5 Tips & Idea Untuk Bina Dapur Mewah dan Praktikal. Rekaan No 2 Tu Paling Popular


5 Tips & Idea Untuk Bina Dapur Mewah dan Praktikal. Rekaan No 2 Tu Paling Popular l Assalamualaikum. Sebut pasal dapur, perkara pertama yang kita akan kaitkan ialah aktiviti memasak oleh para ibu. Betul tak? Sampaikan ada yang jadikan dapur tu kawasan larangan untuk kanak-kanak sebab takut ada yang tercedera.



5 Tips & Idea Untuk Bina Dapur Mewah dan Praktikal. Rekaan No 2 Tu Paling Popular




Tapi tu pandangan dulu. Hari ni, kawasan dapur lah jadi tempat paling penting, paling sibuk dan 'pusat tumpuan' ahli keluarga dan saudara mara untuk berkumpul. Sebab tu ramai wanita inginkan dapur yang nampak mewah, besar dan cantik.


Jom kita layan video dapur mewah dekat bawah ni dulu.


Tapi kena ingat, nak bina dapur ni bukan je perlu nampak mewah dan cantik semata. Yang paling penting sesebuah dapur itu mesti lah praktikal. Ini bermaksud dapur tersebut dapat berfungsi dengan baik. Bukan sekadar tempat untuk memasak, malah lebih dari tu seperti dijadikan tempat makan, tempat buat homework untuk anak-anak (senang mak-mak nak pantau), tempat melepak, berborak dan macam-macam lagi.



10 Tips Ciri-ciri Dapur Yang Praktikal



Jom kita tengok ciri-ciri dapur yang praktikal yang dikongsi oleh Dr. Azizul Azli Ahmad - pakar rekaan dalaman dan hartanah dari UiTM.


1. Keadaan dapur mestilah selesa untuk digunakan terutama untuk aktiviti memasak.


2. Mempunyai ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke kawasan dapur. Pencahayaan yang baik akan menjadikan dapur nampak semakin luas.

Sumber : HGTV


3. Ruang tingkap juga perlu untuk faktor pengudaraan. Ini supaya semua bau yang tidak menyenangkan dapat dialir keluar dari ruang rumah yang lain. Takde lah ruang tamu berbau bawang nanti.


4. Pemilihan material untuk lantai dapur juga perlu dititikberatkan. Penggunaan jubin atau kayu antara pilihan terbaik. Ini kerana ianya dapat mengelakkan dari lantai menjadi licin ketika basah selain mudah untuk dibersihkan.

Sumber : Houzz


5. Bagi rumah bersaiz kecil yang tidak ada ruang tingkap, penggunaan serombong asap amatlah perlu untuk elak bau dari tersebar ke seluruh rumah.


6. Dapur yang praktikal hanya ada alatan yang digunakan saja. Contohnya macam microwave, wajib ada untuk panaskan lauk-pauk. Berbanding dengan oven yang jarang digunakan. Tak perlu nak nampak mewah semata tapi tak kalau tak digunakan, no point kan. Membazir je tu.


7. Pilih warna skima neutral atau earth color kerana ianya pilihan popular dan tak lekang dek zaman. Senang nak match dengan perabot dan alatan nanti.


8. Susun atur atau kedudukan antara sinki, dapur memasak dan peti sejuk mestilah mengikut prinsip golden triangle agar kerja-kerja memasak menjadi mudah, jimat masa dan tenaga si isteri. Tak lah terkejar-kejar nak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sumber : HomeLane


9. Dapur yang praktikal juga menggunakan kitchen top dari material yang keras dan tahan lama. Sebabnya banyak aktiviti lasak seperti memotong, menghiris, menumbuk akan berlaku di atas permukaan ini.


10. Akhir sekali, cukup lah ada satu dapur sahaja. Tak perlu nak sampai dua dapur seperti di luar negara sana. Yang penting dah habis memasak, kena kasi kemas sampai berkilat. Baru lah nampak bersih, menawan dan kekal cantik. Tapi kalau ada ruang luas dan bajet lebih, tak salah pun kalau nak ada dua dapur.



5 Idea Dapur Mewah Yang Tak Jemu Mata Memandang


Ok sekarang dah tau kan ciri-ciri dapur yang praktikal dan bukan cantik dan mewah semata. Dah alang-alang cakap pasal dapur cantik, jom kita tengok 5 idea dapur mewah ni. Mana tau artikel ni dapat bantu sumbang idea pada korang yang tengah tercari-cari idea nak renovate dapur kan.


Eh kalau nak renovate rumah pun boleh. Boleh tengok video rumah banglo setingkat dengan keluasan 4000kps ni dulu.




1. Dapur Mewah Gaya Klasik

Sumber : AliExpress


Gaya klasik antara gaya yang masih relevan pada zaman moden hari ni. Ini kerana dapur mewah dengan gaya klasik ada tarikan keanggunannya yang tersendiri. Ala ala istana gitu.


Untuk dapur mewah yang bertemakan klasik ni, pemilihan perabot, alatan dapur serta kelengkapan lain mesti lah mempunyai ciri-ciri vintage. Manakala dari segi material pula, penggunaan bahan berasaskan kayu sangat bertepatan dengan gaya klasik. Nak ekstra klasik, boleh pasang chandelier vintage untuk serlahkan kemewahan dapur tersebut.



2. Dapur Mewah Gaya Minimalis

Sumber : Decoora


Dapur dengan gaya minimalis merupakan pilihan popular hari ini. Ini kerana gaya minimalis fokus pada perkara-perkara yang penting sahaja. Dalam erti kata lain, gaya minimalis lebih mengutamakan fungsi ruang berbanding penampilannya. Dan gaya ini biasanya sesuai untuk rumah yang berkeluasan sederhana.


Terdapat beberapa elemen utama yang perlu diambil kira untuk bina sebuah dapur yang bergaya minimalis. Antaranya menggunakan warna yang neutral (kebanyakkannya akan pilih warna putih), memilih perkakasan yang bersaiz sederhana, mengurangkan sentuhan dekorasi yang berlebihan, memaksimakan faktor cahaya agar dapur nampak luas serta fokus pada ruang terbuka.



3. Dapur Mewah Gaya Kontemporari

Sumber : OppoliaHome


Dapur mewah gaya kontemporari antara konsep dekorasi yang menyerlahkan keunikan yang tersendiri dengan memanfaatkan keluasan ruang agar nampak ringkas tapi masih kekalkan konsep kemas dan menarik.


Untuk gaya kontemporari, pemilihan warna asas adalah biasanya putih dan hitam, kemudian digabungkan dengan warna yang mempunyai elemen bumi sebagai warna sekunder dan warna tertier yang lebih dramatik.


Pemilihan perabot pula lebih kepada rekaan yang ringkas tanpa kemasan yang sarat sesuai dengan elemen warna yang dipilih. Manakala pemilihan material pula berasaskan bahan dari besi, kaca, cermin dan sedikit sentuhan kayu. Panel pemisah ruang pula mempunyai kemasan lelangit yang ringkas dan geometrik.



4. Dapur Mewah Gaya Scandivania

Sumber : BLANCO


Dapur mewah gaya Scandivania juga antara rekaan dapur yang mendapat permintaan yang sangat tinggi. Ini kerana konsepnya lebih ringkas, ringan dan terang namun tetap kelihatan moden dan estetik.


Dari segi material, gaya Scandi atau nordic ini menggunakan bahan berasaskan kayu atau alam semulajadi dan palet warna pula lebih tertumpu kepada warna neutral yang tenang.


Dari segi pemilihan perabot, dapur mewah gaya Scandinavia menggunakan perabut bersaiz sederhana. Dan untuk menaikkan lagi gaya mewah dapur korang, boleh gunakan material marmar untuk bahagian lantai.



5. Dapur Mewah Gaya Monokrom

Sumber : Kitchen Design Centre


Nak gaya dapur lain dari yang lain tapi tetap nampak mewah, boleh cuba gaya monokrom ni.


Gaya monokrom biasanya bertemakan warna hitam dan putih dan digunakan pada kitchen kabinet, kabinet dan juga perabot untuk mewujudkan suasana dapur  yang seimbang.


Untuk menaikkan lagi ciri mewah dan elegen pada dapur gaya monokrom ni, korang boleh juga menerapkan warna emas pada peralatan tertentu atau pada penataan cahaya. Ini kerana warna emas mempunyai aura mahal dalam elemen dekorasi.


Jadi itu saja yang ingin dikongsi kali ini. Diharapkan artikel ni dapat memberi manfaat pada yang membaca. Dan pada yang sedang merancang untuk bina dapur mewah idaman korang, semoga apa yang dirancang tercapai dengan baik. InsyaAllah.


Oh ya kalau korang nak cari kontraktor rumah yang boleh dipercayai, korang boleh guna perkhidmatan Syarikat Nas Nuri Construction, sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB gred G5.


Nas Nuri Construction mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang bina rumah tanah dengan lebih dari 100 buah rumah banglo berkualiti tinggi telah berjaya disiapkan mengikut spesifikasi yang dipersetujui. Serta mereka menawarkan 3 tahun jaminan struktur dan juga 1 tahun jaminan kemasan selepas tamat kerja binaan. 


Baca juga : Peguam Syarie Klang Berpengalaman Bantu Urus Harta Pusaka


Untuk segala pertanyaan dan persoalan tentang proses nak bina rumah, korang boleh berhubung terus dengan Nas Nuri Construction di nombor di bawah ni.


NAS Nuri Construction Sdn Bhd

No. 26-2F (2nd Floor),

Jalan Setia Perdana AY U13/AY,

Shah Alam, Selangor.


Telefon :

019-348 7372 (Fairul)

03-3392 3478 (Pejabat)


Website : www.nasnuri.com

Blog : www.dawaibesi.com

Facebook : NAS Nuri Construction


5 Tips & Idea Untuk Bina Dapur Mewah dan Praktikal. Rekaan No 2 Tu Paling Popular Reviewed by Ana Suhana on June 27, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.