Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender

Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender l Assalamualaikum. Sihat ke semua? Macam mana PKP kali ni? Harap semua maintain positif lagi lah ye. Ana so far masih terkawal mental tu walau dah hampir sebulan terkurung dalam rumah. 

Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender

Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender


Tapi bila lama sangat dok dalam rumah, kadang-kadang tu rasa bosan juga sebab asyik tengok benda yang sama je kan. Hehe. Masa ni selalu berangan bestnya kalau ada rumah tanah. Mesti seronok. Petang-petang boleh amik angin dekat halaman rumah. Tak perlu keluar jauh pun. Anak-anak pun boleh keluarkan peluh sekali. Sebab tu kalau korang ada tanah dan plan nak bina rumah, make sure masa lukis pelan rumah tu, biar ada kawasan untuk laman rumah. Jangan semua sudut tanah korang buat rumah pulak. Hehe. 


Bila lama sangat duduk rumah, faham-faham je lah. Antara aktiviti yang paling rancak "dijalankan" ialah aktiviti memasak. Rasanya masa banyak diperuntukkan dekat dapur tu je. Lagi-lagi bila ada anak yang sedang membesar. Sikit-sikit lapar. Padahal baru je lepas makan berat. Sabar je lah. Kadang Ana sampai buntu tak tau nak masak apa. Stok biskut dan roti sentiasa ada walau peratus susutnilai dia sangat tinggi. Haha. 


Kadang bila dah selalu sangat makan roti dan biskut boleh jadi muak juga. Masa ni mula lah rasa teringin nak makan itu ini kemain membara lagi. Lagi-lagi bab dessert. Tengok kuih tu nampak sedap, tengok kek ni nampak mengiurkan. Aduhh lah hai. Sungguh lah nafsu tu sukar dijinakkan. Hehe.


Ada sekali tu nampak ada orang jual kek kukus. Aishh nampak sedap. Nak beli rasa macam tak berbaloi sebab kos penghantaran kemain mahal. Last-last cari sendiri resepi kek kukus. Tapi macam biasa, seorang amatur seperti Ana akan cari resepi yang paling mudah dan cepat. Hehe. Paling penting bahan-bahan yang diguna mestilah bahan-bahan yang memang ada dekat rumah ni.  Tak perlu sampai nak kena keluar beli.


Kalau sebelum-sebelum ni Ana dah try beberapa kek yang dibakar seperti Muffin Pisang Coklat, Kek Marble Coklat dan Double Chocolate Muffin, kali ni Ana nak cabar diri buat kek kukus pulak. Haha bunyi macam nak pergi berperang plak.


Orang kata kek kukus ni sedap. Nak tau sedap ke tak,  kena lah cuba sendiri kan. So jom kita cuba buat Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender ni. 



Bahan-bahan Kek Kukus


1. Tepung naik sendiri - 2 cawan

2. Gula - 1 cawan

3. Telur - 5 biji

4. Esen vanila

5. Minyak masak - 1 cawan


** Pewarna (optional)


Cara Masakan Kek Kukus


1. Blend telur dengan gula sampai jadi warna putih dan gebu. Lebih kurang dalam 5 minit macam tu. Ikut blender masing-masing. 


Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender

2. Masukkan esen vanila dan minyak masak. Blend sampai sebati. Esen vanila bertindak untuk hilangkan bau hanyir telur dan ianya optional. Kalau tak masukkan pun takpe.


Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender

3. Ayak tepung naik sendiri untuk dapatkan adunan yang halus. Sebenarnya bila kita ayak tepung ni, kita boleh elak tepung dari bergumpal dan juga menapis bendasing jika ada. Masukkan tepung yang diayak tadi di ke dalam blender sikit demi sedikit dan blend sehingga sebati. 

Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender

4. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bekas ikut jumlah warna yang kita nak. Kemudian titiskan sedikit pewarna dan kacau sebati. Jangan terlalu pekat atau cair warna adunan tu. Nanti tak cantik hasil kek kita.


Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender

5. Kemudian masukkan adunan secara berselang-seli ke dalam bekas ikut pilihan warna kita. Tindihkan satu warna dengan warna yang lain. Oh ya jangan lupa sapu butter di sekeliling loyang dulu supaya mudah nak keluarkan lek nanti.

Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender

6. Lorekkan adunan ikut suka kita. Tak lorek pun takpe. Takde hal lah. Hehe. 

Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender

7. Akhir sekali, kukus adunan selama 30 minit atau sehingga masak menggunakan api sederhana. Cucuk kek untuk tengok sama ada kek dah masak atau belum. Kalau lidi keluar bersih maksudnya kek dah masak dengan baik. Tutup api dan sejukkan kek sebelum dipotong.

Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender


Resepi Kek Kukus 5 Bahan Guna Blender Reviewed by Ana Suhana on June 10, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. Akak nak cuba la buat..hahha...teruja plak..nampak senang cuma guna 5 bahan kan...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.