Tasneem Naturel Nak Bagi 5,000 Cough & Sleep Patch Percuma

Tasneem Naturel Nak Bagi 5,000 Cough & Sleep Patch Percuma l Assalamualaikum. Sekarang ni cuaca di Malaysia tak menentu. Kejap panas, kejap hujan sepanjang hari. Kesannya anak-anak mudah jatuh sakit seperti terkena selesema, batuk dan demam. Memang risau lah dibuatnya.


Tasneem Naturel Nak Bagi 5,000 Cough & Sleep Patch Percuma


Stok ubat-ubatan memang sentiasa ada dekat rumah. Senang bebila anak-anak tak sihat, boleh terus bagi dorang makan. Selalunya kalau dorang demam, selesema dan batuk, selain dari bagi makan ubat, Ana akan sapukan CF-Rub Balm dari Tasneem Naturel ni. Sejak Syafi kecik lagi Ana dah guna Tasneem Naturel ni. Now dah ada Suraya dan Syakir pun Ana tetap setia guna produk Tasneem Naturel ni. 


Tasneem Naturel Patchure CF Patch & Sleep Tight Patch


Baru-baru ni, Tasneem Naturel ada keluarkan 2 produk terbaru mereka iaitu CF-Patch dan Sleep Tight Patch yang berfungsi untuk melegakan selsema dan membantu anak-anak mudah tidur. Ianya berkelulusan FDA, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan. Sesuai untuk mak-mak zaman sekarang yang nak mudah semuanya.



CF-Patch Bantu Melegakan Selesema, Batuk & Demam


Bagi yang tak pernah guna mana-mana produk Tasneem Naturel, korang jangan risau sebab bahan-bahan yang digunakan semuanya dari bahan semulajadi dan selamat untuk anak-anak.


Tasneem Naturel Patchure CF Patch & Sleep Tight Patch


Contoh untuk CF-Patch ni, antara bahan-bahan yang digunakan ialah Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb yang berupaya untuk turunkan suhu panas tekak yang menjadi punca batuk.  Selain tu ada juga akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root yang membantu menjadikan tekak lebih selesa dan bertindak membebaskan kahak. Heartlef Houttuynia Herb pula bertindak sebagai penyahtoksin dalam badan, manakala Pepperweed & Apricot Seed pula membantu melancarkan dan melegakan paru-paru.


Tasneem Naturel Patchure CF Patch & Sleep Tight Patch

Antara kebaikan CF-Patch ini ialah ianya membantu mengatasi batuk yang berpanjangan, mengeringkan hingus dari dalam, melancarkan sistem pernafasan serta membantu menurunkan suhu badan dengan pantas. Mudah je nak guna CF-Patch ni. Korang boleh rujuk gambar di bawah.


Tasneem Naturel Patchure CF Patch & Sleep Tight Patch



Sleep Tight Patch Bantu Anak Mudah Tidur


Kalau korang ada anak yang aktif waktu malam dan susah nak bagi dorang tidur, korang boleh cuba Sleep Tight Patch ni. Ianya berfungsi memberi kitaran tidur yang lebih baik di mana anak-anak akan mempunyai jadual tidur yang lebih teratur.


Tasneem Naturel Patchure CF Patch & Sleep Tight Patch


Sleep Tight Patch juga membantu anak-anak dapat tidur yang nyenyak dan berkualiti, sekaligus menyokong proses tumbesaran yang baik. Bila tidur nyenyak, mood anak-anak pun akan happy je.


Tasneem Naturel Patchure CF Patch & Sleep Tight Patch


Tahu tak antara punca anak susah tidur malam adalah disebabkan mereka keresahan. Ini akan menyebabkan mereka susah nak tidur atau meragam sepanjang malam. Korang boleh kurangkan rasa resah anak-anak dengan Sleep Tight Patch ni. InsyaAllah anak-anak akan mudah tidur dan kurang berjaga pada waktu malam. Boleh lah mak ayah dapat tidur yang lena juga.


Sleep Tight Patch diperbuat daripada bahan semulajadi seperti Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark yang membantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi. Amber & Raw Dragon Tooth pula bertindak menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.


Selain itu, Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori berfungsi membantu menyah angin dalam badan. Manakala Angelica Dahurica & Lotus Plumule pula mempunyai fungsi antipiretik yang bertindak mengurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan. Nak pakai Sleep Tight Patch ni pun mudah. Boleh rujuk gambar di bawah.


Tasneem Naturel Patchure CF Patch & Sleep Tight Patch



Bilal Pun Dah Pakai Patch Tasneem Naturel


Siapa tak kenal dengan Bilal kan. Anak Neelofa yang sentiasa menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang terhibur dengan aksi comelnya. Haa kalau korang nak tau, Bilal sendiri dah cuba Patch dari Tasneem Naturel ni. Korang boleh tengok video dekat bawah ni.



Kalau korang aware, Neelofa sangat particular bila melibatkan anak beliau. Baik dari segi pemakanan dan produk-produk yang digunakan. Tapi bila Neelofa sendiri dah guna patch Tasneem Naturel dekat Bilal, tu maksudnya beliau percaya dengan keberkesanan produk Tasneem Naturel ni.

Tasneem Naturel Patchure CF Patch & Sleep Tight Patch


Antara sebab Neelofa percaya dengan Tasneem Naturel ni adalah sebab semua produk Tasneem Naturel bebas toksin dan mempunyai kelulusam FDA. So selamat untuk digunakan untuk kanak-kanak termasuk bayi.


Lepas tu, Patchure Tasneem Naturel ni pula tak mempunyai bau herba yang terlalu kuat dan tidak meruap bila pakai. Kemudian ianya tidak meninggalkan kesan lekatan di mana gam yang diguna tidak melekat terlalu kuat sehingga menyakitkan anak-anak ketika nak cabut patch tersebut. Oh ya, patchure ni bukan untuk kegunaan anak-anak je tau, malah orang dewasa pun boleh pakai sekali. Best kan?? Harga pun sangat berpatutan. Sekotak hanya RM25 sahaja untuk kegunaan sekeluarga.



5000 Patchure Tasneem Naturel Percuma


Bagi yang nak cuba sendiri dan alami keberkesanan patch Tasneem Naturel ni, korang boleh dapatkan sampel percuma dengan tekan link di bawah ni. Terima kasih kepada team Tasneem Naturel yang berbesar hati nak berkongsi 5000 patch kepada rakyat Malaysia.


>>> 5000 Patch Percuma <<<


Untuk info lebih lanjut atau info berkaitan promosi yang sedang dijalankan, korang boleh layari website atau sosial media Tasneem Naturel seperti di bawah :


Facebook

https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq/


Instagram

https://www.instagram.com/tasneemnaturel/


Tasneem Naturel Nak Bagi 5,000 Cough & Sleep Patch Percuma Reviewed by Ana Suhana on June 20, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.