Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi

Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi l Assalamualaikum. Susah nak cari kontraktor rumah yang boleh dipercayai sekarang ni tau. Dah ada beberapa kes terdekat yang Ana dah saksikan sendiri. Salah satunya jiran Ana sendiri. Sampai ratusan ribu berhabis, tapi kerja masih tak siap walau dah berbulan-bulan kerja-kerja pembinaan tu bermula.

Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi


Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi


Bab bina rumah ni, sebaiknya kita kena pilih kontraktor yang layak dan berwibawa. Sebabnya bukan sikit duit yang kita akan labur nanti. Salah pilih kontraktor, memang mengundang "bencana" lah jawabnya. Jangan pilih kontraktor disebabkan harga murah yang dijanjikan atau pilih atas dasar kawan-kawan. Semua tu tak boleh dipercayai. Senang kata tak boleh pakai. Percayalah!!.



Macam mana nak tau kontraktor tu layak dan boleh dipercayai??


1. Syarikat Berdaftar Dengan CIDB


Perkara paling penting, korang kena check ada tak kontraktor yang korang pilih tu berdaftar dengan CIDB. Kalau ada, alhamdulillah. Confirm bukan syarikat atas kertas saja. Dan make sure lesen mereka masih aktif ye!!


Nak check dengan CIDB tu senang je. Korang hanya perlu ke laman sesawang CIDB di www.cidb.gov.my, klik dekat bahagian "contractor search". Then taip lah nama syarikat kontraktor dan tekan "search". Nanti akan keluar nama syarikat beserta dengan gred dan tarikh tamat lesen.



2. Buat Lawatan Ke Pejabat Kontraktor


Nak lagi meyakinkan, korang boleh buat lawatan ke syarikat kontraktor tersebut. Syarikat yang kukuh akan ada fizikal pejabat dan kakitangan yang bekerja di dalamnya. Kakitangan pula mesti ada di setiap bahagian. Bukan 1 kakitangan buat semua kerja ye. Susah nanti nak berkomunikasi kalau ada apa-apa terjadi.



3. Mempunyai Pengalaman Yang Tinggi


Nak buat rumah ni bukan macam nak pasang khemah - dalam beberapa minit dah siap. Tidak ye. Nak bina rumah ni lagi-lagi rumah banglo memerlukan pengalaman yang tinggi untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan end result dia memenuhi semua checklist yang dipersetujui. Senang kata banyak perkara kena ambil perhatian bila nak bina rumah ni. Terlepas pandang satu perkara boleh menyebabkan kerja-kerja lain tergendala.


Sebab tu sebaiknya pilih lah kontraktor yang telah lama beroperasi dan mempunyai banyak pengalaman dalam bab bina rumah. Lagi lama mereka beroperasi, insyaAllah lagi bagus servis yang diberi. 



4. Buat Lawatan Ke Tapak Binaan


Kalau korang dah lawat pejabat kontraktor, next korang lawat pula tapak binaan untuk projek yang sedang mereka jalankan. Kenapa perlu lawat tapak binaan??



Sebab dari sini korang boleh double confirm yang kontarktor tu betul-betul terlibat dalam kerja-kerja bina rumah. Bukan sekadar guna nama syarikat je, tapi kerja sub pada syarikat lain. Tak kompeten dah dekat situ. Lagi satu, masa lawatan tapak binaan ni korang boleh menilai sendiri kualiti kerja syarikat kontraktor tersebut. Kemas ke tak, bersih ke tak kerja-kerja yang sedang dijalankan.



5. Pastikan Ada Waranti


Ni pun perkara penting yang korang kena alert. Please make sure ada waranti atau jaminan diberi oleh pihak kontraktor selepas tamat pembinaan. Ini kerana semasa proses bina rumah dijalankan, ianya sentiasa terdedah pada risiko-risiko tidak dijangka. Antaranya seperti perubahan cuaca, persekitaran serta kecuaian manusia. Semua faktor ni boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada rumah korang.


Sebab tu pastikan kontraktor bina rumah korang tu beri jaminan dengan beri tempoh waranti. So that bila berlaku sebarang kerosakan selepas tamat kerja pembinaan, mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja baikpulih secara percuma, tanpa perlu incurred extra cost!!.



Nas Nuri Construction - Kontraktor Bina Rumah Berkualiti di Shah Alam Yang Dipercayai


Kalau korang tercari-cari kontraktor yang boleh dipercayai serta berpengalaman dan memenuhi semua kriteria-kriteria di atas, tak kisah lah nak bina rumah di Shah Alam atau sekitar Selangor, korang boleh gunakan perkhidmatan syarikat Nas Nuri Construction. Tapi kalau nak cari perunding harta pusaka, korang boleh hubungi Hafizah Haron & Associates - peguam syarie terbaik di Shah Alam. Ok?


Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi

NAS  Nuri Construction Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi projek binaan bawah RM5juta) dengan modal dibenarkan sebanyak RM500,000. NAS Nuri Construction Sdn Bhd fokus menjalankan kerja-kerja binaan rumah banglo milik persendirian.


Nas Nuri Contruction - pakar bina banglo berkualiti tinggi di Shah Alam telah membantu lebih dari 100 pelanggan membina banglo bermutu di beberapa lokasi terpilih di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan sejak tahun 1996.



Terhad 15 Slot Binaan Setahun Untuk Jamin Banglo Yang Berkualiti Tinggi


Bagi menjamin kualiti rumah banglo yang dibina, Nas Nuri Construction hanya buka 15 slot sahaja dalam setahun. Ini bagi memastikan rumah banglo yang dibina berkualiti dan tahan lama. Dan kerja-kerja binaan dan kemasan yang dilakukan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh QLASSIC dan CIDB binaan.


Kerja binaan di tapak pembinaan pula sentiasa dipantau bagi memastikan kelancaran projek berjalan lancar dalam masa yang sama tetap menjaga kualiti kerja. Biasanya kerja-kerja pembinaan dibahagikan kepada 2 yang utama iaitu kerja binaan struktur dan kerja kemasan. Dan setiap kerja ini mempunyai pekerja yang bertanggungjawab mengikut kepakaran masing-masing.


Paling penting, pakar banglo berkualiti Shah Alam ni beri jaminan 3 tahun untuk bahagian struktur dan juga 1 tahun untuk kerja-kerja kemasan selepas tamat kerja binaan. Kalau kata sepanjang tempoh jaminan tu berlaku sebarang kerosakan seperti plaster retak ke, atap bocor ke, tile tertanggal ke or ada retak pada bahagian struktur, Nas Nuri Construction akan menjalankan kerja-kerja baik pulih tersebut tanpa caj tambahan. So korang tak perlu risau kena bayar extra untuk kes sebegini.



Contoh Rumah Banglo Shah Alam Berkualiti dari Nas Nuri Construction


Shah Alam sekarang dah maju sangat. Berbeza dengan 15 tahun lepas. Ingat lagi masa Ana study dekat sana, tak banyak yang menarik pun. Masa tu I-city pun tak wujud lagi. Hanya ada signboard je. Tapi sekarang, semua benda ada dekat Shah Alam. Nak ke KL pun dalam sejam dah boleh sampai. Untung siapa yang ada hartanah di Shah Alam.


Bagi yang ada tanah sendiri dan plan nak bina rumah di kawasan bandaraya Shah Alam, kelulusan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hendaklah terlebih dahulu diperolehi oleh pihak kontraktor sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. Jangan pula projek tengah berjalan, MBSA datang minta semua kerja pembinaan diberhentikan. Naya pak karim nanti. Hehe.


Tapi semua tu insyaAllah tak kan berlaku kalau korang guna servis Nas Nuri Construction sebabnya mereka dah mempunyai banyak pengalaman membina di Shah Alam. Segala proses dengan MBSA berada di hujung jari mereka. Pejam mata je, tau tau dah selesai proses kelulusan tu.


Ok jom kita tengok contoh-contoh rumah banglo Shah Alam yang telah dibina oleh Nas Nuri Construction - pakar bina banglo berkualiti ni.


1. Banglo Shah Alam 1


Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi


Banglo pertama ni terletak di Jalan Kebun dan bersaiz 4800kps. Ianya dibina menggunakan spesifikasi premium dengan kos pembinaan bernilai sekitar RM900k. Harga tersebut juga termasuk demgan kerja membina pagar rumah.


Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi


Bagi yang tertanya, apa beza rumah spesifikasi premium dengan rumah spesifikasi standard. Sebenarnya iaya hanya terletak pada kualiti dan jenama bahan binaan yang dipilih oleh tuan rumah. Contohnya seperti pemilihan frame tingkap, jenis jubin lantai, dapur, atap genting dan materil untuk tandas.



2. Banglo Shah Alam 2

Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi

Rumah banglo Shah Alam ini pula dibina mengikut spesifikasi standard dengan kos keseluruhan sekitar RM730k. Saiz binaan pula seluas 4500kps dan kerja binaan tidak termasuk pembinaan pagar.


3. Banglo Shah Alam 3


Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi

Rumah banglo Shah Alam ni pula berkeluasan 4500kps ni dan kos keseluruhan pembinaan rumah adalah bernilai sekitar RM970k. Kos ni termasuk kerja pembinaan pagar, retaining wall dan imprint concrete.


Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi

Cantikkan rumah ni. No wonder kos dia mencecah hampir RM1 juta. Tapi bila tengok spesifikasi dia memang patut lah harganya macam tu. Antara spesifikasinya ialah kemasan lantai berjubin pilihan client dengan jubin dinding penuh untuk bilik air dan dapur, siling jenis plaster ceiling dengan palmet untuk pemasangan langsir, pintu bilik dan bilik air jenis solid decorative, alatan tandas berjenama termasuk bath tub dan banyak lagi.


Ada banyak lagi sebenarnya rumah banglo di Shah Alam yang telah dibina oleh Nas Nuri Construction. Korang boleh request dekat dorang untuk contoh-contoh yang lain. 


Kalau kata korang duduk luar Shah Alam pun boleh je nak guna kepakaran Nas Nuri Construction ni untuk bina rumah banglo atas tanah korang tu as long korang stay di Selangor atau sebahagian kawasan di Negeri Sembilan.


Untuk segala pertanyaan dan persoalan tentang proses nak bina rumah atau apa-apa soalan berkaitan pembinaan, korang boleh berhubung terus dengan Nas Nuri Construction di nombor di bawah ni.


NAS Nuri Construction Sdn Bhd
No. 26-2F (2nd Floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
Shah Alam, Selangor.


Telefon  : 
019-348 7372 (Fairul) 
03-3392 3478 (Pejabat)


Website : www.nasnuri.com
Blog : www.dawaibesi.com
Facebook : NAS Nuri Construction

Kontraktor Rumah Shah Alam - Nas Nuri Construction, Pakar Banglo Berkualiti Tinggi Reviewed by Ana Suhana on June 28, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.