satu bab harga. Perabot sekarang ni bukan murah u olls. Kalau ada yang murah, bab kualiti pula out.
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Baru-baru ni Ana nak cari sofa sebab sofa lama dah tak berapa ok. Boleh je nak duduk lagi tapi buat apa kalau buat sakit badan kan. Better cari baru. Survey punya survey Ana berkenan dengan satu sofa dari Kedai Perabot Murah ni. Tengok harga memang murah. Tak sampai RM500 pun. Tapi macam tak sure nak ke tak.

Kebetulan adik Ana pun nak cari almari untuk bilik dia. So moh ler kita berjemaah ke Kedai Perabot Murah tu. Dari Selayang memang dekat sangat nak ke Padang Balang ni . Dalam 20 minit dah boleh sampai. Tu pun sebab banyak traffic light.

Tapi nak masuk ke Kedai Perabot Murah ni bercinta sikit sebab jalan dia sempit yak mat. Kawasan perumahan katanya. Ngam ngam untuk 2 kereta lalu je. Tu pun kalau kereta besar, tayar dah keluar dari jalan tar tu. Lepas tu dah sampai nak cari parking pun payah sebab takde tempat khusus untuk parking. Tapi korang boleh je selit parking tepi-tepi rumah orang tu.

Masa mula-mula sampai, eh betul ke ni Kedai Perabot Murah tu. Keciknya. Besar kedai runcit rumah Ana je. Hati dah berbelah bagi sebenarnya. Tapi sebab dah sampai masuk je lah.

Tak banyak perabot pun dalam tu u olls. Hanya ada display beberapa jenis perabot macam almari, katil, tilam, sofa dan meja solek. Selebihnya korang boleh tengok dalam katalog dia. So far harga memang murah. Ada yang jenis set, ada yang jenis ala carte. Haha. Macam tengok menu makanan pulak. :p
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Masa tengok almari, adik Ana berkenan dengan almari 2 pintu yang ada. So lepas tengok harga (RM699) dia pun on nak yang tu. Cuma dia minta tambah drawer 2 unit dan alihkan susunan cermin supaya tinggi sikit. Untuk drawer kena tambah duit sikit. Each drawer RM20 so 2 unit RM40. Yang cermin tu takde caj sebab dia boleh buat masa nak pasang nanti.
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Sekarang bab sofa pulak. Sofa display yang ada terlalu besar untuk rumah Ana. Ye lah sofa 6-7 seaters kot. So tengok katalog je lah. Belek punya belek nampak sofa yang Ana berkenan tu. Terus tanya staff dekat sana. Rezeki Ana dapat tengok sofa tu sebab kebetulan ada orang order dan ready to deliver. Bila dah tengok, on je lah. 
Perabot Murah di Kedai Perabot Murah 
Ni lah sofa tu. Dalam katalog, cover dia nampak macam yang jenis berkilat yang panas tu. Tapi rupanya bukan. Dan bestnya ada ciri water resistance lagi. Sesuai sangat lah sebab dak Syafi tu suka makan minum atas sofa. Yang kain tu korang boleh pilih warna dan corak yang korang berkenan. Cuma kalau corak yang bunga-bunga kena tambah harga lain lah tapi tak mahal pun. Macam Ana amik yang macam dalam gambar sebab dah berkenan yang tu. Harga dia hanya RM449 je sebab ada promo. Alhamdulillah rezeki. Tambah delivery caj jadi RM469. Ok sangat lah tu kan.  Ade je kedai-kedai perabot dekat area rumah Ana jual sofa yang sama tapi harga dia beza sampai RM200. Banyak tu kan!!

So far Ana memang puas hati. Sofa Kedai Perabot Murah ni bukan cap ayam punya sofa. Walau murah tapi kualiti dia tip top. Sofa dia kemain tebal. Kalah sofa yang Ana guna sebelum ni. Tu beli dari I*** kot. Pun tak setebal sofa Kedai Perabot Murah ni.

Mesti korang tertanya kenapa harga yang ditawar murah berbanding kedai perabot lain? Jawapan dia sebab dorang ada kilang sendiri. So apa yang korang order ni semua dorang buat sendiri dekat kilang tu. Jadi harga yang korang dapat tu kira harga dari kilang. Sebab tu murah!!. 

So pada korang yang tercari-cari sofa, boleh lah cuba survey di Kedai Perabot Murah ni. Korang boleh waze je. Dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam. InsyaAllah puas hati dengan kualiti dan harga yang diberi sambil-sambil kita support kempen BMF kan. :)




Perabot Murah di Kedai Perabot Murah Reviewed by Ana Suhana on September 30, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. Cantiklah material kain sofa tu kak ana. Berbaloi sangat dapat beli yang tu. Delivery pun murah je

    ReplyDelete
  2. Kalau pindah KL boleh la beli perabot di sini. Cantik dan murah...

    ReplyDelete
  3. Cantiklah..murah dan menarik..inshaAllah mampu milik.

    ReplyDelete
  4. Peluang bagi yang ingin mencari perabot

    ReplyDelete
  5. Murah jugak ye harga perabot dia. Kalau tau sini murah, kinah beli je kat sini je tau. Takpe next time la pulak

    ReplyDelete
  6. suatu hari nanti saya hias rumah dengan konsep minimalist..

    ada perabut yang sederhana dan kecil kecil sahaja

    ReplyDelete
  7. set katil dgn almari tu murah la.. nasib liez dah ada semua perabot klau tak nak je cari kat situ. takpe in future boleh g sana mana tau ada yang nak ditukar kan..

    ReplyDelete
  8. murah juga perabot dia kalau nak compare dengan kedai lain.

    ReplyDelete
  9. MURAH SANGAT semua perabot tu Ana, husniey pun tengah survey perabot murah macam set meja makan dan lain-lain. Kalau dekat ni bestnyaaa mesti dah gi beli :D

    ReplyDelete
  10. Terima kasih utk review ni. Sy pun tgh cari perabot mur2 tp kualiti n cantik. Kt Pdg Balang kan. Nnt sy pegi tgk

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.