McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan


McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan l Assalamualaikum. Malaysia sekali lagi berhadapan dengan gelombang Covid-19 yang makin membimbangkan tahun ini. Gelombang kali ke-3 ini dilihat lebih berbahaya dan kes positif serta laporan kematian harian menunjukkan trend peningkatan. Bagi membendung penularan wabak berbahaya ini, sekali lagi kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan PKP3.0 di seluruh negara bermula 1 Jun yang lepas.

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan


McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan


Penat, bosan, muak, stress, frust!!


Itu yang kita semua rasa bila PKP diumumkan. Betul kan? Kita sendiri tak tahu berapa lama lagi kita kena berkurung dalam rumah sendiri. Tak boleh nak ziarah family dan rakan-rakan yang biasa kita jumpa sebelum ni. Dah lah raya baru-baru ni pun tak boleh nak balik kampung. Lagi lah sedih!!


Tapi pernah tak kita semua terfikir untuk letakkan diri kita dalam situasi mereka yang berada di barisan hadapan (frontliners) terutama buat petugas kesihatan seperti para doktor dan jururawat yang tak pernah jemu berjuang dan bekerja tanpa henti sejak pandemik ni melanda negara kita. Cuba lah bayangkan diri kita dalam diri mereka.


Ye kalau kita rasa bosan dengan PKP ni sebab tak boleh keluar rumah, frontliners kita ni pula rindu sangat nak duduk di rumah seperti kita hari ni. Mereka teringin juga nak berehat sambil tengok tv, bergurau senda dengan anak-anak sama seperti kita. Nak merasa tidur lena atas tilam yang empuk. Bukannya tidur di kerusi atau di lantai-lantai hospital yang penuh dengan virus. Tapi disebabkan tanggungjawab pada negara lebih diutamakan, mereka sanggup korbankan masa cuti dan rehat mereka. Hebat kan mereka?


Kita sedih tak dapat balik kampung jumpa mak ayah adik-beradik semua, tapi percayalah frontliners kita pun rasa perasaan yang sama? Mereka juga rindu pada keluarga di kampung. Tapi sekurangnya kita masih ada banyak masa terluang untuk buat video call dengan insan tersayang, tapi mereka?? Nak cari masa untuk diri sendiri pun susah. Even nak makan pun terkejar-kejar. Apa lagi nak spend masa berborak lama dengan yang tersayang. Lagi lah susah!!!

 

 

McDonald's Malaysia Menghargai Frontliners Petugas Kesihatan

 

Kalau tanya diri sendiri, sanggup ke kita bersusah payah seperti mereka? Sanggup ke kita tinggalkan semua keselesaan dan risikokan diri kita demi orang lain? Jawapannya mesti ramai yang tak sanggup!!.


Tapi macam mana kita nak bantu mereka? Tak susah pun sebenarnya untuk kita bantu dan hargai jasa frontliner petugas kesihatan ni. Apa yang kita perlu buat hanyalah jaga diri dan keluarga dengan mengamalkan kuarantin kendiri di rumah. Duduk di rumah sahaja dan keluar hanya bila perlu. #KitaBoleh bantu hentikan penularan wabak ini dengan mematuhi semua patuh SOP yang dikeluarkan KKM. Mudah kan?


McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan

McDonald's Malaysia juga tak terkecuali turut sama bantu dan menghargai jasa frontliners petugas kesihatan di seluruh Malaysia dengan mengamalkan SOP yang ketat di premis-premis perniagaan mereka agar dapat mengekang penularan wabak berbahaya ini. 


McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan


Selain itu, McDonald's Malaysia juga menzahirkan penghargaan mereka kepada petugas kesihatan dengan menaja makanan kepada lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit Covid-19 di seluruh negara. Penajaan makanan sekurang-kurangnya seminggu sekali yang bermula pada 24 Mei hingga 30 Jun 2021 ini melibatkan hampir 30,000 pekerja kesihatan di hospital-hospital tersebut.


 

#KitaBoleh Inisiatif McD Untuk Kekal Bersatu

 

Penajaan makanan kepada petugas kesihatan merupakan salah satu usaha McDonald's Malaysia yang sentiasa peka dan ambil peduli tentang keadaan semasa negara terutama sepanjang pandemik ini melanda.


McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan


Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini merupakan kesinambungan dari rali #KitaBoleh yang dimulakan oleh syarikat tersebut semasa Perintah Kawalan Pergerakan pertama tahun lalu.


Konsep #KitaBoleh yang dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu hati dan sentiasa bersemangat untuk berjuang walaupun berada pada masa-masa yang sukar.

 

Selain itu, #KitaBoleh yang digunakan adalah simbolik kepada keberanian dalam diam frontliners kita yang bekerja siang malam tanpa mengira penat lelah dalam memerangi wabak tersebut.

 

"Sudah lebih dari setahun sejak Perintah Kawalan Gerakan pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak dari itu, rakyat Malaysia telah melalui perbagai fasa kehidupan sepanjang pandemik ini" kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

 

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa sukar ini ialah ketekunan yang berterusan dari para barisan hadapan kita, yang bekerja berhari-hari untuk menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan pandemik ini," tambah Azmir

 

Azmir juga menghargai pasukan restoran yang turun padang untuk menghantar makanan ke hospital sekaligus memberi senyuman di wajah-wajah pasukan hadapan perubatan tersebut.


McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan


"Tahniah juga buat pasukan restoran McDonald's yang terlibat dalam penghantaran makanan di hospital-hospital dan memastikan frontliners perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka" kata Azmir.

 


Tahniah Buat McDonald's Malaysia

 

Sekalung tahniah buat McDonald's Malaysia. Apa yang dilakukan oleh mereka wajar dicontohi dan diikuti oleh syarikat-syarikat di luar sana. Siapa lagi nak hargai pasukan barisan hadapan ini kalau bukan kita sendiri.


McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan

Bagi yang tak mampu nak menyumbang wang dan tenaga, cukuplah kita bantu frontliners dengan mengamalkan SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan. Yang paling penting amalkan kuarantin kendiri dan elak dari keluar rumah jika tiada urusan penting. Ini saja cara yang kita boleh buat untuk bantu frontliners hentikan wabak Covid-19 ni dari terus merebak. #KitaBoleh kita jaga kita #dudukdirumah saja.

 

Untuk info lebih lanjut dan berita terkini dari McDonald's Malaysia korang boleh layari www.facebook.com/My.McDonalds/.

 





McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan Reviewed by Ana Suhana on June 11, 2021 Rating: 5

10 comments:

  1. Tahniah kepada McDonald's Malaysia.. Betul tu.. Tak mampu menyumbang cukuplah dgn jaga SOP dan patuhi arahan kerajaan.. Jgan lupa daftar vaksin juga.. Take care kak!

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat mcdonalds malaysia diatas inisiatif ini.. moga dpt diteruskan..

    ReplyDelete
  3. Tahniah mcd melakukan inisiatif macam ni. Sekurangnye dapat meringankan beban dan berikan semangat pada petugas kesihatan

    ReplyDelete
  4. Memang stress bila pkp tp demi kesejahteraan negara perlu lah sama2 jaga negara. Kudos to McD atas usaha csr mereka.

    ReplyDelete
  5. Terharu dengan inisiatif yang pihak Mc Donald lakukan untuk barisan hadapan perubatan kita

    ReplyDelete
  6. Inisiatif yang sangat bagus . Harap program sebegini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.
    Syabas untuk McD Malaysia. Suka cara macam ni.

    ReplyDelete
  8. Inisiatif yang sangat bagus. Terima kasih McD sebab menaja makanan buat frontliner.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Mc Donald.. bagus buat program macam nie..

    ReplyDelete
  10. terima kasih mcdonalds malaysia utk inisiatif ni. kita mesti menang!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.