Aktiviti CSR AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM


Aktiviti CSR AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM l Assalamualaikum. Sebut je tentang AFY haniff ni, pertama kali Ana dengar jenama ni di iklan-iklan radio. Sebab dah selalu sangat dengar nama jenama ni, Ana pun Google siapa AFY haniff ni kan. Wahhh bukan calang-calang jenama rupanya. Nak tahu siapa AFY Haniff ni korang kena baca dekat bawah ni.



Aktiviti CSR AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM


AFY haniff telah 13 tahun di pasaran


Pada yang baru pertama kali dengar tentang jenama ni, sebenarnya AFY haniff bukan satu nama baru di Malaysia. Ini kerana AFY Haniff Group (M) Sdn. Bhd telah diasas dan diperbadankan di Malaysia  pada tahun 2006 di Telok Mas, Melaka dan merupakan 100% syarikat IKS (Industri Kecil dan Sederhana) Muslim tempatan. Ini bermakna dah 13 tahun AFY haniff berada di pasaran. Korang boleh jumpa produk-produk AFY haniff di pasaraya-pasaraya besar seperti di Giant, Mydin, Tesco, Aeon dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan korang, jenama AFY haniff sangat terkenal dengan produk-produknya yang berasaskan pati Serai Wangi. Boleh kata AFY haniff antara pelopor pati serai di Malaysia. Sebab tu mereka mahir dalam pembuatan produk herba "Organic Natural Insect Repellent" yang selamat untuk kegunaan seisi keluarga.

Serai Wangi kini ditukar kepada Swipel


Produk pati Serai Wangi AFY haniff telah terbukti berkesan untuk mengusir pelbagai jenis serangga secara semulajadi tanpa memberi kemudaratan kepada pengguna. Penggunaan bahan berasaskan organik ini secara langsung dapat membantu mengekalkan persekitaran yang bersih dan kehidupan yang lebih sihat.

So far terdapat 11 jenis produk di bawah label AFY haniff yang korang boleh beli di pasaran seperti produk semburan penghalau serangga dan pencuci lantai, ubat anti tikus dan lipas serta lilin dan minyak pelita penghalau serangga  seperti :                     

1.Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff

4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff
Feb 2019 yang lepas, AFY Haniff Group (M) Sdn. Bhd. telah melakukan penjenamaan semula ke atas  produk-produk mereka yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Serai Wangi AFY Haniff (Serai Wangi) ditukar kepada Swipel AFY Haniff (Swipel) - singkatan  dari Serai Wangi Insect Repellent (Serai Wang penghalau serangga).


Rumah Ronald McDonald HUSM


Sebagai sebuah syarikat Bumputera tempatan yang sangat peka dengan keadaan sekeliling,AFY haniff telah berjaya melakukan satu Aktiviti CSR AFY Haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM hasil kerjasama pertama antara AFY Haniff dan juga McDonald's dan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu di belakang tabir pada 24 September 2019 yang lepas.

Tujuan utama Aktiviti CSR AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM ini dijalankan adalah sebagai tanda sokongan pihak AFY haniff kepada para pesakit dan waris terdekat di bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan dalam meringankan beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka.
Untuk pengetahun korang, Rumah Ronald McDonald HUSM ini baru dibuka pada Jun 2019 yang lepas dan ditubuhkan dengan tujuan untuk meringankan beban keluarga pesakit terutama dalam membantu mengurangkan kos penginapan. Dikatakan di HUSM sahaja, terdapat lebih daripada 20,000 pesakit setahun termasuk pesakit dari luar kawasan yang memerlukan bantuan penginapan.
Di Rumah Ronald McDonald HUSM ini, terdapat 18 bilik yang sangat selesa untuk keluarga pesakit tinggal sepanjang ahli keluarga mereka mendapatkan rawatan di sini. Penginapan di sini juga dilengkapi dengan ruang makan, ruang istirehat, dapur, bilik air, bilik dobi dan taman permainan serta Bilik Sensori Ronald McDonald. Walaupun kos pembinaan Rumah Ronald McDonal HUSM ni mencecah RM4juta, namu caj yang dikenakan kepada keluarga pesakit hanya serendah RM5 semalam.!!

Aktiviti CSR AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM


Aktiviti CSR AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM pada hari tersebut bermula seawal jam 9 pagi di mana aktiviti dimulakan dengan sesi perkenalan di antara kedua-dua belah pihak dan juga taklimat ringkat sebelum diteruskan dengan aktiviti melawat Rumah Ronald McDonald.



Setelah meninjau rumah tersebut dan kenal pasti bentuk bantuan yang boleh dihulurkan, pihak AFY haniff dan McDonald's bersama-sama membeli belah barangan keperluan untuk kegunaan penghuni rumah tersebut. Ini termasuk barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah.


Acara seterusnya diteruskan dengan aktiviti masak beramai-ramai untuk makan tengahari. Memang meriah dapur Rumah Ronald McDonald HUSM hari tu. Macam buat kenduri kendara keluarga terdekat pulak rasanya. Itu lah manisnya ukhwah yang dibina atas tali keikhlasan.
Aktiviti CSR AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM tiba di kemuncak di mana kesemua bilik-bilik di sini dibersihkan menggunakan produk-produk AFY haniff.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti membuang sampah, mencuci lantai dengan pencuci lantai AFY haniff, spray fabrik seperti langsir dengan pewangi fabrik AFY haniff, mencuci segala pinggan mangkuk dengan pencuci pinggan AFY haniff dan banyak lagi.



Sumbangan kilat kepada keluarga pesakit


Pada aktiviti terakhir hari itu, pihak AFY haniff turut berbesar hati memberi sumbangan berupa barangan jenama AFY haniff kepada para penghuni Rumah Ronald McDonald HUSM.

Selain dari itu, AFY haniff juga memberi sumbangan kilat on the spot kepada salah satu keluarga pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian di mana pesakit kecil berusia 5 tahun tersebut cedera parah akibat di langgar kereta. Didoakan semoga adik tersebut cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Tahniah buat team AFY haniff!! Semoga apa yang dilakukan menjadi contoh dan membuka mata lebih ramai pihak di luar sana agar sama-sama turun padang membela nasib mereka yang memerlukan.

Pada korang yang nak info atau nak tau lebih lanjut produk-produk atau promosi yang sedang dijalankan, korang boleh lawati laman web dan media sosial AFY haniff seperti di bawah :

Aktiviti CSR AFY haniff Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Reviewed by Ana Suhana on October 14, 2019 Rating: 5

13 comments:

  1. Tahniah Afy haniff. Usaha yang bagus dalam membantu orang yang memerlukan,

    ReplyDelete
  2. Semoga Afy Haniff terus dikenali ramai. Eh, ana tengah redesign blog eh? Baru perasan, domain pun dah kembali pada blogspot. Hope sempatlah ana nak renew domain ana...

    ReplyDelete
  3. menarik. boleh cuba nanti kalo jumpa productnya..

    ReplyDelete
  4. Satu inisiatif yang bagus dilakukan dari pihak AFY Haniff.. Dan sememangnya LeYa menyukai produk-produk AFY Haniff ni..

    ReplyDelete
  5. Bagus Usaha AFY Haniff ni, turut menyumbang untuk yang memerlukan.. moga bisnes terus maju...

    ReplyDelete
  6. Bagus ada aktiviti macam nie kan Ana.. nanti Kak Sue nak cuba juga lah produk dari AFY Haniff nie macam best ja..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, usha murni mereka buat rumah mcdonlad wangi..nad tak pernah guna produk ni lagi..nan ti nakcarila

    ReplyDelete
  8. Zaza pun baru tau pasal prduk afy haniff ni.. Sebab dh lama tak ke pasaraya.. So tak tau akan produk2 baru.. Btw thniah sbb pihak mereka sudi bekerjasama utk rumah ronald mcd tu

    ReplyDelete
  9. Bagus aktiviti ni, produk ni tak pernah tau... Kalau kat kedai ada ke?

    ReplyDelete
  10. Wow this initiative is great to help & contribute to the needy.

    ReplyDelete
  11. Bagus ada program macam ni, sekurang membantu mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  12. Produk AFY haniff ni Marsha selalu tengok kat pasaraya...suka bau serai dia

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.