10 Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap. Boleh Bikin Kecur Air Liur

10 Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap. Boleh Bikin Kecur Air Liur l Assalamuailaikum. Sedap nya bila sesekali dapat makan ketam. Kalau boleh nak makan selalu. Tapi bila tengok harga dia, mampu telan air liur je. Hehe. Lagi-lagi bila bukan musim kan.

Aneka Resipi Ketam Mudah dan Sedap

10 Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap. Boleh Biki Kecur Air Liur



Korang suka masak apa dengan ketam? Favorite Ana ketam masak kari (rempah darat). Fuhhhh memang terangkat. Isi ketam yang manis bergabung dengan pedas rempah kari dan santan segar, memang ngam teruk. 


Tapi kalau rasa nak makan yang simple, Ana suka masak ketam rebus je. Atau orang panggil sup ketam. Paling mudah. Bak kata mak Ana, Ketam rebus 'bodoh' dengan serai. Pun dah sedap. Tak boleh berhenti dari menghirup kuah tu. Tak perlu dah lauk tambahan yang lain. Selalunya ketam rebus ni lah yang dimasak untuk orang yang kena demam denggi. Apa khasiat ketam ni sebenarnya ye?



Khasiat Ketam


1. Melancarkan Peredaran Darah


Antara khasiat ketam ialah ianya dapat meningkatkan peredaran darah serta mengawal penyebaran oksigen ke dalam tubuh. Ini kerana ketam mengandungi zat kuprum, sejenis mineral yang sangat baik untuk memelihara fungsi organ tubuh seperti untuk meningkatkan produksi sel darah merah.


2. Melindungi Kesihatan Jantung


Isi ketam tinggi dengan omega 3 yang sangat baik untuk memelihara jantung kerana di mana ianya membantu mengawal kadar kolesterol dalam darah, menurunkan tekanan darah serta merendahkan risiko serangan jantung.


3. Meningkatkan Kesihatan Tulang


Protein antara elemen yang penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang. Sebab itu, tubuh kita memerlukan protein yang berasal dari makanan. Dan daging ketam merupakan salah satu bahan makanan yang tinggi dengan protein.



Selain tu, isi ketam juga mengandungi zat fosfor yang berfungsi melindungi badan dari pelbagai penyakit tulang seperti osteoporosiss dan radang sendi.


4. Anti-radang Yang Baik


Isi ketam juga dikatakan mampu menyembuh dan mengurangkan keradangan akibat serangan virus dan bakteria.


5. Memelihara Kesihatan Mental


Selain dari omega 3, isi ketam juga kaya dengan vitamin B2 yang sangat baik untuk memelihara sistem saraf tubuh terutama untuk fungsi otak dengan mengurangkan keradangan dan plak pada saluran saraf, serta memelihara mental agar sentiasa sihat dan positif.



Resipi-resipi Ketam Wajib Cuba



Wahhh banyak rupanya khasiat ketam untuk kesihatan tubuh badan kita ni haa. Patutlah mahal harga dia. Tapi mahal lagi nikmat rasa sihat kan. So lepas ni boleh lah nak masak ketam selalu kan. Bab harga, pejam sebelah mata je lah. Hehe. 


Haa kalau korang tak ada idea nak masak apa dengan ketam tu, korang boleh cuba 10 resipi ketam yang mudah dan sedap dekat bawah ni. Dah cuba nanti share komen korang dekat bawah ni ok. So selamat mencuba.


1. Resipi Ketam Masak Kari  (Rempah Darat)

Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :


1. Ketam - 4 ekor (saiz besar)

2. Rempah kari ikan - 1 paket kecik

3. Bawang Merah - 10 ulas *

4. Bawang Putih - 5 ulas *

5. Halia - sedikit *

6. Daun Kari - 3 helai **

7. Kelapa 1 biji - perah santan pekat sahaja


* di mayang halus

** di bancuh dengan air


Cara Masakan :


1. Tumis bawang putih (separuh), bawang merah (separuh), halia dan daun kari sehingga kekuningan. 


2. Keluar dan letak tepi bahan yang di tumis di atas. 


3. Tumis lebihan bawang putih dan bawang merah yang tinggal bersama rempah yang di bancuh. Tumis sehingga pecah minyak. 


4. Masukkan sedikit air, garam dan ketam.


5. Bila dah mendidih masukkan santan.  Masak sehingga kuah menjadi pekat. 


6. Tutup api dan taburkan bawang-bawang yang ditumis awal tadi ke atas masakan.


Tips : Selalu masalah nak makan ketam ialah bab penyepit dia yang keras tu. So nak bagi mudah masa makan, selepas cuci ketam ketuk penyepit tu pakai batu lesung bagi crack sikit. InsyaAllah masa makan senang je nak buka kulit keras di bahagian penyepit tu.



2. Resipi Ketam Telur Masin Sheila Rusly

Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :


1. Ketam - 10 - 11 ketam saiz kecil / 4 ekor saiz besar (dikerat 2)

2. Kunyit serbuk - sedikit

3. Garam - 1/4 camca teh

4. Kuning telur masin - 3 biji (direbus & lecek hancur)

5. Putih telur masin - 1/2 biji (direbus & lecek hancur)

6. Bawang putih - 3 ulas (dicincang halus)

7. Cili padi hijau - 4 biji (dihiris)

8. Cili padi merah - 4 biji (dihiris)

9. Daun kari - 2 tangkai (dilurut)

10. Susu sejat - 1/4 cawan

11. Serbuk lada hitam - 1/4 camca teh

12. Mentega - 3 camca besar


Cara Masakan :


1. Ketam dibuang kulit kerasnya, cuci bersih dan toskan.


2. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.


3. Panaskan minyak dan goreng terendam hingga garing, angkat dan toskan.


4. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit, anggaran 1 camca teh.


5. Masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis daun kari hingga harum, masukkan bawang putih dan cili padi merah/hijau tadi. Kacau rata dan masak hingga layu.


6. Masukkan kuning dan putih telur masin, serbuk lada hitam, kacau rata dan tuang susu sejat. Masak hingga berbuih dan masukkan ketam goreng, gaul rata dan kecilkan api.


7. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.



3. Resipi Ketam Masak Merah

Sumber : GedungResipi2u
Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan 1 :


1. Ketam - 9 ekor ketam (dibasuh dan dibersihkan)* 

2. Cili giling - 4 sudu makan

3. Sos cili - secukupnya

4. Sos ikan - 1 sudu besar

5. Sos tiram - 1 sudu besar

6. Kicap manis - sedikit

7. Daun limau purut - 4 helai

8. Air asam jawa - secukupnya

9. Garam dan gula  - secukupnya

10. Daun sup dan daun bawang - secukupnya (dihiris)


*Direbus bersama garam dan serai yang telah ketuk sampai 3/4 masak dan ditoskan


Bahan-bahan 2 (ditumbuk) :


1. Bawang merah - 6 biji 

2. Bawang putih - 4 ulas

3. Bawang besar - 1/2 labu

4. Serai - 3 batang

5. Halia - 1 inci

6. Lengkuas - 1/2 inci


Cara Masakan :


1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.


2. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.


3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis kemudian kacau sehinga rata.


4. Masukkan air secukupnya.


5. Apabila sudah menggelegak, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula dan air asam jawa kemudian kacau rata.


6. Jika sudah masak, bolehlah dihidangkan.



4. Resipi Ketam Masak Butter

Sumber : Azie Kitchen
Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :


1. Ketam bunga - 1 1/2 kg

2. Bawang besar kuning -  1/2 biji (dicincang)

3. Bawang putih - 8-10 ulas (dicincang)

4. Daun kari - 20 helai

5. Cili padi - 10 - 12 tangkai (dihiris)

6. Butter - 3 sudu besar

7. Susu cair - 1 1/2 tin

8. Gula -  1 1/2 sudu besar

9. Garam - secukupnya

10. Tepung jagung - 1 sudu besar (dibancuh dengan sedikit air)


Cara Masakan :


1. Ketam dibuang kulit dan sponge di badannya, basuh dan dipotong dua dan tos.


2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan butter dan sehingga cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama.


3. Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.


4. Masukkan pula susu sejat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.


5. Akhir sekali masukkan ketam. Boleh juga guna udang atau ayam. Tapi jika menggunakan ayam, goreng ayam terlebih dahulu. Kacau seketika sehingga ketam masak, sedia untuk dihidangkan.



5. Resipi Maggi Ketam

Sumber : Cookpad.com

Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap


Bahan-bahan :


1. Maggi kari - 2 paket

2. Ketam - 2 ekor ketam (dicuci bersih)

3. Telur - 2 biji telur

4. Cili - 4 biji (dipotong serong)

5. Bawang merah - 2 ulas (dimayang halus)

6. Bawang putih- 4 ulas (dimayang halus)

7. Sawi - 1 batang 

8. Minya masak - 3 sudu

9. Air - 3 1/2 cawan


Cara Masakan :


1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan cili. Tumis hingga layu dan naik bau wangi. Kemudian masukkan air.


2. Apabila air mendidih, masukkan perencah maggi dan telur. Biar telur mengeras (jangan kacau). Masukkan pula ketam, tunggu sampai ketam masak (5 minit).


3. Akhir sekali masukkan pula sayur sawi dan maggi. Bila maggi dah agak kembang bolehlah ditutup api. Siap dan boleh dihidangkan.



6. Resipi Ketam Masak Sambal

Sumber : secretgarden2u
Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap


Bahan-bahan :


1. Ketam - 6 ekor (dicuci bersih)

2. Cili kering - 30 batang (dibuang biji)

3. Bawang besar - 2 biji

4. Bawang putih -  2 biji

5. Serai - 1 batang (optional) 

6. Garam - secukup rasa

7. Gula - secukup rasa

8. Minyak masak - 1/2 cawan

9. Air - 4 cawan

10. Daun sup sebagai hiasan


Cara Masakan :


1. Satukan cili kering, bawang besar, bawang putih, serai dan 2 cawan air. Kisar sehingga hancur dan halus.


2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali. Masak hingga separa naik minyak dan masukkan ketam.  Renehkan ketam sehingga naik minyak. Guna api sederhana.


3. Bila sambal dah naik minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau hingga sebati. Tutup api dan siap untuk dihidang.



7. Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api

Sumber : Resepi Che Nom
Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan 1


1. Ketam segar - 3 ekor

2. Serai - 1 batang serai (dititik)

3. Daun kunyit - 1 helai (dicarik)

4. Santan pekat - 2 cawan

5. Asam gelugor - 1 keping


Bahan-bahan 2 (dikisar) :


1. Cili api - 5 biji

2. Cili merah - 2 biji

3. Bawang besar - 1/2 biji

4. Kunyit hidup - 1 inci

5. Bawang merah - 3 biji

6. Bawang putih - 3 ulas

7. Belacan - secubit


Cara Masakan :


1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.


2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit.


3. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.


4. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.


5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.



8. Resipi Ketam Pong Kari

Sumber : ResepiDuniaMasakan
Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap


Bahan-bahan A


1. Ketam - 3 ekor (dibelah dua)

2. Bawang besar - 2 biji (dimayang)

3. Lada besar - 2 biji (dimayang)

4. Daun bawang & daun sup (dihiris halus)


Bahan-bahan B :


1. Telur - 3 biji

2. Susu cair - 1 cawan

3. Serbuk kari - 3 sudu besar

4. Gula dan garam - secukupnya

5. Sos tiram - 2 sudu besar

6. Kicap nampla - 3 sudu besar

7. Pes tomyam & minyak - 1 sudu besar


* Semua bahan B dimasukkan dalam mangkuk dan kacau sebati.


Cara Masakan :


1. Panaskan kuali, masukkan minyak.


2. Tumiskan bawang putih yang ditumbuk sehingga garing.


3. Perlahankan api, masukkan ketam serta taburkan 1 sudu rempah kari dan kacau perlahan. Tutup kuali dengan penutup sementara ketam masak.


4. Selepas itu, masukkan pula bahan B yang telah dikacau sebati. Gaulkan kesemuanya sehingga kuah menjadi pekat.


5. Kemudian, masukkkan bawang besar dan lada besar yang telah dimayang dan gaulkan lagi.


6. Akhir sekali, taburkan daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.



9. Resipi Ketam Masak Pedas Ala Thai

Sumber : Mahfuzah Amin
Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap


Bahan-bahan :


1. Ketam

2. Serai -1 Batang Serai (dikisar)

3. Daun limau purut - -10 keping

4. Daun Ketumbar

5. Cili api

6. Bawang Merah (dikisar) 

7. Halia - (dikisar)

8. Asam Keping

9. Serbuk Kari  -2 Sudu

10. Cili Giling - 3 Sudu

11. Cili Thai - 2 Sudu

12. Gula & Garam


Cara Masakan


1. Rebus ketam. Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti.


2. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.


3. Masukkan cili giling dan serbuk kari dan kacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan cili thai.


4. Bila dah pecah minyak, masukkan air rebusan ketam tadi ikut pada banyak mana kita nak.


5. Masukkan asam keping, gula dan garam.


6. Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.


7. Bila dah mendidih, tutup api dan tutup periuk. Biar bau dan rasa masakan tadi sebati dan meresap ke dalam ketam.



10. Resipi Ketam Berlada

Sumber : ResepiDuniaMasakan
Aneka Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap


Bahan-bahan A :


1. Ketam bunga - 1 kg

2. Serbuk kunyit

3. Garam

4. Minyak


Bahan-bahan B :


1. Cili kering (direndam dan dikisar)

2. Bawang besar

3. Bawang putih

4. Halia - 1cm 

5. Serai - 1 tangkai


Bahan-bahan C :


1. Sos tiram - 2 sudu makan

2. Sos cili - 3 sudu makan

3. Sos tomato - 4 sudu makan

4. Garam dan gula


Cara Masakan :


1. Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam. Kemudian gorengkan ketam. Dengan mengunakan minyak yg sama (minyak mengoreng ketam), tumis bahan B hinga naik wangi.


2. Masukan bahan C dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan ketam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.

10 Resipi Ketam Yang Mudah dan Sedap. Boleh Bikin Kecur Air Liur Reviewed by Ana Suhana on June 29, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. PC hantu ketam..masaklah apa pun..hehehe..

    ReplyDelete
  2. memangg mabelesss ni
    semua ketam
    biasa mkn ketam goreng, masak lemak dan ketam berlado
    yg lain x penah mkn lg

    ReplyDelete
  3. tumis darat tu sedap kaka penah buat

    ReplyDelete
  4. waaaaa byknye resepi ketam.. senang la pasni nk masak ketam.. rujuk sini je.. hehe

    ReplyDelete
  5. semuanya sedap-sedap tu ana.. terasa terus nak cari ketam pulak..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.