10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap - Ana Suhana

May 25, 2018

10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap



10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap | Assalamualaikum. Wah kejap je dah masuk 9 Ramadan. Rasa macam baru semalam mula berpuasa kan.  Macam mana puasa korang semua? Ok tak? Harapnya semua berjalan dengan lancar dan terus bersemangat melakukan ibadah. InsyaAllah. So hari ni Ana nak share 10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap.
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

Kerabu antara starter yang sangat diminati di rumah mak Ana. Kalau ada kerabu, confirm laku nasi malam tu. Kerabu ni ada tarikan dia yang tersendiri even kerabu tu kerabu yang simple macam kerabu ikan bilis. Selalu kerabu yang kami akan buat ialah kerabu daun selum dan kacang botol. Tu favorite kitorang adik beradik. Tak pandang dah lauk lain. Selain sedap, kerabu ada banyak juga khasiat bergantung pada bahan-bahan yang korang guna. Ni Ana senaraikan 10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap untuk rujukan semua. 3 resipi yang pertama resipi dari blog Ana sendiri. Yang lain Ana amik dari blog luar seperti yang Ana nyatakan di bawah resipi-resipi tersebut. So selamat mencuba. 


1. Kerabu Daun Selom
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1. Daun selom - 2 ikat *
2. Kelapa - 1/2 bij
3. Bawang merah - 1-2 biji **
4. Bawang putih - 2 ulas**
5. Udang kering - 2 sudu**
6. Cekur sedikit **
7. Kunyit hidup sedikit**
8. bawang besar - 1-2 biji untuk hiasan

* Di Hiris Nipis
** Di Kisar

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis semua bahan yang di kisar. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula sedikit. Tumis sampai garing.

2. Kemudian masukkan kelapa dan goreng sehingga naik bau. Jangan sampai hangus.

3. Tutup api dan masukkan daun selom dan bawang besar.

4. Siap di hidang.

TAMBAHAN

1. kalau nak masukkan kerang pun boleh. Beli kerang dalam 1/2 kilo dan rebus kosong. Kemudian amik isinya dan campur bersama daun selom dan bawang tadi.


2. Kerabu Kacang Botol
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1. Kacang Botol -  15 batang *
2. Daun selum - 1 ikat kecil *
3. Kelapa - 1/2 biji
4. Kerang - 1/2 kilo
5. Bawang merah - 2 biji **
6. Bawang putih - 2 ulas**
7. Udang kering - 3 sudu**
8. Cekur sedikit **
9. Kunyit hidup sedikit**
10. bawang besar - 1-2 biji untuk hiasan

* Di Hiris Nipis
** Di Kisar

CARA MEMASAK

1. Kerang di rebus kosong kemudian di ambil isinya

2. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis semua bahan yang di kisar. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula sedikit. Tumis sampai garing.

3. Kemudian masukkan kelapa dan goreng sehingga naik bau. Jangan sampai hangus.

4. Tutup api dan masukkan kerang, kacang botol, daun selum dan bawang besar.

5. Siap di hidang.


3. Kerabu Mangga
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1. Mangga Muda - 3 biji *
2. * Cili Merah - 2 biji *
3. * Cili Api - 5-10 biji * (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
4. * Bawang Besar - 1/2 biji *
5. Kacang Tanah - 200 gram (ikut saiz mangga)
6. Ikan Bilis - 50 gram
7. Sos Ikan 

* di hiris

CARA MEMASAK

1. Kacang tanah dan ikan bilis di goreng secara berasingan. Kemudian di kisar.

2. Semua bahan yang di hiris di campur dengan bahan yang di kisar di atas dan gaul rata.

3. Masukkan gula, garam sedikit dan perasa tambahan.

4. Kemudian masukan sedikit sos ikan dan gaul sehingga rata.

5. Siap di hidang.

4. Kerabu Maggi
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1. Maggi Thai
2. Crab stick
3. Sotong
4. Udang
5. Tomato - dipotong dadu
6. Serai **
7. Bunga kantan **
8. Kacang panjang **
9. Daun sup **
10. Daun limau **
11. Perahan Lemon / Limau Nipis

** dihiris halus

CARA MEMASAK

1. Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, celurkan udang / sotong & crab stick. Kemudian toskan.

2. Masukkan cili, serai, tomato, daun sup, daun limau, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus serta perahan lemon / limau nipis.

3. Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati.

* Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram dan gula mengikut citarasa.

SUMBER RESIPI  : Sirap Limau / Yanie Rosdi

5. Kerabu Sotong Suun
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1. Suun - 50g
2. Sotong - 300g  (sederhana besar)
3. Daun Kesum - 10 tangkai **
4. Cili Api - 3 biji **
5. Cili Merah - 3 biji **
6. Cili Hijau - 2 biji **
7. Bawang Besar - 1 biji **
8. Bunga Kantan - 1 kuntum **
9. Jus Limau Nipis - 2 sudu makan
10. Sos Ikan - 1 sudu makan
11. Gula - 1/2 sudu teh
12. Garam - secukup rasa 

** dihiris nipis

CARA MEMASAK

1. Rendamkan suun sehingga lembut. Celur dengan air panas mendidih dan tuskan kering.

2. Buangkan kulit sotong dan bersihkan. Basuh dan potong bulat.

3. Masukkan sotong ke dalam kuali dan masak selama 4-5 minit. Tuskan.

4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.

5. Sedia dihidangkan.

SUMBER RESIPI  : MyResipi

6. Kerabu Jantung Pisang
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
BAHAN-BAHAN

1. Jantung Pisang - 1 biji
2. Kelapa Putih - 1/2 cawan
3. Limau Kasturi - 2 biji (diperah jus)
4. Kerisik - 1 sudu
5. Cili Merah - 4 biji
6. Bawang Merah - 4 biji **
7. Bawang Putih - 3 biji **
8. Belacan **

** dibakar

CARA MEMASAK

1. Jantung pisang direbus dan kemudian dihiris halus.

2. Cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan dikisar hinggan menjadi pes.

3. Di dalam bekas, gaul semua bahan yang dikisar tadi bersama kelapa parut, garam dan gula. 

4. Kemudian masukkan kerisik bersama jantung pisang.

5. Akhir sekali masukkan jus limau dan gaul sebati. 

6. Siap dihidang.

SUMBER RESIPI  : Rasa

7. Kerabu Kerang
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1. Kerang - 1kg (Bersaiz besar)
2. Pucuk Paku Hijau - 1 ikat (dipotong kasar)
3. Kerisik - 1 sudu makan
4. Santan Pekat - 1/2 cawan
5. Jus Limau Kasturi - 3 biji
6. Bawang Besar - 1 biji (dihiris)
7. Cili Api - 10 biji **
8. Cili Merah - 3 biji **
9. Belacan **
10. Garam

** dikisar bersama

CARA MEMASAK

1. Rebus kerang dengan sedikit ait dan garam selama 5 minit. Kemudian tus dan amik isi kerang.

2. Petik bahagian daun hijau pucuk paku, basuh dan rebus dengan garam sehingga lembut. Kemudian tuskan.

3. Masukkan semua bahan dan gaul rata.

4. Sedia dihidang.

SUMBER RESIPI  : MyResipi

8. Kerabu Ikan Bilis
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1. Ikan bilis - digoreng
2. Jus Lemon - 1 biji
3.  Jus Limau Kasturi - 6 biji
4.  Sos Ikan - 3 sudu besar
5. Garam dan gula secukupnya
6. Bawang Besar - 1 biji **
7. Daun Limau Purut - 5 helai **
8. Kacang Panjang - 5 batang **
9. Bunga Kantan - 1 batang **
10. Cili Padi - 6 biji **
11. Serai - 3 batang **

** dihiris

CARA MEMASAK

1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.

2. Masukkan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris. Kacau rata.

SUMBER RESIPI  : Kerabu Ikan Bilis

9. Kerabu Bunga Kantan
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1. Bunga Kantan - 4 kuntum **
2. Udang Kering - 3 sudu makan
3. Bawang Besar - 1 labu **
4. Cili Merah - 3 biji **
5. Cili Hijau - 3 biji **
6. Jus Limau Kasturi - 5 biji
7. Gula dan Garam

** dihiris

CARA MEMASAK

1. Basuh udang kering dan tumbuk halus.

2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan tambahkan perahan limau kesturi, gula dan garam. Gaul rata.

3.  Siap dihidang.

SUMBER RESIPI : MyResipi

10. Kerabu Taugeh
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap
10 Resipi Kerabu Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

1.  Taugeh - 350gm
2. Bawang Merah - 4 biji **
3. Kerisik - 1 sudu makan
4. Jus Limau Nipis - 2 biji
5. Serai - 2 batang **
6. Bunga Kantan - 1 kuntum **
7. Cili Padi - 2 biji **
8. Udang Kering - 100g (direndam dan ditumbuk halus)
9. Garam

** dihiris

 CARA MEMASAK

1. Bersihkan taugeh kemudian celur sehingga setengah masak. Ketepikan.

2. Tumbuk kesemua bahan kecuali taugeh. Kemudian gaul bersama taugeh sehingga sebati.

3. Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata.

4.  Siap dihidang.

SUMBER RESIPI : Karangkraf

15 comments:

  1. nk try sgt kerabu maggi tu...cm sedap je...tp sume2 kerabu pun sedappp

    ReplyDelete
  2. Semua sedap-sedap.. selera amakn kalau ada kerabu ini..

    ReplyDelete
  3. Salah satu menu yang ringkas tapi boleh buka selera luar biasa.

    ReplyDelete
  4. paling suka makan kerabu mangga tapi semua kerabu ni memang sedap

    ReplyDelete
  5. perghh sedapnya, akk suka hat mangga

    ReplyDelete
  6. semua sedap tapi paling suka kerabu kacang botol :)

    ReplyDelete
  7. Salam Jumaat Mama ucapkan kepada sis ana. Sedapnya makan kerabu. Nyum nyum

    ReplyDelete
  8. kena belajar buat kerabu la, buah hati suka makan kerabu😂 mohon bookmark eh kakana

    ReplyDelete
  9. Dappnyaa kerabu >_< terangsang terus deria rasa lidah ni haha
    .
    Thank you for the recipe kak Ana!! ^^

    ReplyDelete
  10. eh tak pernah tengok kerabu bunga kantan!

    ReplyDelete
  11. my fevrettt! busyra suka sngt kerabuu.. boleh tambah makan nasi

    ReplyDelete
  12. paling suka yang kacang botol mangga n ikan bilis. yang taugeh cannot go hehe..

    ReplyDelete
  13. Ya ampun ANA.. banyaknya resepi kerabu.. Aduhhh sedap-sedap belaka ni.. Haishhh kecur ayaq liur tau.. suka sangat makan kerabu walhal senang je kan nk buat tu malas. hehehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤