Hotel Novotel Melaka Hotel Di Tengah Bandar Melaka


Hotel Novotel Melaka Hotel Di Tengah Bandar Melaka l Assalamualaikum. Beberapa minggu sebelum puasa yang lepas, Ana sekali lagi ke Melaka. Kali ni sebab En Suami ada kerja luar di sana. Memula macam malas nak follow, tapi bila dan 2-3 kali dia offer, Ana on je lah. Lagipun dia yang bayar semua. Hehe. Kali ni Ana stay di Hotel Novotel Melaka Hotel Di Tengah Bandar Melaka.

Hotel Novotel Melaka

Hotel Novotel Melaka Hotel Di Tengah Bandar Melaka


Senang bila pilih hotel di tengah bandaraya Melaka ni. Nak bergerak ke satu-satu tempat cepat dan mudah. Naik grab tak sampai berapa ringgit je. Nak jalan kaki pun boleh. Macam Hotel Novotel ni, ianya terletak di Taman Melaka Raya. Kalau kata nak jalan kaki ke Mahkota Parade, Dataran Pahlawan atau ke bandar Hilir hanya amik masa dalam 10-15 minit je macam tu. Memang dekat sangat. Kalau naik kereta lagi lah dekat kan.

Sama macam hotel lain di Melaka, waktu check in di sini ialah pada pukul 3. Tapi kalau kata bilik yang korang dah booked tu dah ready, korang boleh je check in awal. Check out pulak standard pukul 12.

Kali ni En Suami booked Executive Room with 1 King Size Bed di tingkat 16 tak silap. Memang sunyi sepi level ni. Sesuai untuk korang yang suka kan privacy. Bunyi orang lalu pun korang tak kan dengar. Apa tah lagi bunyi orang berborak. Housekeeping pun bukan kemain senyap dia buat kerja. Tau-tau surat khabar dah ada depan pintu bilik. hehe.
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Ni view dari bilik yang Ana stay tu. Untuk bilik jenis eksekutif ni ada 2 iaitu view laut dan bandar. Bila dapat view laut ni, si kecik tu yang bukan main lagi. Pepagi bila dia bangun, mesti dia akan duk termenung tepi tingkat tengok luar. Macam cari ilham pun ada gaya dia. Haha.

Executive Room with 1 King Size Bed ni bagi Ana tak lah luas sangat kalau nak compare dengan Hotel The Pines. Tapi bilik dia lebih kurang macam bilik di Hotel Ramada. Untuk 3-4 orang masih consider selesa. Cuma untuk budak kecik macam Syafi takde ruang nak bermain sebab space yang ada agak terhad. Tapi bab kebersihana memang tip top. Bersih sebersihnya.
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Selain dari katil saiz king, bilik jenis eksekutif ni juga ada sofa yang boleh dijadikan tempat tidur juga. Siap ada meja kecik untuk letak makanan lagi. Konon sambil berehat tengok tv sambil makan. Ala ala orang have have gitu. Hehe.
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Untuk yang datang bekerja, business desk pun ada disediakan. Walau tak besar tapi lebih dari selesa. Kebetulan Ana bawa lappy kecik, so memang syok lah nak buat kerja. Tak lah menganggu bahagian lain kan.
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Kalau rasa ngantuk masa buat kerja tu, korang boleh buat coffee sendiri. Sebab untuk bilik eksekutif ni ada disediakan mesin bancuh kopi ala ala Aristo tu. Korang hanya perlu masukkan kapsul coffee, kemudian isi air dalam tank dan tekan butang start. Sekejapan je coffee korang dah siap. Rasa ala ala Starbuck gitu. Onz ke tak onz??
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Selain dari tu, antara fasiliti lain yang disedikana pihak hotel ialah seperti tv with channel including kids channel, iron board & iron, bathrobe, telefon dan juga wifi. Sesuai lah untuk korang yang 24/7 kaki surfing tu
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Tentang bilik air pulak, Ana puas hati sangat sebab luas, bersih dan selesa. Siap boleh naikkan curtain lagi kot nak mandi sambil tengok tv. Haha. Tu pun kalau duduk sorang lah kan.
Hotel Novotel Melaka
Bilik untuk mandi dan private bathroom diasingkan antara satu sama lain. Cuma walau ada pintu berasingan tetap tak boleh lock. So korang kena lock pintu toilet utama.
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Istimewa tentang Hotel Novotel ni ialah toiletries dia dihasilkan menggunakan gula tebu dari Paraguay. Lain dari yang lain kan? Packaging toilteries dia pun menarik. Lengkap semua ada dalam set tu.
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Cuma hari pertama Ana stay dekat sini, hotel alami masalah bekalan air panas. Ada something rosak katanya. Tapi hari kedua semua ok dah cuma pressure air agak tak kuat.

Macam biasa, tak lengkap kalau ada anak kecik kalau pergi hotel tak mandi pool kan. Syafi masuk hari ke-2 dah bising tanya bila nak pergi pool. Pool untuk kanak-kanak tak besar pun berbanding pool orang dewasa.
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Hotel Novotel Melaka
Tapi bagi Ana ok sangat lah tu. Syafi bukan berani pun nak main jauh-jauh. paling kuat depan kaki Ana juga dia duduk. Haha. Kawasan pool pun selesa. Nak amik dan hantar towel dekat depan gym. Ada kaunter dekat sana. Cuma keselamatan korang atas tanggungjawab korang sendiri sebab Ana perasan takde life guard dekat sini.

Bila dah penat main tu sure lah lapar kan. Masa Ana stay dekat sini, Ana sempat ke Cendol Kampung Hulu yang viral sejak dua menjak ni. Dalam 10 minit je dari hotel. So untuk tujuan keluar masuk parking, pihak hotel akan sediakan satu access card untuk korang. Lebih kurang macam seasonal card lah. Cuma korang kena letak deposit Rm30. So korang boleh lah keluar masuk hotel berapa banyak kali yang korang nak tanpa perlu ke receptionist untuk validate tiket parking. Masa nak check out nanti, korang just pulangkan kad tu dekat autopay kaunter di sebelah pintu keluar dan amik balik deposit korang.

Ok lah tu cerita pengalaman Ana stay di Hotel Novotel Melaka ni. Dengan lokasi yang strategik dan dekat dengan bandar, keadaan bilik yang selesa dan bersih, kemudahan yang lengkap serta staff yang friendly, Ana boleh katakan Ana puas hati sepanjang stay 3 hari 2 malam dekat sini. Dan bagi korang yang nak cari hotel yang dekat dengan bandar, korang boleh lah cuba menginap di Hotel Novotel Melaka ni. Hotel ni antara hotel 4 bintang yang popular di sini. So worth to stay.






Hotel Novotel Melaka Hotel Di Tengah Bandar Melaka Reviewed by Ana Suhana on October 01, 2019 Rating: 5

23 comments:

  1. dlm bilik hotel ada iron mmg best..tk suka yg iron kena request or kena p iron kt bilik khas

    ReplyDelete
  2. Cantik,kemas bilik dia...ada iron lagi senang keje kita hihihi...

    ReplyDelete
  3. yela ana.. bilik bersih sgt tp sempit kan.. katil dgn sofa tu pun rasa rapat sgt.. haha

    ReplyDelete
  4. I have stayed in Novotel before. Love it

    ReplyDelete
  5. Iron tu penting kan..kalau akak bercuti ngan Dania, dia paling alert bab iron sebab nak gosok tudung...kalau takde siap letak dalam kereta..senang bawak dari rumah je

    ReplyDelete
  6. Bersih itu sangat penting kan Kak Ana..kadang kalau bili sedikit kurang luas ok lagi..tapi bab kebersihan tu sangat-sangat penting.

    ReplyDelete
  7. baru datang melaka minggu lepas hehe :D

    ReplyDelete
  8. Menarik sangat hotel nie Ana, boleh lah Kak Sue stay sini nanti kalau ke Melaka nanti lain kali..

    ReplyDelete
  9. Bln september nnt nak pergi melaka bolehlah stay sini... Mcm best jer

    ReplyDelete
  10. nampak.menarik....kebetulan mmg tfh mencari hotel yg best kat melaka

    ReplyDelete
  11. Bestnya kak melaka.. Lama tak pergi ni.. Sekali sekala dpt bercuti dan stay hotel ni pun syok nih

    ReplyDelete
  12. This hotel is very convenient and save travelling time coz its in the city centre.

    ReplyDelete
  13. Wah executive room.. Walaupun luas bilik sempit tapi tgk ok je.. Semua lengkap.. Nasib ade pool.. Takde bosna sangt.. Hehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  15. Comell sangatt dia punya toiletries tuu 😍😍

    Husniey terbayangkan macamana mandi sambil tengok TV tu Ana. Hehehe

    ReplyDelete
  16. cantik juga, kak ana pun kalau ke melaka suka cari hotel berhampiran bandar senang nak jenjalan kan :)

    ReplyDelete
  17. Baguslah hotel ni. Semua kelengkapan ada dalam bilik. Mudahkan kita kan

    ReplyDelete
  18. hi akakkkkk lama ray x singgah sinii. bestnye bestnyeeee

    ReplyDelete
  19. Tengah plan nak ke Melaka jugak ni. Menarik jugak hotel ni. Thanks for Sharing Sis Ana.

    ReplyDelete
  20. Dulu masa ada kerja kt melaka selalu lalu, tp tak pernah singgah atau menginap di sini. Nampak bilik selesa. Thanks sharing Ana.

    ReplyDelete
  21. Waaa.. Bestnya.. Tapi kalau pergi melaka stkat ni tak merasa la nak tido hotel. Sebab rumah mertua kat melaka.

    ReplyDelete
  22. wah.. cermin dia punya dinding bilik air.. hehehe.. kalau duk sensorang best nie..
    ada pool.. kesukaan anak-anak..

    ReplyDelete
  23. kat mana ekk hotel ni?
    familiar... mcm pernah lalu.
    which part of melaka raya ekk, ana.
    maklumlah ana, org melaka :) hi hi hi sgt jarang stay hotel melaka.
    nice.
    kemas.
    sgt selesa nampak hotelnya.
    perfect choice.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.