Terokai Dunia Hidupan Laut di The Shore Oceanarium Melaka


Terokai Dunia Hidupan Laut di The Shore Oceanarium Melaka l Assalamualaikum. Baru-baru ni Ana turun Melaka sekali lagi. Last bulan September yang lepas sebab teman En Suami kerja dekat sini. Kali ni pun sama. Sebab dah selalu sangat ke sana so kali ni kami decide nak belanja Syafi untuk Terokai Dunia Hidupan Laut di The Shore Oceanarium Melaka. Mesti dia suka.

The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka

Terokai Dunia Hidupan Laut di The Shore Oceanarium Melaka


Sebenarnya lama dah plan nak bawa Syafi masuk Terokai Dunia Hidupan Laut di The Shore Oceanarium Melaka ni. Tapi masa tak mengizinkan. So bila kali ni ada masa, tu yang terus on. Kalau tak, tak tau bila lagi nak bawa Syafi. Dan tak sanggup nak dengar Syafi berzikir dekat telinga nak masuk akuarium. Haha. Akuarium pun boleh.


Waktu operasi The Shore Oceanarium ni bermula pukul 10.30 pagi sampai 9 malam. Last tiket dijual pukul 8 malam. Sebab tak nak bersesak Ana masuk seawal 10.30 pagi tu. Memang senang sebab tak perlu beratur panjang dan orang pun tak ramai dalam tu. Harga tiket korang boleh refer gambar bawah ni.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Oh ya make sure sebelum masuk korang dah selesai 'buang' apa yang perlu sebab dalam tu takde tandas. Dan once korang dah keluar korang dah tak boleh masuk balik tau. Macam biasa makanan minuman semua dilarang bawa masuk!!
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Apa yang menarik yang ada dekat The Shore Oceanarium ni? Ada banyak sebenarnya korang. Selain dari anak-anak korang boleh tengok dan belajar tentang pelbagai spesis hidupan laut yang ada, mereka juga boleh berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Orang kata berhibur sambil belajar gitu. Jom kita tengok antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.




Interactive Touch Pool


Antara tarikan yang menarik pada pendapat Ana. Dekat kolam ni korang dan anak-anak korang berpeluang untuk menyentuh dengan tangan korang sendiri hidupan laut yang kita tak pernah terbayang boleh disentuh seperti bamboo shark, belangkas, tapak sulaiman dan juga ikan pari.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Tak bahaya ke? Jangan risau sebab semua bisa dah dibuang dan hidupan laut tu semua selamat untuk disentuh. Tapi nak sentuh make sure sentuh dalam air tau. Jangan angkat pulak!!


Magical Vacuum Aquarium (MVA)


Bersebelah dengan Interactive Touch Pool ni korang akan nampak Magical Vacuum Aquarium pula. Dah nama pun magical kan sure lah ada sesuatu yang magik dekat akuarium ni.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Menarik tentang Magical Vacuum Aquarium ni ialah kalau ikut logik atau hukum fizik, mana-mana tangki yang dipenuhi air, bila ada lubang di tengah-tengahnya pasti air tersebut akan mengalir keluar kan. Tapi Magical Vacuum Aquarium ni menentang graviti dengan mekanisme yang direka khas di mana terdapat vakum dibina di bahagian atas akuarium untuk mengekalkan tekanan rendah supaya air tidak mengalir keluar. Menarik kan?

River Story


Di River Story. anak-anak akan belajar tentang ekosistem sungai di seluruh dunia yang mempamerkan spesis-spesis ikan yang pelbagai.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Antara spesis ikan yang dipamerkan adalah dari Sungai India, Sungai China Sungai, Sungai Australia, Danau Malawi dan banyak lagi. Dan pameran yang terbesar adalah dari Ekosistem Malaysia dengan spesies ikan asli di negara kita.

Ocean Journey


Ocean Journey merupakan seksyen utama di The Shore Oceanarium Melaka ni. Di sepanjang laluan di Ocean Journey ni korang akan jumpa bahagian-bahagian kecil seperti Theatre Oceanarium, Shark Quest, Sea Shell Museum, Marine Fishes dan coral exhibition.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Semasa berjalan korang jangan lupa pandang atas sebab korang sedang berjalan di bawah terowong akuarium.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Korang boleh nampak pelbagai spesis hidupan laut yang aktif bergerak seperti ikan pari dan ikan jerung. Rasa macam dalam akuarium sebenar pulak.

Fun & Freaskish


Dekat seksyen Fun & Freakish ni korang akan dapat lihat hidupan laut yang unik seperti Walking Fish, Frogfish. Fish like pipe dan Sea Horse. Obor-obor dan sotong pun ada juga.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka

Jungle Quest


Jangan terkejut masa tengah explore koran akan nampak binatang selain daripada hidupan laut.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Sebabnya di Jungle Quest, korang boleh melihat pelbagai jenis reptilia, ular, katak, rama-rama, serangga, binatang berbisa dan pelbagai haiwan kecil seperti landak. Mesti anak-anak korang teruja nanti.

Augmented Reality (AR)


AR antara aktiviti yang paling mendapat sambutan tinggi di kalangan para pengunjung. Di AR ni korang boleh berinteraksi dengan elemen grafik yang dijana oleh komputer beserta dengan input bunyi, video dan grafik. Ada elemen di dalam laut, di dalam hutan dan di tepi laut.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Macam mana? Menarik kan The Shore Oceanarium Melaka ni. Memang tak rugi bawa anak-anak ke sini sebab banyak yang mereka boleh pelajari.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium Melaka
Alang alang dah sampai sini jangan lupa untuk beli sourvenir untuk kawan-kawan anak-anak kita dekat kedai cenderamata sebelum keluar tu. Harga yang dikenakan sangat berpatutan. So kalau korang ke Melaka, jangan lupa singgah ke The Shore Oceanarium Melaka ni.



2F-01, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka.

Tel : +606-2829966 
Fax : +606-2831003

Terokai Dunia Hidupan Laut di The Shore Oceanarium Melaka Reviewed by Ana Suhana on August 07, 2023 Rating: 5

23 comments:

  1. tu la nieyl aritu nak pergi juga tapi keadaan x mengizinkan...
    nanti everything dah selesai..mak dah sihat...InsyaÁllah nak g sana juga

    ReplyDelete
  2. Bukan sekadar boleh tengok..boleh sentuh juga tu yang buat lebih teruja.

    ReplyDelete
  3. menarik lah ana, boleh lah nanti bawa anak-anak ke sini kalau kami ke Melaka

    ReplyDelete
  4. Wahhh makin cantik dan best yer tempat nih

    Last team Hans pergi sini masa diorang baru buka.

    Mmg nampak banyak perubahan lah

    ReplyDelete
  5. cantiknyaaaa. nak pegi ! ray dulu last pergi tmpt mcm ni pun kt aquaria time sekolah. and never been there even once smpi skrg. hmmm

    ReplyDelete
  6. Bestnya akk.. Lawa gila tgk ikan2 tu.. Bila la nak pi jalan melaka nih

    ReplyDelete
  7. x pernah sampai sini lagi...nanti nak pergi la hujung tahun..

    ReplyDelete
  8. Plan nak bawa baihaqi ke sini la one day

    ReplyDelete
  9. I have also been to the aquarium. It's great for young children

    ReplyDelete
  10. Ni jeles tgk ni kak haha.. teringin nak masuk tauuu

    ReplyDelete
  11. cantik tempat ni..penuh dengan hidupan laut siap boleh pegang..nanti datang melaka singgah sini

    ReplyDelete
  12. Berapa harga tiket masuk ye.
    Aduhai.. Teruja pulak kita. Rasa nak bawak anak ank je ke situ bila balik melaka.

    ReplyDelete
  13. eh tak tau pun pasal kewujudan tempat ni...agak-agak berapa lama masa kalau masuk tu kak...? anak buah Sally suka tgk binatang...ikan lagi laa

    ReplyDelete
  14. ala. ke melaka ritu tak tau de tmpt ini. klu tau mesti pergi. suka kehidupan air i ni

    ReplyDelete
  15. Bstnya tengok.. Ade macam-macam.. Ntah bila nak pergi melaka ni pun yak tau.. Hehehe.. Mesti fariza seronok kalau dpt masuk

    ReplyDelete
  16. Ana berapa harga tiket masuk ni? Nanyi nak bawa lah anak anak datang sini pula

    ReplyDelete
  17. leh masuk dlm list tempat untuk dilawati oleh anak²... Menarik sgt tempat ni..

    ReplyDelete
  18. Dulu pernah nk msuk sini tp ade je halangan budak mengaruk . Huhu.. Next time nk ke sini la

    ReplyDelete
  19. Oh i went there before during the opening, its quite fun and the mall is very nice too.

    ReplyDelete
  20. Bestnya.. next trip boleh masukkan dalam jadual.. Boleh bawa anak-anak ke sini nie..

    ReplyDelete
  21. Alamak.. masa baca kat ats tu terasa plan nak bawak harraz pi tapi bila baca hujungnya.. alamat kat melaka.. alahai.. tak jadi.. jauh.. hehehe.. bestnya kalau dapat bawak harraz pi sini

    ReplyDelete
  22. Alah geramnya tengok kan.. Anak anak kecil mesti lagi teruja tengok keunikan hidupan laut.. Suka tengok banyak benda menarik kat sini.. 😍

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.