Resipi Kek Pisang Emas. Mudah, Cepat dan Sedap.


Resipi Kek Pisang Emas l Assalamualaikum. Last month masa scroll IG Ana ternampak ada satu retis ni dok review kek pisang yang tengah femes sekarang ni. Dari cara dia makan nampak sedap. Katanya kalau sedap dia akan kata sedap. So dia kata kek pisang tu memang sedap. Ana pun apa lagi. Bab-bab makanan ni kan cepat nau terpengaruh. Beli lah 5 bekas. So far ok lah rasa dia. Cuma nak kata sedap sangat tu takde lah.
Resipi Kek Pisang Emas
Resipi Kek Pisang Emas

Resipi Kek Pisang Emas Mudah dan Sedap


Nak jadi cerita last week mak mertua Ana bake sendiri kek pisang guna pisang emas. Dari gambar nampak kemain sedap sebab ada hirisan pisang dekat bahagian atas.

Mujur ada rezeki sebab dia dah put aside untuk kitorang 3 beranak. Dia tau cucu dia suka nau sejenis kek kek ni. Hehe.
Resipi Kek Pisang Emas
Resipi Kek Pisang Emas
Ni lah rupa kek pisang emas lepas di potong. Rasa dia memang sedap. Tak manis sangat. Tekstur pula gebu gebas. Kemain cantik kejadian luar dalam kek pisang ni tau. Ana apa lagi terus minta resepi sebab mak mertua kata senang je nak buat. Lepas tengok bahan-bahan yang diguna dan cara-cara untuk bake, eh memang senang rupanya. Newbie pun boleh buat. Hehe. So jom tengok resipi kek pisang mudah dan sedap ni.

Baca juga : Resepi Brownies Sedap

Bahan-bahan :

1. Superfine Flour - 225 gram
2. Baking powder - 1 sudu besar
3. Soda Bikarbonat - 1 sudu teh
4. Castor Sugar - 150 gram
5. Ovalet - 1 sudu besar
6. Esen pisang - 1 sudu teh
7. Telur - 5 biji
8. Butter - 150 gram
9. Pisang Emas - 200 gram (dilenyek)

Cara Memasak :

1. Superfine flour, baking powder dan soda bikarbonat diayak bersama.

2. Dalam mixer campurkan bahan-bahan yang diayak tadi bersama dengan castor sugar, ovalet, esen banana, telur dan 1 sudu besar air sejuk. Set pada high speed dan putar sehingga kembang. Dalam 5 minit macam tu.

3. Cairkan butter kemudian bila dah sejuk masuk dalam mixer dan putar perlahan sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan pisang dan sambung putar sehingga sebati.

5. Alas loyang dengan baking paper dan tuang adunan tadi.

6. Akhir sekali hias hirisan pisang di bahagian atas.

7. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 175 darjah celcius. Kemudian turunkan suhu kepada 160 darjah celcius selama 15 minit.

8. Biar sejuk dan sedia dihidang.

Resipi Kek Pisang Emas. Mudah, Cepat dan Sedap. Reviewed by Ana Suhana on February 06, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. Cantek kejadian kek dia.. Sedapnya

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. perghhh sangat lah menarik pandangan mata ini. terus lapaq. haha

    ReplyDelete
  3. gebunya kek Ana.. tq share resepi :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya. ray dah lama x makan kek pisang.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap kek...geram plak tgok gebu semacam je...

    ReplyDelete
  6. Wah sedap nie Ana.. boleh lah Kak Sue cuba resepi nie nanti..

    ReplyDelete
  7. Kalau pakai pisang kapas lagi cantik

    ReplyDelete
  8. sedap sekali nampaknya. pasti akan ku cuba resepi ini..

    ReplyDelete
  9. suka makan kek pisang tapi tak pernah buat sendiri. save dulu resepi kak ana, nanti rajin baru saya cuba resepi ni..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  10. Tengok pun tahu sedap. Tjanks share resipi Ana. Nanti nak try lah

    ReplyDelete
  11. alahai sedapnya.. nampak sedap.. tq ana sharing resepi

    ReplyDelete
  12. suka kek pisang tp tk pernh lg try wat sdiri

    ReplyDelete
  13. ohoohoi helok jadiii !!!! sedap ni buat minum petang.
    kalo ada pisang yang da nk rosak tu boleh buat ni cepat2 sket habis hehe..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.