UniSeri Serum dan CC Cream Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang Untuk Kekal Awet Muda

UniSeri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang Untuk Kekal Awet Muda l Assalamualaikum. Bunga telang sangat sinonim dengan nasi kerabu kan. Betul tak? Ana dulu tak tahu pun pasal bunga telang ni. Tapi bila ayah Ana tanam dekat rumah, baru tahu serba sedikit tentang bunga telang ni. Menariknya bunga telang ni, ianya bukan saja boleh digunakan dalam makanan dan minuman, malah boleh digunakan dalam produk kecantikan seperti produk UniSeri ni. 

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang

UniSeri Serum dan CC Cream Produk Kecantikan Wajah Berasaskan  Telang Untuk Kekal Awet Muda



Mesti korang tertanya siapa UniSeri tu kan? Sebabnya ramai yang ramai yang tak pernah dengar nama ni. Tapi kalau Ana sebut UniKL, confirm confirm korang semua tahu kan?


Apa kena mengena UniSeri dengan UNIKL??


Haaa kalau korang nak tahu, UniSeri merupakan rangkaian produk kecantikan wajah hasil penyelidikan UniKL Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET). Senang kata UniSeri ni salah satu produk di bawah UniKL. 


Lambakan produk-produk kecantikan yang berbahaya di pasaran membuatkan para penyelidik UniKL MICET berasa bertanggungjawab untuk mewujudkan kesedaran kepada pengguna betapa pentingnya memilih produk yang berasaskan bahan semulajadi, selamat dan berkesan. Disebabkan itu UniKL MICET mengeluarkan produk UniSeri yang diinspirasikan daripada Nasi UniKL yang menggunakan bunga telang sebagai salah satu bahan utamanya.



Kebaikan Bunga Telang dan Bahan Aktif Di Dalamnya



Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan sejenis bunga berwarna biru yang berasal dari keluarga Fabaceae. Bunga telang boleh didapati di kawasan Asia, Africa, Australia dan Amerika.


Bahan Aktif Bunga Telang


1. Antosianin


Antosianin merupakan sejenis flavonoid di dalam bunga telang yang menyumbang kepada warna biru bunga tersebut. Antosianin juga boleh ditemui di dalam makanan yang mempunyai warna merah dan jingga.


Kompenen antosianin terkenal dengan sifat anti oksida, melawan radikal bebas, anti keradangan dan anti kanser. Disebabkan fungsi ini, bunga telang telah digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional dan herba.


2. Flavonol Glykosida


Flavonol glykosida pula sejenis komponen berwarna kuning yang terdapat di dalam bunga telang. Komponen ini juga boleh didapati pada mana-mana jenis tumbuhan yang lain dan bersifat anti oksida.


3. Triterpenoid


Triterpenoid merupakan sejenis komponen yang terdapat di dalam tumbuhan herba dan buah-buahan seperti epal, kranberi, lavender dan bunga telang. Di Asia, triterpenoids selalunya digunakan di dalam perubatan untuk tujuan anti radang, pelali dan sebagainya.



Kebaikan Bunga Telang Untuk Kecantikan Kulit


1. Membantu Melembapkan Kulit


Kajian menunjukkan bunga telang sangat bagus dalam meningkatkan kelembapan kulit wajah. Selain itu, bunga telang juga dapat mencegah dehidrasi kulit serta meninggkatkan keseimbangan lipid. Kesannya kulit akan jadi lebih sihat dan cerah berseri.


2. Meredakan Iritasi Pada Kulit


Bunga telang terbukti berfungsi sebagai penyejuk kulit yang baik dan dapat membantu meredakan kegatalan serta iritasi pada kulit. Selain itu, bunga telang juga mampu mengurangkan kemerahan pada kulit akibat jerawat, kegatalan dan kulit kering.


3. Meremajakan Kulit


Bunga Telang merupakan ejen yang tinggi dengan anti-oksida yang bertindak melindungi kulit dari bahaya sinar UV, membantu melambatkan kesan penuaan serta merangsang pertumbuhan kolagen. Seterusnya membantu meremajakan kulit wajah dan sentiasa kelihatan awet muda.



Tampil Muda Remaja Dengan UniSeri Serum dan CC Cream

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang

Pada 1 Februari 2021 yang lepas, UniKL MICET secara rasminya telah melancarkan 2 produk UniSeri iaitu Blu Telang Rejuvenate Serum dan Blu Telang Pore Refining CC Cream. Pada majlis tersebut turut diperkenalkan duta rasmi UniSeri iaitu Ernie Zakri, seorang penyanyi dan guru vokal popular di Malaysia. Jom baca lebih lanjut tentang 2 produk UniSeri ni.



Blu Telang Rejuvenate Serum (15ml)

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang


Serum merupakan produk kecantikan yang penting dalam rejim kecantikan kulit wajah. Bagi korang yang alami masalah kulit kering, kulit berminyak atau mempunyai masalah kulit berjerawat, Blu Telang Rejuvenate Serum dari Uniseri ni boleh bantu atasi masalah kulit korang tu. 

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang


Serum yang diformulasi khas daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga telang, arbutin, hyaluronic acid, sakura dan aloe vera ini sesuai untuk semua jenis kulit terrmasuk kulit sensitif. 

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang


Tekstur serum sangat ringan, tidak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit. Hasilnya kulit akan jadi lembap dan segar sepanjang hari. Bau serum ni pun wangi tau. Bau ala ala floral gitu.


Antara fungsi dan kebaikan Blu Telang Rejuvenate Serum ini ialah :


1. Membantu melembapkan kulit sepanjang hari

2. Menghilangkan jerawat dan jeragat

3. Memudarkan parut-parut di wajah termasuk parut jerawat

4. Mengecilkan liang pori

5. Membantu mencerahkan kulit wajah

6. Melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda

7. Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan anjal


Cara Penggunaan :

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang

Guna 2 kali sehari. Sekali pada waktu siang dan sekali lagi di waktu malam. Sebaiknya sebelum tidur. Sapukan 1 hingga 2 pam serum secara rata ke seluruh wajah dengan gerakan ke atas dan ke luar.




Blu Telang Pore Refining CC Cream (15g)


Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang

Ada sesetengah orang ingat yang CC cream hanya perlu digunakan apabila kita keluar rumah saja. Tapi sebenarnya salah tu. Even kita duduk rumah atau pejabat pun, kulit kita masih terdedah dengan sinar UV yang masuk melalui tingkap-tingkap yang ada. Selain tu kulit kita juga akan mengalami kerosakan jika kita duduk di dalam aircond untuk jangka masa yang lama.


Selain tu bagi korang yang suka rejim kecantikan yang mudah, terutama yang sibuk dengan kerja seharian sampai takde masa nak bersolek, pastikan Blu Telang Pore Refining CC Cream ini ada dalam senarai korang. Sebabnya cc cream ni bukan saja mampu bertindak untuk merawat kulit muka korang malah ianya juga berfungsi sebagai primer dan pelembap sebelum solekan.


Menariknya tentang cc cream ini ialah ianya boleh berubah warna mengikut tona kulit kita. So kita tak perlu risau kulit akan nampak bercapuk atau sebagainya bila pakai cc cream tu. Korang boleh tengok gambar dekat bawah ni macam mana cc cream yang berwarna putih pada asalnya bertukar mengikut warna kulit Ana lepas digosok. 

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang


Best tau pakai cc cream UniSeri ni sebab kulit akan nampak lebih glowing dan tona kulit jadi lebih sekata.

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang


Blu Telang Pore Refining CC Cream ini juga diformulasi menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti bunga telang, biji anggur, arbutin, tangerin, shea butter, ekstrak timun dan juga cc cream beads.


Antara fungsi utama Blu Telang Pore Refining CC Cream ialah :


1. Bertindak sebagai ejen anti-penuaan

2. Membantu melembabkan kulit dan menghalang jerawat

3. Merangsang pertumbuhan kolagen dan menjadikan kulit awet muda

4. Mengecilkan pori-pori di wajah

5. Membantu memudarkan parut jerawat serta menjadikan kulit cerah dan tona kulit sekata


Cara Penggunaan :

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang

Dengan jumlah yang mencukupi, picit cc cream pada telapak tangan dan gosok sehingga sebati cc beads. Kemudian sapu secara lembut dan sekata pada seluruh wajah.



Produk UniSeri Selamat dan Bebas Bahan Berbahaya

Uniseri Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang


Bagi korang yang berminat nak cuba Blu Telang Rejuvenate Serum dan Blu Telang Pore Refining CC Cream dari UniSeri ni, korang boleh cuba tanpa perlu rasa ragu-ragu. Sebabnya produk-produk UniSeri bebas dari bahan berbahaya dan telah bernotifikasi dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) serta halal untuk digunakan. Sekarang tengah ada promo. Hanya RM105 untuk kedua-dua produk ni.


Dengar cerita. UniKL MICET sedang menjalankan penyelidikan untuk beberapa rangkaian produk lain juga tau seperti pencuci muka, toner dan juga pelindung matahari ataupun sunscreen. Produk-produk akan datang ni akan dijadikan dalam satu set dan akan dikenali sebagai UniSeri-Beauty on the Go. Mudah dan praktikal untuk di bawa ke mana saja kerana saiznya yang travel-friendly. Wah menarik sangat ni.


Update : 4 Langkah Mudah Rejim Penjagaan Kulit dengan UniSeri-Beauty on the Go


Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk UniSeri dan promosi-promosi yang sedang dan bakal dijalankan, korang boleh layari website UniSeri atau follow Instagram mereka seperti di bawah :


Website :

 www.uniseri.my


Instagram :

https://www.instagram.com/uniseri.my/

UniSeri Serum dan CC Cream Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Bunga Telang Untuk Kekal Awet Muda Reviewed by Ana Suhana on June 16, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. Menarik nie Ana.. lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  2. wow menarik la uniseri ni. tengok tekstur dia tu..

    ReplyDelete
  3. Bila sebut bunga telang terus ingat nasi kerabu. Tapi ni lain kan kak Ana. Divariasikan.

    ReplyDelete
  4. terbaik produk nih
    siap ada bunga telang
    kena try nih

    ReplyDelete
  5. menarik, dah ada yang explore kebaikan khasiat alami dalam bunga telang ye Ana :)

    ReplyDelete
  6. First time tau skincare ada guna bunga telang kak... Memang menarik Uniseri ni boleh kembalikan seri wajah..

    ReplyDelete
  7. Menarik jugak produk ni yek ana.. boleh la cuba nnti .

    ReplyDelete
  8. baru tahu banyak khasiat bunga telang utk kecantikan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.