Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka - Ana Suhana

Sep 24, 2018

Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka


Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka | Assalamualaikum. Lama pula rasanya tak cerita tentang hotel review. So kali ni Ana nak share sekali lagi tentang Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka. Kali ni Ana ke Melaka sebab ikut En Suami yang ada operasi dekat sekitar bandar Melaka ni. Dah dia offer tak kan tak nak follow pula kan. Hehe.
Hotel Ramada Plaza Melaka.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka

Macam Ana bagitau tadi ni kali ke-2 Ana nginap dekat sini. First time bulan 5 tahun lepas. Masa tu Ana stay di Premier Room. Tu pun sama sebab ikut En Suami ada kursus dekat hotel ni. Memandangkan Hotel Ramada Plaza ni antara hotel yang paling Ana suka so En Suami sekali lagi book bilik dekat sini. Kebetulan ada promosi masa nak menempah tu. Bagai pucuk dicita ulam mendatang katanya. Cuma kali ni kita up booked Executive Deluxe Room pula. 

Kalau ikut harga di Agoda, bilik ni semalam range dia dalam RM275 tapi sebab ada promosi hari tu dapat RM192 je semalam. Bagi Ana murah sangat dah untuk range hotel 5 bintang tu. Cuma harga tu tak termasuk breakfast. Lagipun bukan makan banyak pun. Beli roti pun dah cukup.

Beza Premier Room dan Executive Deluxe Room ni ialah keluasan bilik tu sendiri. Untuk Premier Room bilik luas bilik ialah 36m² manakala Executive Deluxe Room ni berkeluasan 42m². Disebabkan bilik ni luas so fasiliti yang ada dalam tu pun extra lah kan.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Antara fasiliti extra yang ada dalam Executive Deluxe Room ni ialah meja kopi yang luas, sofa bed yang sangat selesa dan juga bathtub selain dari meja kerja yang besar.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
View pula menghadap bandar Melaka dan laut Selat Melaka. Memang cantik view dari tingkat 17 tu. Privacy pun best. Tak dengar langsung bunyi orang berjalan ke,berborak ke,  tarik-tarik kerusi meja dekat atas ke. Memang superb.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Macam biasa, kebersihan bilik dan bilik air memang tip top. Tu yang paling Ana suka. Entertainment dalam bilik pula ada wifi speed yang laju dan juga koleksi movie yang melambak. Sampai tak tahu nak tengok movie yang mana satu.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka

Selain tu kemudahan seperti safe box, iron board & iron, bathrope, scale weight semua ada. Coffee and tea dan toiletries wajib lah ada kan. Mini bar pun tak terkecuali. Semua complete. Puas hati lah senang kata. Kalau korang cari oven memang takde lah. Maybe kalau korang up lagi bilik baru ada kot.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Waktu check in ialah pukul 3 standard hotel lain dan check out pukul 12. Masa check in check out sangat cepat. Kalau kata ramai orang beratur masa tu korang boleh je lepak dekat lobi tu. Dah lah selesa, wangi pula tu. Rasa segar je rasa dia. Muzik pula di mainkan instrumental music. Layan habis. Haha. Baik punya puji. Padahal self review. :p
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Lokasi hotel Ramada Plaza ni terletak di Jalan Bendahara. 10 minit jer dari Bandar Melaka. Tempat makan pun banyak dekat sekitar tu. Nak shopping boleh ke bangunan The Shore. Jalan kaki je dari hotel. Nak naik kereta pun boleh. Tak sampai 5 minit dah sampai. Nak naik Melaka River Cruise dari depan The Shore tu pun boleh. Nak ke Jonker Walk pun dekat dah. Senang kata lokasi hotel ni sangat strategik dan mudah di cari.

Korang yang ada rancangan nak bercuti atau ada urusan kerja di Melaka, Ana suggest korang stay dekat Hotel Ramada Plaza ni. Memang puas hati. Selamat menginap pada yang akan menginap di sini nanti.




18 comments:

  1. syok kalo dlm bilik ada bathtub...dh alang2 husband ana ada kj tu sure la ikut kn..bole jjcm hehe

    ReplyDelete
  2. Wah nampak selesa dan kemas bilik ni. Nak nak ade bath tub lg best kan ana

    ReplyDelete
  3. wah..terbaik la ana hotel ramada ni...nt ke melaka lina nak book la hotel ni

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pula dekat Melaka ada Ramada Plaza.

    ReplyDelete
  5. wah.. pantas hahah..
    nice view.. melaka bnyak port makan best2 kan..

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi dengar pasal hotel ni.but not bad jugak kan

    ReplyDelete
  7. Berapa bintang ni ana? Serius ke 5 bintang? Murahhh!

    ReplyDelete
  8. dah lama x tdo hotel. last sept 2015. maklumlah kan skrg ni guru2 dah x de peluang hadiri kursus di hotel mcm dulu2. huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Syok tu Ana boleh upgrade bilik dengan harga berbaloii 😍😍

    Nak masuk dalam list nanti boleh tidur sini kalau ke Melaka

    ReplyDelete
  10. Syioknya...boleh holiday sambil asben keje.

    ReplyDelete
  11. wah, murah yer rate dpt bilik superb macam ni. syok yer ana ikut suami kerja kat melaka.huda pernah ikut suami kerja melaka stay kat hatten place pun best jugak

    ReplyDelete
  12. Best..bila dari dalam bilik hotel boleh tengok view kawasan sekitarnya...itu lagi seronok...

    ReplyDelete
  13. Kalau anak-anak boleh tidur dihotel, part yang depa suka berendam dalam bath tub tu

    ReplyDelete
  14. Lama x pi Melaka. Siap ada bath tub lagi. Menarik gak hotel ni ea.

    ReplyDelete
  15. Nampak selesa Hotel ni, bestnya lepak-lepak dekat hotel..

    ReplyDelete
  16. Nampak mmg selesa, kemas dan cantik.. berbaloi nampaknya menginap kat sini.

    ReplyDelete
  17. Puas hatinyaaa stay hotel yang selesa macam ni, bilik pun luas brbaloi lah dengan harga.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤