Pelbagai Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa

Pelbagai Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa l Assalamualaikum. Bila kata masuk je bulan puasa ni mula lah pening nak pikir menu apa nak berbuka nanti. Ada tu tak nak makan berat-berat, nak makan yang ringan-ringan je. Yang penting kena ada pencuci mulut yang sejuk lagi menyegarkan.


Pelbagai Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Tak sah kalau berbuka puasa takde pencuci mulut kan. Sekurangnya ada satu jenis pun dah ok sangat tu. Agar-agar ke, puding ke, kuih-muih ke. Tu belum lagi kalau berbuka ramai-ramai dekat rumah mak. Lagi meriah menu pencuci mulut tu haa. Makin besar rumah makin banyak pencuci mulutnya. Haha. Untung bina rumah besar atas tanah ni, senang nak kumpulkan semua anak-beranak dalam satu masa. 


Bukan apa, kadang ada masa kita nak solat dulu sebelum makan kan. So masa nak berbuka tu, bila ada pencuci mulut ni boleh lah jamah sikit. Betul tak?


Tapi dalam banyak-banyak pencuci mulut, Ana paling suka yang jenis agar-agar atau puding. Tak pun tepung pelita. Tapi syaratnya kena sejukkan dulu. Baru nikmat bila makan. Ye lah, bila puasa ni kita akan lebih pada haus je kan. Bab makan ni kurang sikit. Bila dapat makan makanan yang sejuk masa berbuka, memang sedap lah.


Ok lah, kali ni Ana nak share Pelbagai Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa yang boleh dicuba. Kebanyakkannya resipi agar-agar dan puding. Boleh lah korang cuba nanti. Lagipun lagi berbaloi bila buat sendiri terutama bila ada anak ramai.


Senarai Resipi Pencuci Mulut Yang Mudah Untuk Berbuka Puasa


1. Sagu Gula Melaka
2. Agar-agar Lumut Butter
3. Puding Aiskrim Oreo
4. Puding Serikandi
5. Puding Biskut Marie
6. Susu Lapis Strawberi
7. Puding marbe
8. Puding Kentang
9. Puding Kek Cendol & Cincau
10. Puding Sumi Selasih
11. Puding Biskut Cream Crackers
12. Pudinf Milo Oreo
13. Puding Lapis Santan Pelangi
14. Puding Jagung Coklat
15. Onde-onde Gula Melaka
16. Agar-agar Tembikai
17. Puding Karamel Telur
18. Agar-agar Koktail
19. Puding Triffle
20. Kek Batik



1. Sagu Gula Melaka

Sumber : Adrian Teamworks
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa

Bahan - bahan


1. Sagu

2. Pewarna

3. Susu cair

4. Gula Melaka

5. Daun pandan

6. Gula


Cara Masak


1. Rendam sagu selama 30 minit. Kemudian rebus sagu dan bahagikan kepada 3 warna.

2. Masak air gula - gula melaka + daun pandan +  gula putih sehingga gula larut.

3. Campur susu cair dan air gula di dalam bekas.

4. Masukkan sagu setiap satu warna dalam bekas. 

5. Sejukkan sebelum dihidang.


Baca juga : Resepi Kek Pisang Emas Gebu Gebas



2. Agar-agar Lumut Butter

Sumber : Ruzita Mohamed

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan - bahan


A. Bahan Agar-agar Lumut


1. Telur - 2 biji

2. Gula pasir - 150 gram

3. Santan instant - 125ml

4. Air - 550ml 

5. Garam - 1/2 sudu

6. Esen vanila - 1 sudu teh

7. Esen pandan -  1 sudu esen pandan / 100ml jus pandan

8. Serbuk agar-agar - 10 gram


B. Bahan-bahan Puding Butter


1. Kuning telur - 4 biji

2. Butter - 100 gram (dicairkan)

3. Gula pasir - 4 sudu makan

4. Susu pekat - 1/2 tin

5. Air - 550 ml

6. Serbuk agar-agar - 10 gram


Cara Masak


A. Agar-agar Lumut


1. Kacau rata semua bahan-bahan di atas sampai rata, kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Gunakan api sederhana. Kacau sampai mendidih.

** Kalau nak lumut full tanpa mendapan air, biarkan dalam periuk dulu. Bila dah kurang panas baru masukkan ke dalam acuan.


B. Puding Butter


1. Kacau bahan-bahan B dan masak sampai mendidih guna api kecil saja.

2. Lepas masak, tuang ke atas puding lumut di atas.

3. Biar sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam peti ais.



3. Puding Aiskrim Oreo

Sumber : Marsila Mas

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan-bahan


1.  Agar-agar tali - 25 gram

2.  Air - 4 cawan

3. Susu cair - 1 tin 

4. Gula - 1 cawan

5. Esen vanila - 1 sudu teh 

6. Telur - 1 biji 

7. Biskut oreo - 1 bungkus (dikisar)

8. Aiskrim - 5 scoop (tak kisah perisa apa)


Cara Masak


1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.

2. Masukkan gula dan kacau sebati.

3. Blend telur, susu, aiskrim dan esen vanila.

4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di blend ke dalam adunan agar-agar. Kacau rata.

5. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dikisar. Tutup api.

6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan.


 

4. Puding Serikandi (Puding Roti)

Sumber : Ain Ilfina



Bahan-bahan


1.  Agar-agar tali 20g - 2 paket

2. Susu cair - 2 tin

3. Susu pekat - 1 tin

4. Roti Gardenia 

5. Gula batu - 1 inci

6. Pewarna


Cara Masak


1. Masak agar-agar tali dgn 2.4 liter air.

2. Masukkan gula batu.

3. Carik-carikkan roti ke dalam bekas yang berisi susu cair. Pastikan roti tenggelam dan kembang. Ambil bahagian putih sahaja.

4. Bila agar-agar sudah mendidih sebati, cedok dalam 2-3 senduk untuk 3 bekas. Titis setiap bekas ikut warna kesukaan masing-masing. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk potong dadu setiap warna tu.

5. Guna api kecil, masukkan susu pekat ke dalam baki agar-agar tadi. Kacau sehingga sebati.

6. Di dalam loyang, untuk lapisan pertama tabur agar-agar yang dipotong dadu tadi. Kemudian  masukkan roti yang direndam dengan susu cair tadi. Akhir sekali tuang agar-agar yang bercampur susu pekat sedikit demi sedikit bagi tenggelam roti. 

7. Ulang step 6 sampai habis.

8. Sejukkan sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Siap.



5. Puding Biskut Marie



Bahan-bahan


1. Biskut Marie - 200 gram

2. Agar-Agar Serbuk - 10 gram

3. Air - 1/2 cawan

4. Susu cair - 1/2 cawan

5. Susu pekat - 1/2 cawan 

6. Tepung kastard - 1/2 cawan 

7. Telur - 1 biji

8. Buttercup - 1/2 buku 

9. Serbuk koko - 6 sudu besar 

10. Milo - 8 sudu besar

11.  Esen vanilla - 1/4 sudu kecil


Cara Masak


1. Blend susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan.

2. Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.

3. Masak serbuk agar-agar dengan air hingga larut dan mendidih.

4. Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.

5. Masukkan bahan-bahan yang di"blender" dan kacau hingga sebati.  Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat.  Sentiasa kacau.

6. Masukkan serbuk koko & Milo yang  dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak.  Tutup api.

7.  Alas loyang 7"x 7" dengan plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang nak keluarkan puding dari loyang nanti.

8. Masukkan adunan koko. Ratakan keseluruhan loyang. Susun biskut Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yg kosong.

9.  Ulang step 9 sehingga habis. Pastikan lapisan atas sekali ialah lapisan koko. Kemudian sejukkan.

10. Bila dah sejuk, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Sedap dimakan sejuk.



6. Susu Lapis Strawberry

Sumber : Zura Zul


Bahan-bahan


1. Agar-agar tali - 20g (rendam dengan air 1 jam. Kemudian toskan)

2. Air - 5 cawan

3. Gula - 1 cawan

4. Susu cair - 1 tin (Jadikan 2 cawan. Tak cukup boleh tambah air)

5. Garam - secubit

6. Strawberry - 10 biji (potong nipis)

7. Pewarna strawberry

8. Perisa strawberry

9. Tepung kastard - 2 sudu besar


Cara Masak


1. Masak air dengan agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, tepung kastard dan secubit garam. Masak hingga nak mendicih. Tutup api.

2. Susun strawberry di dalam loyang 8x8. Loyang bulat pun boleh.

3. Ambil 1 cawan agar-agar dalam step 1 tadi dan tuang di atas susunan strawberry perlahan-lahan. Biarkan sederhana beku.

4. Ambil 2 cawan adunan agar-agar dalan step 1 dan masuk dalam bekas lain. Kemudian amik lagi 1 cawan agar-agar step 1 dan kisar dengan 1 biji strawberry sampai halus. Masukkan ke dalam bekas 2 cawan agar-agar tadi bersama pewarna dan perisa strawberry. Kacau sebati.

5. Kemudian ambil 1 cawan adunan agar-agar dalam step 4 dan tuang ke atas puding yang disejukkan dalam step 3 tadi.

6. Ulang melapis puding secara berselang seli antara adunan agar-agar step 1 dan step 4. Ulang sehingga habis.

7. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dan boleh di makan selepas itu.



7. Puding Marble


Bahan-bahan


1. Agar-agar tali - 37 gm (1 tahil)

2. Air - 6 gelas (1300 ml)

3. Gula - 2 1/2 gelas (470gm)

4. Telur - 4 biji

5. Tepung jagung - 1/2 cawan 

6. Susu cair - 1 1/2 tin

7. Marjerin - 2 sudu besar

8. Serbuk koko - 1/2 cawan (bancuh dgn sedikit air)

9. Esen vanila - 1 sudu teh


Cara Masak


1. Masak agar-agar dengan air.

2. Pukul telur sampai kembang. Masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul sehingga sebati.

3. Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul sebati.

4. Apabila agar-agar dah mula terlerai, masukkan gula. Kemudian tapis ke dalam periuk. Kemudian jerangkan balik ke atas dapur hingga mendidih.

5. Masukkan adunan telur tadi. Pastikan tapis dahulu semasa tuang adunan ke dalam agar-agar.

6. Kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.

7. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan koko dan kacau di atas api. Satu bahagian lagi warna asal vanilla.

8. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli sehingga habis. Kemudian boleh disimpan sejuk dalam peti sejuk.



8. Puding Kentang


Bahan-bahan


1. Agar-agar - 1 paket

2. Kentang - 4-5 biji (saiz sederhana)

3. Telur - 2 biji

4. Susu cair - 1 tin

5. Santan pekat - 1 cawan

6. Esen vanila - 1 sudu teh

7. Garam - 1 sudu teh

8. Gula - 1 1/2 cawan

9. Air - 5 cawan


Cara Masak


1. Kupas kentang, kemudian potong 4 dan rebus. Bila dah empuk, tutup api, tos dan ketepikan.

2. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula, masak lagi hingga gula cair sepenuhnya.

3. Masukkan kentang, telur, santan pekat, susu cair, esen vanila dan garam ke dalam blender. Blend hingga hancur.

4. Masukkan kentang yang diblend tadi ke dalam agar-agar tadi.  Kacau di atas api yang kecil selama 2-3 minit. 

5. Tutup api, tuang puding ke dalam loyang dan sejukkan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.



9. Puding Kek Cendol & Cincau

Sumber : Resepi Bonde


Bahan-bahan


Lapisan A (Lapisan Dasar)


1. Kek span pandan saiz 8 X 8 inc 


Lapisan B (Lapisan Coklat)


1. Santan - 250 gram

2. Susu segar - 250 gram

3. Agar-agar serbuk - 5 gram

4. Gula Merah - 70 gram

5.  Gula pasir - 1 sudu besar

6. Tepung Honkew - 1 sudu teh 

7. Kuning telur - 1 biji

8. Secubit garam


Lapisan C


1. Santan cair - 400 ml (200 ml santan KARA + 200 ml air )

2. Agar-agar serbuk - 5 gram

3. Gula halus - 80 gm

4. Tepung Honkew - 1 sudu teh 

5. Cincau - 60 gram (dipotong dadu)

6. Cendol - 100 gram

7. Pewarna (hijau apple & kuning lemon)


Cara Masak


Lapisan A

1. Masukkan kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu.


Lapisan B

1. Satukan semua bahan B kecuali kuning telur. Masak sehingga gula dan agar-agar larut.

2. Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur dan kacau rata. Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api. Kemudian tapis adunan tersebut.

3. Tuangkan adunan coklat (gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.


Lapisan C


1. Satukan bahan C kecuali cendol, cincau dan pewarna. Masak hingga agar-agar dan gula larut.

2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan titis dengan pewarna kuning dan hijau.

3. Tuangkan lapisan kuning dan cincau di atas lapisan coklat (gula merah) yang telah keras tadi. Boleh cucuk permukaan agar-agar supaya lebih melekat. Sejukkan dan biar agar-agar mengeras seketika.

4. Bila agar-agar dah keras, cucuk sekali lagi permukaannya dengan garfu dan tuang lapisan hijau di atasnya. Kemudian tabur cincau yang telah di potong dadu.

5. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.



10. Puding Sumi Selasih

Sumber : Resipi Dunia Masakan


Bahan-bahan


Bahan A :


1. Agar-agar bertali -  10gm

2. Air - 3 1/2 cawan

3. Gula - 1/2 cawan

4.  Sumi / jelly - 2 paket

5. Biji selasih - 2 sudu besar (rendam dengan air panas bagi kembang)


Bahan B :


1. Agar-agar bertali -  10gm

2. Air - 1 1/2 cawan

3. Gula - 1/2 cawan

4. Susu cair - 1 tin

5. Secubit garam

6. Pewarna (optional)


Cara Masak


Bahan A :


1. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.

2. Masukkan biji selasih dalam agar-agar. Kacau lagi hingga sebati. Tutup api.

3. Sediakan loyang saiz 8×8. Susun kesemua sumi / jelly ke dalam loyang. Kemudian tuang perlahan-lahan agar-agar ke atas sumi / jelly tadi. Biarkan sederhana beku.


Bahan B :


1. Masak agar-agar bertali dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga larut.

2. Kemudian masukkan susu cair dan kacau  sebati. Masukkan secubit garam. Sambuang mengacau.

3. Masukkan pewarna. Kacau sebati. Agak-agak nak mendidih, tutup api.

4. Akhir sekali tuang agar-agar berwarna atas agar-agar sumi / jelly perlahan-lahan sehingga habis adunan.

5. Biarkan sejuk seketika. Kemudian simpan dalam peti sejuk dalam 3 - 4 jam. Bila dah sejuk, boleh lah dipotong dan dihidang.



11. Puding Biskut Cream Crackers

Sumber : Opah


Bahan-bahan


1. Biskut cream crackers - 25 keping biskut

2. Telur - 4 biji

3. Susu pekat manis - 1/2 cawan

4. Gula perang - 2 sdb

5. Pewarna pilihan


Cara Masak


1. Sediakan loyang 7x7 dan sapu sedikit minyak.

2. Rendam biskut ke dalam air panas sehingga kembang, kemudian toskan.

3. Masukkan biskut, susu, telur dan gula perang ke dalam blender dan blend sehingga halus.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut jumlah pewarna kita. Titiskan pewarna, kacau sebati dan kukus setiap lapisan dalam 5 minit atau sehingga masak. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit. 5 min lit terakhir bukak penutup kukus supaya air atas permukaan puding kering.

5. Kemudian sejukkan sebelum dipotong.



12. Puding Milo Oreo

Sumber : Nurfarleena Shukor


Bahan-bahan


1. Serbuk agar2 clear - 10gm

2. Air - 4 cawan

3. Gula pasir - 1/2 cawan (nak manis letak 1 cawan) 

4. Susu cair - 1 tin

5. Oreo  - 1 paket (krim jangan buang)

6. Milo - 1 cawan


Cara Masak


1. Larutkan agar-agar dengan air di atas api yang perlahan. Bila dah larut, masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.

2. Masukkan susu, kacau sampai mendidih.

3. Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)

4. Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.

5. Bila dah masak, tuang separuh adunan milo ke dalan bekas untuk lapisan pertama. Biarkan keras seketika. 

6. Garit-garitkan lapisan tadi dengan garfu, kemudian tuang semua adunan putih ke atasnya. 

7. Patahkan biskut oreo kepada 2 bahagian dan susun di atas lapisan putih tadi. Biarkan keras sekejap. 

8. Kemudian masukkan baki adunan milo tadi untuk lapisan terakhir. Biarkan suam sebelum masuk ke dalam peti sejuk.



13. Puding Lapis Santan Pelangi

Sumber : Zura Zul


Bahan-bahan


Lapisan A


1. Agar-agar tali - 10 gram (rendam 1 jam)

2. Air - 3 1/2 cawan

3. Gula - 1/2 cawan

4. Sedikit gula batu


Lapisan B


1. Agar-agar tali - 10 gram

2. Air - 2 cawan air

3. Santan pekat - 1 1/2 cawan

4. Gula - 1/2 cawan

5.  Daun pandan - 1 helai (disimpul)

6. Secubit garam

7. Pewarna ikut suka


Cara Masak


Lapisan A


1. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu, kacau hingga semuanya larut. Tutup api.


Lapisan B


1. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata.

2. Guna api sederhana, tuang santan dan masukkan daun pandan dan garam. Kacau sentiasa. Bila santan panas boleh tutup api.

3. Bahagi adunan ikut pewarna pilihan.

4. Basahkan loyang / bekas kuih. Kalau nak tebal setiap lapisan, boleh tuang 1 cawan adunan bahan B. Kalau nak nipis, tuang 1/2 cawan saja. Kemudian biarkan sederhana beku.

5. Untuk lapisan kedua, tuang adunan bahan A perlahan-lahan ke atas lapis pertama. Biarkan sederhana beku. 

6. Ulang sehingga habis semua adunan. 

7. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk dihidang.



14. Puding Jagung Coklat

Sumber : Roshima Ibrahim

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan-bahan


A. Bahan-bahan Puding Jagung


1. Agar-agar tali - 1/2 paket

2. Air - 3 cawan

3. Gula pasir - 4 sudu besar

4. Susu cair - 1/2 tin

5. Susu pekat - 3 sudu besar

6. Gula - 4 sudu besar

7. Tepung kastard - 2 sudu

8. Air - 1 1/2 tin

9. Jagung - 1/2 tin


B. Bahan-Bahan Susu Coklat


1. Air - 1/2 tin air

2. Susu coklat saji - 1/2 tin


Cara Masak


1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur, kemudian masukkan gula pasir. Masak hingga gula betul-betul larut, tutup api dan ketepikan dulu.

2. Ambil periuk lain masakkan air, susu cair, susu pekat dan gula, Kemudian masukkan tepung kastard. Kena sentiasa kacau hingga mendidih sbb kalau biarkan nanti berketul-ketul.

3. Tapiskan agar-agar yang dimasak tadi ke dalam periuk puding. Kemudian masukkan jagung.

4. Masukkan ke dalam bekas lompang kalau nak nampak comel. Kalau nak gunakan loyang pon boleh.

5. Biarkan puding sejuk. Kemudian baru boleh keluarkan dari acuan.

6. Untuk susu, masukkan susu coklat bersama air masak. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Sedang-sedang je.

7. Akhir sekali bolehlah dihidangkan dalam mangkuk.


Baca juga :  30 Menu Resipi Berbuka Puasa. Banyaknya Menu Yang Sedap



15. Onde-onde Gula Melaka Tanpa Pewarna

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan-bahan


1. Tepung Pulut - 1/2 paket

2. Tepung Gandum - 1/2 cawan

3. Daun Pandan - 6 helai

4. Gula Melaka - di potong dadu

5. Garam

6. Air

7. Kelapa


Cara Masak


1. 4 helai daun pandan di kisar dengan sedikit air. Kemudian tapis air daun pandan tersebut.

2. Masukkan tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam, air pandan dan air ke dalam bekas. Uli sampai menjadi doh.

3. Gentel doh menjadi bebola sebesar guli. Kemudian masukkan gula melaka ke dalam bebola tersebut dan tutup kemas-kemas.

4. Panaskan air 3/4 periuk bersama 2 helai daun pandan. Bila air dah mendidih masukkan bebola yang dah siap tadi.

5. Bebola akan timbul bila sudah masak. Kemudian toskan.

6. Gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Kemudian gaul bebola yang di tos dengan kelapa tersebut. Siap di hidang.


** Memandangkan Ana guna 100% warna dari daun pandan, color onde-onde tu sedikit pucat. Kalau korang nak nampakkan onde-onde tu menarik boleh lah letak sedikit pewarna.



16. Agar-agar Jeli Tembikai

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan-bahan


1. Buah Tembikai

2. Buah Nenas

3. Buah Kiwi

4. Anggur

5. Buah Naga

6. Agar-agar - 20 gram

7. Air - 1 liter

8. Gula - 200 gram


Cara Masak


1. Keluarkan isi tembikai dari kulitnya dan guna garfu buat garisan di bahagian dalam tembikai. Ini supaya agar-agar yang dituang nanti dapat melekat dengan baik.

2. Potong dadu kesemua buah-buahan di atas dan masukkan ke dalam buah tembikai yang kosong tadi.

3. Panaskan agar-agar  di atas periuk sehingga cair. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut sepenuhnya. 

4. Tuang agar-agar ke dalam buah tembikai dan biarkan sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia dihidang.


Baca juga : Resepi Kerabu Yang Membuka Selera Semasa Berbuka Puasa



17. Puding Karamel Telur

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan-Bahan


Bahan-bahan Sos Karamel


1. Gula - 1/2 cawan

2. Air


Bahan-bahan Puding Telur


1. Telur - 4 biji

2. Susu Cair - 1 tin

3. Gula - 1/2 cawan

4. Esen Vanilla - 1 sudu kecil

5. Garam - sedikit


Cara Masak


Bahan-bahan Sos Karamel


1. Masukkan gula ke dalam kuali dan cairkan menggunakan api sederhana.

2. Bila gula dah mula macam "mengeras" masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga gula menjadi perang.

3. Bila dah cair dan perang masukkan dalam bekas yang akan di gunakan untuk mengukus nanti dan sejukkan di dalam peti.


Bahan-bahan Puding Telur


1. Masukkan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.

2. Tapis adunan di atas ke dalam bekas kukusan yang ada sos karamel.

3. Kukus sehingga masak dalam 40-45 minit.

4. Sejukkan di luar terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti. Siap dihidang.



18. Agar-agar Koktail

Sumber : Che Nom

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan-bahan


1. Agar-agar bertali - 1 bungkus atau 20 gram

2. Air - 900 ml

3. Koktel buah-buahan - 1 tin

4. Susu cair  - 1 tin

5. Gula - 1 1/2 cawan

6. Daun pandan- 1 helai


Cara Masak


1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.

2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.

3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.

4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.



19. Puding Triffle

Sumber : Rokiah bt Mohd Yusoff

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan-bahan


1. Kek gulung (swiss roll)

2. Tepung kastard - 4 sudu penuh

3. Kristal jeli

4. Buah koktail - 1 tin

5. Susu cair - 1 tin

6. Buah-buahan segar untuk hiasan (optional)

7. Gula - 3 sudu


Cara Masak


1. Susun comel -comel kek gulung di dalam bekas. Kemudian masukkan sedikit air buah tin koktail.

2. Dalam kuali atau periuk, masukkan tepung kastard, susu cair ,1 tin air masak dan gula pasir. Dengan api sederhana, kacau semua bahan sehingga pekat.

3. Bila kuah tadi dah pekat, masukkan cepat-cepat ke dalam bekas kek gulung.

4. Kemudian masukkan buah koktail dan buah-buahan.

5. Untuk lapisan jeli di bahagian atas, boleh refer cara penyediaan pada gambar di bawah.

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


6. Bila jelly dah masak, biarkan sejuk seketika sebelum tuang ke dalam bekas adunan tadi.

7. Sejukkan dalam peti sebelum dihidang.



20. Kek Batik

Sumber : Resipi Kek Batik Biskut Marie

10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


Bahan-bahan


1. Biskut Marie - 1 pek

2. Mentega / butter - 250 gram

3. Milo - 200 gram

4. Serbuk Koko - 3 sudu besar (diayak)

5. Susu pekat - 3/4 tin


Cara Masak


1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Tuan punya resipi guna loyang berukuran 8"x8".

2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.

3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.

4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.

5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.

6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.


** Tips:

Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Tuan punya resipi guna 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.
Pelbagai Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa Reviewed by Ana Suhana on May 01, 2021 Rating: 5

1 comment:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.