Amalan-amalan Sunat Bulan Zulhijjah

Amalan-amalan Sunat Bulan Zulhijjah | Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni kita dah memasuki bulan Islam yang baru iaitu bulan Zulhijjah. Bulan untuk menunaikan haji bagi hambaNya yang terpilih bagi melengkapkan rukun Islam yang ke-5. Terdapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah SWT. 

Amalan Sunat Di Bulan Zulhijjah
Amalan Sunat Di Bulan Zulhijjah

Amalan-amalan Sunat Bulan Zulhijjah


Namun pada yang belum berpeluang untuk menunaikan haji, jangan sedih kerana masih terdapat banyak amalan sunat di bulan Zulhijjah yang boleh diamalkan. Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama.


Seperti yang kita tahu, dalam bulan ini juga kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah. Di antara 1-9 Zulhijjah tu, Allah telah menyediakan banyak amalan yang istimewa yang besar ganjarannya untuk hamba-hambaNya yang tidak menunaikan haji bersesuaian dengan hadis Ibnu Abbas RA di bawah ini :


"Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal sholeh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah)". Para sahabat bertanya: "Tidak pula jihad di jalan Allah?" Nabi SAW menjawab, "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun".


"Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid" (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan



Amalan Sunat Di Bulan Zulhijjah
Amalan Sunat Di Bulan Zulhijjah


1. Berpuasa Sunat 1-9 Zulhijjah


Nabi SAW amat menggalakn umatnya untuk berpuasa sunat 1-9 Zulhijjah kerana ianya merupakan sebaik-baik amalan soleh. Dalam tempoh tersebut, puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah amat ditekankan kerana Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


"Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]


Jangan lupa juga puasa sunat Hari Putih pada 14-16 Zulhijjah.



2. Memperbanyakkan Takbir dan Zikir


Para ulama menganjurkan agar umat islam memperbanyakkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahu Akbar) dan tahlil (Laa Ilaha Ilallah) dalam bulan Dzulhijjah. Ini selaras dengan hadis di bawah :


“Tidaklah ada hari-hari yang lebih mulia di sisi Allah dan amal-amal shalih di dalamnya lebih dicintai-Nya dibanding amal-amal shalih pada 10 hari-hari pertama bulan Dzulhijjah. Oleh karena itu perbanyaklah mengucap tahlil, takbir, dan tahmid’ (HR.At-Thabrani).



3. Solat Sunat


Solat sunat termasuk di dalam salah satu amalan soleh. Oleh itu alangkah baiknya jika kita memperbanyakkan solat sunat dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini. Dan solat sunat Aidiladha adalah merupakan solat sunat yang diutamakan di dalam bulan Zulhijjah ini.



4. Membaca Al-quran


Tanda kita mempunyai masa yang berkat ialah bila kita mempunyai masa untuk membaca Al-quran. Perbanyakkan membaca al-quran kerana ianya boleh menjadi penolong kita di alam kubur dan akhirat kelak.



5. Bersedekah


Lebih banyak kita bersedekah lebih banyaj rezeki yang Allah akan kurniakan pada kita. Memperbanyakkan sedekah dapat menyucikan harta dan jiwa serta menjadi salah satu asbab Allah memanjangkan usia kita. Oleh itu bersedekah lah mengikut kemampuan diri sendiri.



6. Berkorban


Berkorban antara salah satu amaln sunat yang boleh dilakukan bagi yang mampu. Berkorban selalunya akan dilakukan pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidiladha. Antara binatang yang boleh dikorbankan adalah lembu, kambing dan unta.


“Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) kurban yang lebih dicintai oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dari mengalirkan darah, sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada Allah ‘Azza Wa Jalla sebelum jatuh ke tanah, maka perbaguslah jiwa kalian dengannya.” (HR. Ibnu Majah, At-Tirmidzi, Al-Hakim).


Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, sunat baginya untuk tidak menggunting rambut dan memotong kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga ibadah korban dilaksanakan.


Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no:1977).



7. Bertaubat & Banyakkan Istighfar


Allah sangat mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa bertaubat dan akan mengampuni dosa-dosa hambaNya. Oleh itu kita disarankan untuk perbanyakkan istighfar dan solat sunat taubat



8. Berbuat Baik Sesama Insan


Melakukan perbuatan baik sesama insan adalah perintah Allah SWT. Hikmahnya ialah kita dapat merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim yang terbina. Rutin kan diri dengan sentiasa ziarah-menziarahi ahli keluarga dan rakan handia serta sentiasa meraikan tetamu yang hadir ke rumah.



9. Amar Makruf Nahi Mungkar


Bermaksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mengajak kebaikan ialah menyeru manusia kepada Allah atau mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Amar makruf nahi mungkar ialah amalan Sunnah Nabi yang Fardhu bersesuaian dengan hadis di di bawah :


"Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim).



10. Menghadiri Majlis Ilmu


Berada di majlis ilmu ibarat berada di taman-taman syurga seperti hadis di bawah:


"Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti untuk mengambil manfaat dan hasilnya." Para sahabat bertanya, "Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah?. Jawab Baginda, "Majlis-majlis Zikir (ilmu)."


70.000 malaikat akan turut hadir bersama dalam majlis ilmu tersebut dan mendoakan agar diampunkan dosa-dosa kita.



11. Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa


Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah banyakkan berdoa waktu Arafah. Ini kerana ia antara waktu doa mustajab. Sabda Rasulullah SAW :


Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)". [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan.


Itu sedikit sebanyak perkogsian buat semua. Semoga ada manfaat di hujungnya. Tak dapat buat semua buat lah mana yabg termampu. Tapi jangan sampai tak buat langsung. Jom sama-sama rebut ganjaran semampu yang mungkin selagi masih berpeluang. Sama-sama perbaiki diri kita yang banyak kekurangan dan berdosa ini. InsyaAllah.


Amalan-amalan Sunat Bulan Zulhijjah Reviewed by Ana Suhana on July 01, 2022 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.