Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia


Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia  | Assalamualaikum. Bagi korang yang plan nak bercuti di negeri Perak, jangan lupa untuk singgah di Kampar. Sebabnya korang boleh ke salah satu tempat menarik di Kampar iaitu Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia ni.
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia 

Kalau nak ke USS atau Disneyland Hong Kong rasanya belum cukup tabung. Kalau setakat untuk sorang tu tabah lah lagi. Tapi kalau dah berkeluarga, berkira-kira juga lah nak bayar kan. Nak pujuk hati yang tak berapa nak lara ni, Ana ajak suami ke Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia. Kira ok lah kan. Hehe. 

Bandar Agacia Kampar ni kalau dari pekan Kampar dalam 10 minit macam tu. Sebab Kampar ni merupakan kawasan luar bandar, so jalan dekat sini tak berapa nak sibuk seperti di Ipoh.
Ana masa memula sampai dekat Bandar Agacia Kampar, krik krik lah juga. Sebabnya sunyi sepi wei. Takde orang pun. Kedai makan pun takde. Haha. Selamat lah kitorang dah breakfast sesiap sebelum ke sini.
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar

To describe, Bandar Agacia Kampar ni sebenarnya lebih kepada satu kawasan bangunan kosong yang tak beroperasi yang berkonsepkan villa-resort dari kartun animasi seperti di Disneyland Hong Kong. Style juga kalau buat villa atau banglo sendiri ala ala konsep macam ni kan. Hehe.
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Setiap lot bangunan Bandar Agacia Kampar ni mempunyai rekabentuk yang tersendiri dan tak sama antara satu unit dengan unit yang lain. Semuanya cantik-cantik belaka. No wonder banyak muzik video retis-retis Malaysia dirakam di sini.
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Nak lagi cantik, semua bangunan dicat menggunakan warna pastel. So memang ngam ngam ho untuk instagrammable. Terasa macam dekat overseas kejap. #perasansendiri. Haha. 
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Sayangnya banyak yang dah tak terjaga. Biasa lah vandalism di mana-mana kan. Nama je zaman dah maju tapi ramai je yang pemikiran masih mundur. Kemudahan dah elok orang sediakan tapi tu lah, bila tak dijaga rosak juga kan. Contoh macam pondok telefon ala London dekat bawah ni. Konon Ana nak masuk lah dalam tu sekali pintu rosak dah. Sadis sekali.
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar
Tapi apa apa pun bagi yang suka bergambar atau yang kaki kamera, memang syok lah datang sini sebab confirm gambar-gambar korang akan cun punya.
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar 
Bandar Agacia Kampar
Bandar Agacia Kampar 
Cumanya kalau kalau nak ke Bandar Agacia Kampar ni better pergi belah pagi sebabnya kalau lambat, boleh berkicap beb. Panas dia kemain lagi. Lencun ketiak dengan peluh. Haha.  Tak pun belah petang. Pun ok juga. Dan maybe weekend akan ramai dengan orang. So sila lah datang masa weekdays macam Ana. Boleh bergambar tanpa kena photo boom. Hehe.

Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia Reviewed by Ana Suhana on August 07, 2023 Rating: 5

21 comments:

  1. kedai2 belakang tu mmg tak open ke tak tu..

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. tak tahu pun kewujudan tempat ni.. nasib baik ana share. mana tau next time pegi ipoh boleh la terjah.. hehe

    ReplyDelete
  3. Serius baru tau kewujudan tempat ni..memang sangat instagramable la..kalau akak la dapat pi sini mesti banyak gambar akak amik ni...cantik sangat...

    ReplyDelete
  4. cantik tempat ni, sesuai dengan ana sekeluarga yang suka berposing :)

    ReplyDelete
  5. menarik nmpknye...tq share info tmpt ni...br tau

    ReplyDelete
  6. Nampak cantik tempat ni. Dengan warna bangunan nampak simple dan creative. Thank u for sharing.

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  7. cantik jugak kampar ni..tapi sayangnya macam tak berpenghuni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan luar bandar sis,biasalah.cuba buat kat ipoh confirm sesak. Hehe

      Delete
  8. Ada juga lalu tapi tak menyinggah pun.. Cantik tempatnya..

    ReplyDelete
  9. Tak pernah tahu pun kewujudan tempat ni dan tempat ni tak nampak macam dekat Malaysia pun.

    ReplyDelete
  10. Menariknya.. baru tau ni. Bolehlah bawa family ke sini waktu sesuai cuti sekolah nanti. Thanks sharing Ana :)

    ReplyDelete
  11. Kinah pernah lalu sekali tapi masa tu tengah panas berdenting. Tengok dari luar je la tak turun pun. Mungkin satu hari la kot pergi

    ReplyDelete
  12. Oh, dia macam town city ye Ana? Memang takde naik tangga masuk kat dalam? Uniknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar bergambar dekat luar bangunan je sis. Tak boleh masuk pun sebab semua berkunci.

      Delete
  13. ni yang dekat bandar baru kampar tu ke?

    ReplyDelete
  14. Menarik.. tempatnya pon nampak cantik dan tenang sahaja... teringin nak pergi hehehe

    ReplyDelete
  15. Batu Tau pasal tempat Ni. Tq Ana for sharing

    ReplyDelete
  16. cantik sangat tempat dia..macam dekat luar negara la

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.