Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka - Ana Suhana

Jun 12, 2019

Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka


Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka l Assalamualaikum. Ada yang dah pernah rasa Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka ni? Kalau korang nak tau port ni tengah viral sejak dua menjak ni tau.
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka

Sebenarnya Ana pun baru tau tentang Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka ni masa ke Melaka 2 minggu sebelum puasa hari tu. Tu pun team operasi En Suami yang bagitau. Kalau tak, kitorang pun tak tau juga. Hehe. 

Bila search dekat Google, eh dekat je dengan hotel yang kitorang stay tu. Oh ha landmark nak ke sini ialah Masjid Kampung Hulu - masjid tertua di Malaysia ni. 

Dan masa google tu lah juga baru tau tempat ni tengah femes since last year. And for sure lah ramai orang kan especially on weekend. Kalau nasib baik, boleh lah dapat tempat duduk cepat. Macam Ana hari tu plan nak take away je cendol tu sebab tengok kerusi meja semua full house. Tapi nak jadi rezeki masa tunggu cendol tu siap, ada customer yang dah selesai makan. Apa lagi duduk lah terus. 

Cendol Kampung Hulu ni sebenarnya terdiri daripada beberapa stall yang dibuka di tepi Sungai Melaka. Antara stall yang paling popular ialah stall Ramen Asam Pedas dengan stall jual cendol. Selain tu ada juga stall yang jual roti john, satay, makanan bergoreng dan banyak lagi.
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramai kata Ramen Asam Pedas dengan Cendol Durian yang paling popular, so Ana pun nak lah juga cuba 2 menu ni lah. Cuma kitorang add on satay 2 set.
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Untuk menu asam pedas ni, tak terhad untuk menu ramen je. Nak makan dengan nasi pun boleh. Ada beberapa jenis asam pedas yang korang boleh pilih. Cuma untuk ramen, asam pedas dia terhad pada beberapa pilihan je. Macam Ana hari tu order Ramen Asam Pedas Sotong sebab nak serasikan dengan ramen tu. Harga untuk ramen sotong ni ialah RM18.90.
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Rasa dia?? Sedap dan kena sangat dengan selera Ana. Adik dan En Suami pun kata sedap. Kuah dia pekat dan cukup rasa semua. Agak pedas bagi yang tak kuat pedas. Tapi pedas pedas pun licin semangkuk tu. Hehe. Ada yang review kata kuah dia cair tapi masa Ana makan tu, ok je kuah dia. Pekat likat melekat. Rezeki kitorang kot sedap hari tu. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Pedas pedas tu bilas tekak dengan cendol durian memang terbaik beb. Tapi sayangnya bagi Ana, cendol durian dia beshe beshe je. Mungkin sebab Ana pernah rasa cendol durian yang lagi WOW kan. Cuma keistimewaan cendol dekat sini ialah ais dia halus dan ais tu sendiri merupakan ais bersantan. So next time kalau nak makan cendol, order je cendol biasa. Dah ok dah rasa dia. Harga cendol durian ni ialah RM15 sebekas. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Budak ni asal ada durian dia ON je. Sedap ke tak belakang cerita. Hehe. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Bab satay ni tak best sikit sebab terlalu lama nak dapat. Makanan lain dah habis tapi satay tak sampai sampai lagi. Tapi tak leh salah kan dorang sebab memang ramai orang kan. Cuma masa yang diambil tu terlalu lama. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ana order 1 set satay ayam dan 1 set satay daging. Harga RM13.50 setiap set. Ada 10 cucuk satay, nasi impit dan kuah kacang beserta timun bawang. Rasa satay tu ok jer bagi Ana. Terasa perapan satay tu semua. Tekstur isi ayam dan daging pun tak liat sangat. 

Overall dari segi harga agak pricey tapi sekali sekala apa salahnya. Support local Muslim business kan. Better pergi belah petang atau malam sebab sejuk sikit. Yang syok makan dekat sini ialah, sambil makan boleh layan cruise yang lalu lalang tu. Syafi lah yang rajin dok melambai dekat cruise tu. Hehe. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
So korang kalau ke Melaka, tak tau nak lepak atau makan apa why not singgah pekena Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka ni. Mana tau kena dengan selera korang kan. Selamat mencuba. 




17 comments:

  1. Pedas..kawankan dengan manis memang ngam kak Ana..cara capat nak hilangkan pedas..terliur tengok..Syafi peminat durian ya..ada rancang juga nak ke Melaka..dah lama tak ke Melaka..inshaAllah boleh singgah.

    ReplyDelete
  2. This looks really spicy. I'm going to Malacca end of this month. Will try this!

    ReplyDelete
  3. menarik ni ana.. boleh masuk dalam list.. hehe

    ReplyDelete
  4. Uihhh kak.. Cendol durian dgn satay tu yg yummyyyyy

    ReplyDelete
  5. ermmm...nampak sedap je ramen tu..nanti nak singgah la kalau ke melaka..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ramen tu Ana. Ni yg buat nak ajak suami pergi jugak

    ReplyDelete
  7. Menarik sangat nie Ana.. boleh singgah nanti. Plan nak ke sana juga nie..

    ReplyDelete
  8. Memng nmpk sedap ni.. Tgk kiah asam oedas dia.. Perghhh.. Cendol durian.. Layann.. Bila la dpt p melaka

    ReplyDelete
  9. wow!mcm sedap je asam pedas tu kak...pedas² pekena pulak cendol durian..pehhh! terangkat

    ReplyDelete
  10. wah kena usha nanti ni.. sedapnya

    ReplyDelete
  11. Aduhhhh terliur i kat opis, both are my favourite the cendol durian and ramen asam pedas.

    ReplyDelete
  12. Fuhhh menyelerakan menu nya tu kecur air liur Rabia tgk ni

    ReplyDelete
  13. Kitorang selalu food hunter kalau pi negeri orang tapi tak tau pulak kat Melaka ni ada kedai cendol sedap..wajib masuk list kena pi ni..

    ReplyDelete
  14. cantiknya gambar. lagi2 ramen asam pedas. sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  15. Ramen asam pedas tu menggugat jiwa ini....adoyaii kena masuk wishlist ni

    ReplyDelete
  16. Ramen asam pedas? confirm pedas...kan?sejak dh x leh makam pedas ni..kita tgok je la..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤