Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 l Assalamualaikum dan hai semua. Pada yang selalu singgah blog Ana mesti perasan yang sebelum ni Ana ada share tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Haa kalau korang nak tahu, pada 31 Mei 2021 yang lepas, McDonald's Malaysia telah pun mengumumkan 25 penerima anugerah tersebut bersempena dengan sambutan Hari Guru Kebangsaan tahun ini. Nak tahu siapa 25 penerima tu korang kena baca sampai habis ok.

Penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald's Malaysia

Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021


Seperti yang Ana terangkan sebelum ni, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI2021) merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pendidik yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dan berjuang tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa. AGI2021 telah menjadi platform terbaik untuk rakyat Malaysia mengetengahkan kisah-kisah menarik guru-guru luar biasa yang melangkaui bidang tugas hakiki mereka untuk mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada semua.


Anugerah yang telah memasuki tahun ke-5 penganjuran pada tahun ini telah menyaksikan lebih 4,000 pencalonan dari seluruh Malaysia sejak 2 April hingga 18 April 2021 yang lepas. Pelbagai cerita menarik yang mengisahkan kekuatan dan ketabahan para guru dikongsikan dari para pencalon. Ini termasuk cara mereka menangani isu pembelajaran para pelajar sepanjang pandemik melanda bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam pelajaran. Pelbagai kaedah dan kreativiti dilaksanakan dalam mewujudkan persekitaran yang interaktif termasuk menyediakan alat yang mencukupi untuk pelajar ketika mereka belajar dari jarak jauh.


Salah seorang penerima AGI2021 iaitu Cikgu Surenrvo merupakan contoh terbaik yang menunjukkan kekuatan dan kesungguhan seorang pendidik dalam mendepani permasalahan para pelajarnya terutama semasa pandemik Covic-19 melanda Malaysia sejak setahun yang lepas. Jom kita berkenalan dengan cikgu hebat ini.


Penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald's Malaysia

Cikgu Surenrvo A/L Anantharavoo Babu merupakan seorang guru muda dari SJK (T) Mahatma Gandhi Kalasalai Sungai Siput (U), Perak. Guru berusia 29 tahun ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan IPG Kampus Ipoh dan juga Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dan kini beliau telah 5 tahun berkhidmat sebagai seorang pendidik.



Kepelbagaian Kaedah Pembelajaran Bantu Tingkat Penguasaan Bahasa Tamil


Nak kuasai satu-satu subjek bahasa agak sukar bagi sesetengah pelajar. Sehinggakan ada ibu bapa yang berputus asa untuk ajar anak-anak mereka. Namun bagi Cikgu Surenrvo, tiada yang mustahil untuk dicapai jika guru dapat kenal pasti kelemahan pelajar tersebut dan menggunakan kaedah yang tepat dan sesuai dengan keadaan semasa.


Hasilnya boleh dilihat bila seorang pelajar yang baru berpindah ke sekolahnya yang masih tidak mampu menguasai bahasa Tamil walau sudah berada di Tahun 3 kini mampu memperolehi keputusan Band 5 untuk subjek tersebut dalam masa yang singkat. 


Apa rahsia Cikgu Surenrvo? Ini jawapannya.


Seorang guru haruslah menjadi ejen maklumat kepada para pelajaranya dan mampu menjadi jambatan yang kukuh untuk mereka meniti kejayaan. Itu pegangan Cikgu Surenvro. 


Bagi membantu para pelajarnya yang lemah, pelbagai langkah insentif dlilaksanakan untuk meningkat menguasaan subjek bahasa Tamil di kalangan pelajarnya.


Penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald's Malaysia

Antaranya dengan menyediakan buku-buku tambahan kepada pelajarnya untuk tingkatkan pemahaman dengan melakukan latihan ulangkaji. Beliau juga sanggup berkorban masa dengan sering datang ke sekolah awal pagi bagi menjalankan program bacaan dan aktiviti pengukuhan latihan kepada pelajarnya. Aktiviti ini diteruskan lagi selepas tamat waktu persekolahan dan juga semasa waktu ganti.


Penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald's Malaysia

Penggunaan ICT dalam pembelajaran juga dilihat sebagai salah satu kaedah terbaik dalam memberi pemahaman yang mendalam dalam subjek tersebut. Selain dari itu, Cikgu Surenrvo juga sangat menggalakkan pelajarnya untuk menyertai pelbagai pertandingan. Dengan ini pemahaman para pelajar akan dapat ditingkatkan dan mereka akan jadi lebih yakin dengan kemampuan diri sendiri.


Penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald's Malaysia

Bila pandemik melanda dan PdPr terpaksa dijalankan, itu bukan satu perkara yang mudah. Namun cikgu muda ini tak mudah mengalah. Beliau akan menggunakan segala kemudahan yang ada untuk pastikan pelajarnya dapat apa yang diajar. Ini termasuk menggunakan platform Google Meet dan juga WhatsApp call secara individu jika ada pelajarnya yang tidak faham. Hebat kan? Bukan semua cikgu mampu buat seperti mana Cikgu Surenrvo ni buat. Ye lah murid bukan sorang dua je kan. Tak cukup dengan tu, beliau juga melaksanakan sistem ganjaran kepada para pelajarnya dengan tujuan untuk meningkatkan minat mereka terhadap subjek bahasa Tamil ini.



Memenangi Pelbagai Anugerah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa


Usaha yang dilakukan dengan bersungguh dan ikhlas pasti akan membuahkan hasil. Siapa sangka, walau baru beberapa tahun bergelar seorang pendidik, cikgu hebat ini telah berjaya merangkul pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Nampak tak, bila kita ikhlas dan bersungguh dalam melakukan satu-satu pekerjaan, insyaAllah akan membuahkan hasil di kemudian hari.


Penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald's Malaysia


Nak list satu-satu pencapaian beliau memang sangat banyak. Tapi antara pencapaian tertinggi yang juga menjadi kenangan manis buat beliau sebagai seorang pendidik ialah apabila namanya tercatat dalam Malaysia Book of Record untuk pencapaian Cipta Record baru dalam Bahasa Tamil pada tahun 2019.


Penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald's Malaysia

Penerima Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald's Malaysia

Selain tu beliau juga menerima anugerah dari ASTRO untuk Astro Vaanavil Life Time Achiever, pingat emas untuk International Learning Innovation Awards anjuran Universiti Utara Malaysia, pemenang pingat emas dalam Pertandingan Guru Inovatif negeri Perak dan banyak lagi. Terbaru untuk tahun 2021 ini, beliau menerima anugerah dari negara India untuk Outstanding Young Teacher of the Year (New Delhi). Wahhh bukan calang-calang guru rupanya Cikgu Surenvro. Memang selayaknya beliau menjadi salah seorang penerima AGI2021. Padan dengan sumbangan dan pencapaian yang diraih. Tahniah diucapkan.



Macam Ana bagitau tadi, dari 4000 penyertaan yang dihantar hanya 25 orang pendidik sahaja yang terpilih menjadi penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Para penerima anugerah tersebut dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald's, Kementerian Pendidikan dan media. Korang boleh baca kisah-kisah pencalonan untuk 25 penerima anugerah tersebut di www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2021. Dan korang juga boleh tonton video penerima-penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 di bawah ni.


Diharapkan dengan penganjuran AGI ini membuka mata masyarakat Malaysia untuk lebih menghargai pengorbanan, usaha dan penat lelah para pendidik dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan. Jadi mari lah kita sama-sama hormat dan sayang para guru yang ada di seluruh Malaysia. Tanpa mereka siapalah kita. Akhir sekali Ana nak ucapkan tahniah buat kesemua 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Semoga anugerah ini menjadi sumber kekuatan dan semangat untuk mendidik anak-anak bangsa dengan lebih baik lagi pada masa akan datang. 

Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 Reviewed by Ana Suhana on June 05, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. Wowwww hebatnye cikgu ni.. siap dpt anugerah book of record tu.. pencapaian yg sgt membanggakan.. tahniah cikgu surenrvo... Moga terus berjaya dlm mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  2. wow!hebat cikgu ni...kalau tgk pencapaian ni bulan kaleng-kaleng ni...
    Tahniahhhh...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Cikgu.. tahniah cikgu untuk Mc Donald yang buat program macam nie..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.