Cara Atasi Rambut Berbau Agar SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan Dengan Safi Shayla Supa

Cara Atasi Rambut Berbau Agar SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan Dengan Safi Shayla Supa l Assalamualaikum. Segan kan bila dah pakai tudung cantik-cantik, tapi sayang kawasan kepala berbau kepam dan hapak. Smelly Hair Syndrome omputeh panggil. Nak dekat dengan orang pun rasa malu. Ni lah salah satu masalah utama wanita bertudung selain dari masalah kelumumur. Betul tak?


Cara Atasi Rambut Berbau Agar SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan Dengan Safi Shayla Supa


Korang tau tak punca sebenar yang buatkan rambut kepala kita berbau??


Puncanya tak lain tak bukan disebabkan oleh masalah kulit kepala berminyak. Kalau korang nak tahu, kulit kepala kita bukan je ada kelenjar minyak yang mengeluarkan sebum, malah ada juga kelenjar  peluh. Bila sebum dan peluh ni bergabung, tu yang menyebabkan rambut dan kepala kita berbau. Lagi-lagi bila bertudung dan cuaca pula panas. Memang sangat tak selesa jadinya.



Petua Atasi Rambut Berbau


Kadang perasan tak dekat rumah pun walau tak bertudung boleh sebab kan rambut dan kepala kita berbau. Sebabnya bila memasak atau masa makan, wap dari makanan akan melekat dekat rambut. Tu belum masuk habuk atau kekotoran yang melekat pada kulit kepala masa kita mengemas rumah. Semua ni mainkan peranan yang menyebabkan kulit kepala berbau dan gatal. Nak atasi masalah ni senang je sebenarnya. Tak perlu sampai nak pergi ke salun pun. Korang follow je petua atasi rambut berbau dekat bawah ni. No 5 tu paling utama.


1. Minum Air Kosong Secukupnya


Minum air kosong secukupnya penting untuk fungsi badan kita. Bila kita minum air secukupnya, badan kita tidak akan mudah berpeluh termasuk di bahagian kulit kepala.


2. Kurangkan Pengambilan Kafein


Sebaiknya kurangkan minum minuman berkafein kerana kafein boleh meningkatkan suhu badan, dan seterusnya menyebabkan badan cepat berpeluh.


3. Kurangkan Makanan Pedas


Rugi tak makan pedas woo. Tapi kalau korang jenis yang kurang berpeluh, should be no problem.  Tapi kalau korang jenis yang sikit sikit berpeluh, better kurangkan makanan yang pedas. Ini kerana makanan pedas akan menyebabkan penghasilan peluh dan minyak yang berlebihan pada kulit kepala.


4. Jangan Stress!! 


Stress pun tak boleh u olls. Sebabnya stress atau tekanan hanya akan mengaktifkan proses perpeluhan. Kesannya kulit kepala kita akan berpeluh dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. So kawal lah tekanan dengan bijak. Baik untuk emosi dan fizikal kita juga tu.


5. Cuci Rambut Setiap Hari


Ni yang paling penting. Kena pastikan kita cuci rambut dan kepala setiap hari. Terutama untuk wanita bertudung macam kita dan juga mereka yang mempunyai kulit kepala berminyak. Bila kita cuci rambut setiap hari, kulit kepala kita akan bersih dan segar serta dapat menghilangkan minyak pada kulit kepala yang mengakibatkan rambut dan kepala berbau.


Kalau badan berbau pulak macam mana? Jangan risau.  Korang boleh guna Safi Hijabista Bodycare. Hilang satu masalah. Badan pula kekal wangi dan segar.



Cuci dan Rawat Rambut Dengan Safi Shayla Supa


Kalau korang tercari jenama penjagaan rambut yang terbaik untuk atasi masalah rambut berbau tu, Ana nak suggest korang guna Safi Shayla Supa. Safi Shayla Supa merupakan siri terbaru di bawah Safi Shayla - rangkaian syampu pertama yang direka khas dan dirumuskan untuk si Hijabista. Bagi yang belum tahu, rangkaian Safi Shayla diformulasi menggunakan Habbatus Sauda, bahan ​​yang sangat baik untuk penjagaan rambut dan kulit kepala.


Untuk Safi Shayla Supa ni, ada 2 produk yang diperkenalkan iaitu Supa Smooth & Fragrant Shampoo dan Supa Smooth Leave On Cream. Menarik tentang siri ini ialah kedua-dua produk ini mempunyai 11x lebih nutrien beserta dengan 11x minyak pati untuk menghidrat dan menyuburkan rambut. Nak lagi menarik, rambut kita akan SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan sehingga 72 jam. Best kan?


Supa Smooth & Fragrant Shampoo


Didatangkan dalam 2 saiz iaitu 320g dan 640g. Diformulasi dari 11 jenis minyak pati yang kaya dengan nutrien untuk menjadikan rambut kita lembut bak sutera. Ana dah pakai pun shampoo Supa ni, dan honestly Ana sangat suka dengan hasilnya. Even baru sekali pakai, rambut akan jadi sangat ringan, lembut, licin dan sangat mudah untuk diurus. Bab bau jangan cakaplah. Memang confirm rambut bau sangat wangi dan harum.


SUPA Leave On Cream


Supa Leave On Cream pula didatangkan dalam satu saiz iaitu 120ml tapi dalam 2 varian iaitu Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream dan Safi Shayla Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On Cream.



Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream


Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream diformulasi dengan Hydra Seal Technolgy untuk menjadikan rambut lebih lembut, lebih licin, ringan dan terurus dalam sekelip mata. Hydra Seal Technolgy merupakan kombinasi 11 minyak pati yang kaya dengan nutrien untuk rambut kekal lembut dan harum. Minyak pati yang diguna pula dirumus semulajadi untuk penjagaan menyeluruh yang menyihatkan rambut serta membekalkan nutrisi yang secukupnya.



Safi Shayla Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On Cream


Safi Shayla Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On Cream juga diformulasi dari gabungan 11 jenis Essential Oils yang kaya dengan nutrien yang mampu menguatkan rambut yang rapuh dan kusut masai menjadi rambut yang lembut, kuat dan halus dalam sekali penggunaan. 


Kedua-dua leave on cream ini juga mampu menjadikan rambut kita wangi sehingga 72 jam. Nak guna mudah je. Picit on leave cream ni dekat tapak tangan yang sedikit basah. Kemudian sapu lembut pada rambut dari bahagian tengah hingga hujung rambut. Selesai. Tak perlu bilas pun. Yang penting cream ni tak melekit. Lepas tu korang rasa sendiri betapa lembut, ringan dan wanginya rambut korang tu. Hilang semua bau hapak, kepam, busuk yang melekat dekat kepala tu.



Beli Safi Shayla Supa dan Menang Hadiah Menarik


Ni ada berita best untuk korang. Dengan setiap pembelian produk Safi Shayla Supa minimum RM15 bermula dari 1 Julai - 31 Julai Julai 2021, korang berpeluang untuk join Peraduan Whatsapp & Menang Vespa tau.


Hadiah menarik berupa Supa Pink Vespa bernilai RM17,000 bakal menjadi milik korang. Selain tu ada juga hadiah wang tunai mingguan hingga RM1,000 kepada pengguna bertuah. So jangan lupa join ok. Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari instagram Safi Malaysia di https://www.instagram.com/safimalaysia. All the best and good luck korang.

Cara Atasi Rambut Berbau Agar SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan Dengan Safi Shayla Supa Reviewed by Ana Suhana on June 26, 2021 Rating: 5

2 comments:

  1. Cantik packaging safi shayla supa ni . Keluaran terbaru dari safi .

    ReplyDelete
  2. tang wangi tu akak suka.. pakai tudung hari2 mmg berkepam rasa kulit kepala

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.