Hampir Ragut Nyawa Sendiri, Kisah Cikgu Luar Biasa Ini Patut Menjadi Inspirasi Buat Semua

Masa kecik-kecik dulu, kita selalu dengar peribahasa "Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain". Betul tak? Tapi kita tak tahu pun maksud sebenar peribahasa tu kan. 


Kisah Cikgu Luar Biasa Inspirasi Buat Semua

 

Tapi bila dah semakin dewasa, baru kita faham maksud sebenar peribahasa tu. Guru ni bukan saja seorang pendidik yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk pastikan kita semua berjaya, malah lebih dari itu mereka sanggup buat. Mereka juga boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kedua kita. Macam mana ibu bapa kita nak kita berjaya dalam hidup, macam tu lah juga para guru. Sebab tu kita kena hormat dan sayang insan-insan luar biasa ni macam keluarga kita sendiri.


Oh ya, cerita tentang guru kali ni ni sebenarnya bersempena dengan Hari Guru tak lama lagi. Kisah guru yang akan diceritakan ini adalah berdasarkan kisah guru yang dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021). Buat pengetahuan korang, AGI ni merupakan anugerah tahunan anjuran McDonald’s Malaysia dan tahun ni merupakan tahun ke-5 penganjuran. Tujuan anugerah ini dianjurkan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para guru yang telah banyak berkorban dan berjuang dalam mendidik pewaris bangsa dan negara.

 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Seperti tahun-tahun sebelumnya, terdapat ribuan penyertaan telah diterima. Tapi dalam ramai-ramai tu, hanya 25 orang guru saja yang layak untuk terpilih sebagai penerima AGI2021 ni. Beruntung Ana tahun ni kerana berpeluang untuk berkenalan dengan beberapa orang Guru Luar Biasa yang Ana rasa layak untuk bergelar pemenang. Dan salah seorangnya ialah cikgu dari sekolah di Johor ni. Seorang guru yang berjiwa besar yang patut menjadi inspirasi buat semua. Nak tahu siapa korang kena lah sambung baca dekat bawah ni

 

Pejuang Tegar Pelajar Pendidikan Khas

 

Nak didik anak-anak ni bukan senang. Perlu kesabaran yang teramatlah tinggi. Kita yang baru ada anak sorang dua pun kadang dah rasa lelah nak mengajar mereka kan. Apa lagi seorang guru yang perlu mengajar berpuluh-puluh anak murid setiap hari. Tu baru murid yang normal. Cuba bayangkan kalau murid-murid tu dari golongan pelajar istimewa? Boleh bayangkan tak cabarannya? Honestly, kalau tanya diri Ana sendiri, memang Ana tak mampu.

 

Kalau bukan kita, Siapa lagi? 

 

Antara salah satu ayat keramat Cikgu Ainul Huda binti Mohamad Pesal - seorang guru yang bertubuh genit, tapi punya jiwa dan semangat yang kental dalam memperjuangkan hak murid-murid pendidikan khas dari SK Serom 8, Tangkak, Johor. 

 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Cikgu Ainul merupakan graduan Lepasan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Beliau yang baru saja menyelesaikan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) di Universiti Kebangsaan Malaysia ni telah berpengalaman selama 10 tahun menjadi seorang pengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi.

 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Pada awalnya Cikgu Ainul memilih untuk berkecimpung dalam dunia pendidikan semata untuk memenuhi kehendak ibunya. Tak pernah pun terlintas di fikirannya untuk berada dalam Kos Pendidikan Khas. Namun takdir Allah itu sangat cantik. Berada dalam bidang ini pada awalnya seolah-olah menjadi latihan kepada beliau untuk melatih anak keduanya yang mengalami ADHD. Ini menguatkan lagi semangat beliau untuk terus memperjuangkan nasib anak-anak istimewa ini. Bukan sekadar atas kapasiti sebagai seorang guru Pendidikan Khas, tapi atas kapasiti seorang ibu juga. Kalau bukan beliau sendiri, siapa lagi?

 

Kenangan Pahit Manis Bergelar Guru Pendidikan Khas

 

Menjadi seorang guru Pendidikan Khas memberi 1001 kenangan dalam hidup Cikgu Ainul. Ada manis dan ada pahit. Itu lumrah kehidupan.

 

Tanya lah mana-mana pendidik, sudah pasti impian utama mereka adalah untuk melihat anak muridnya berjaya. Tak kisah lah berjaya dalam apa bidang sekali pun, janji kejayaan tu membawa pada perubahan yang baik dalam diri murid-murid. Sama macam Cikgu Ainul. Takde hadiah yang paling bermakna selain dari dapat melihat sendiri kejayaan demi kejayaan dicapai oleh anak-anak muridnya. Lagi-lagi bila bergelar seorang guru Pendidikan Khas.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Dari sekecil kejayaan hinggalah sebesar-besar pencapaian, semuanya menjadi kenangan manis dalam hidup cikgu luar biasa ni. Bayangkan pelajar yang dari dulunya tak tahu nak ke tandas dan masih memakai lampin, kini sudah mampu duduk dan belajar sendiri. Apa lagi bila ada yang berjaya dalam arena sukan, tarian dan sebagainya hingga ke peringkat negeri. Dan kini ada juga yang sudah mula bekerja dan mampu hidup berdikari di luar sana. MasyaAllah besarnya pengorbanan beliau. Walaupun dah berjaya melatih dan membentuk banyak anak-anak istimewa ni, beliau masih tetap merendah diri. Kata beliau, “Saya bukanlah siapa-siapa tanpa mereka.” Betul-betul memberi inspirasi buat kita semua kan.

 

Dalam manis ada pahitnya. Tanggal 17 Januari 2019, satu kejadian pahit yang hampir meragut nyawanya berlaku. Kereta yang dinaiki beliau bertembung dengan sebuah treler ketika dalam perjalanan ke sekolah. Korang tengok lah sendiri gambar-gambar dekat bawah ni. Tak dapat nak bayangkan keadaannya macam mana kan? Kalau Ana, memang trauma dah nak bawa kereta.

 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Tapi bagi Cikgu Ainul, kemalangan yang berlaku menjadi penguat semangat kepada beliau untuk terus bangkit. Ini kerana masih banyak yang perlu beliau perjuangkan untuk agama, keluarga, anak bangsa dan masyarakat. Dan paling penting, masih ada lagi anak-anak muridnya yang menanti dan memerlukan tunjuk ajarnya di sekolah setiap hari.

 

Bergiat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

 

Selain dari aktif dalam memperjuangkan nasib anak-anak istimewa di sekolah dan sibuk dengan program-program pembangunan pelajar, Cikgu Ainul juga bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Kemalangan yang menimpa dirinya sedikit pun tak patahkan semangat beliau untuk terus mencurahkan bakti pada yang memerlukan.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)


Kalau kita rasa hidup kita dah susah, ramai lagi insan-insan yang lebih susah dari kita. Cuba bayangkan bagaimana perasaan dan semangat beliau teruji apabila melihat seorang anak kecik yang melompat kegembiraan bila hanya mendapat sebungkus mee segera. Sedangkan kita yang bersenang-lenang di rumah, cukup dengan makanan masih lagi mengeluh itu dan ini.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)


Ketika rakyat Malaysia berkurung di rumah akibat pandemik Covic-19 melanda Malaysia setahun yang lepas, Cikgu Ainul aktif menjadi salah seorang sukarelawan di bawah Malaysian Relief Agency (MRA). Dari situ beliau banyak belajar tentang kehidupan. Dan ini menguatkan lagi semangat beliau untuk turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan di luar sana. 

 

Menubuhkan AQiAS Untuk Pembangunan Anak Autism

 

Macam Ana cerita tadi, anak kedua Cikgu Ainul adalah seorang anak autism ADHD yang memerlukan pendidikan khas. Demi untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik buat anaknya, Cikgu Ainul terpaksa berulang alik dari Tangkak ke Melaka 2 kali seminggu. Bukan setakat perlu korbankan masa dan tenaga, malah wang ringgit juga.

 

Pengalaman ini membuatkan beliau berfikir bagaimana agaknya dengan nasib anak-anak autism yang datang dari keluarga B40 atau keluarga yang tidak berkemampuan untuk hantar anak mereka ke kelas-kelas khas. Aktif dengan aktiviti MRA dan turut menjadi setiausaha Badan NGO tersebut membuatkan beliau merasa bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan ini.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)


Alhamdulillah hasrat beliau untuk menubuhkan sebuah pusat untuk pembangunan kerohanian anak-anak austism tercapai melalui penubuhan Pusat Akademi Al-Quran Anak Istimewa (AQIAS) di bawah MRA yang kini telah memasuki tahun ke-2. Harapan beliau agar lebih ramai ibu bapa sedar tentang kepentingan ilmu kerohanian buat anak-anak istimewa ini. Bagi yang nak jadi sukarelawan di sini pun sangat dialu-alukan.

 

Bagaimana Cikgu Ainul Bahagikan Masa?

 

Ana tertanya-tanya macam mana Cikgu Ainul bahagikan masa antara kerja hakiki sebagai seorang guru, seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang anak lelaki tapi masih mampu bergiat aktif dalam program-program sukarelawan. Kalau Ana, confirm-confirm rasa tak cukup masa dah tu. Korang pun kan!!

 

Rupanya mudah prinsip yang diamalkan oleh Cikgu Ainul. Semua kerja atau tugasan beliau sebagai seorang guru akan dihabiskan sebaik mungkin di sekolah. Kira jarang lah beliau bawa balik kerja sekolah ke rumah. Ini kerana di rumah, beliau perlu beri sepenuh perhatian kepada anak-anaknya yang sedang membesar terutama anak keduanya. Bagi cikgu Ainul, keluarga tetap nombor satu. Sesibuk macam mana pun, tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu tetap diutamakan.


Bagi kerja-kerja sukarelawan pula, Cikgu Ainul akan melibatkan ahli keluarganya bersama. Sama-sama turun padang berganding bahu dalam menghulurkan bantuan. Selain dari dapat luangkan lebih banyak masa bersama, Cikgu Ainul yakin dengan melibatkan anak-anak dalam aktiviti sosial akan menjadi contoh tauladan dan ikutan yang baik buat mereka. Ini dikuatkan lagi bila suami beliau juga merupakan seorang sukarelawan wataniah. Hebat kan keluarga guru luar biasa ni. Patut menjadi inspirasi buat semua.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021)

 

Macam mana? Menarik kan kisah Cikgu Ainul ni. Ana yang berkesempatan menemubual cikgu hebat ni pun rasa terinspirasi dengan cerita-cerita beliau. Diharapkan semoga kisah dan pengorbanan cikgu hebat ini membuka mata dan menjadi inspirasi ramai orang di luar sana. Sesunguhnya bukan mudah nak bergelar seorang pendidik lagi-lagi pada anak-anak istimewa. Didoakan semoga lebih ramai cikgu berhati mulia seperti Cikgu Ainul di luar sana.


Bersempena dengan hari Guru pada 16 Mei ni, Ana menyeru semua untuk menghargai jasa dan usaha para guru dalam mendidik anak bangsa. Pengorbanan mereka tak mungkin dapat kita balas. Sayang dan hormat mereka seperti ibu bapa kita sendiri.


Akhir sekali, korang jangan lupa nantikan keputusan pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 (AGI2021) yang akan diumumkan pada hujung Mei 2021. Ana doakan semoga ada rezeki buat Cikgu Ainul tahun ni. InsyaAllah. Korang pun doakan ok.

Hampir Ragut Nyawa Sendiri, Kisah Cikgu Luar Biasa Ini Patut Menjadi Inspirasi Buat Semua Reviewed by Ana Suhana on May 08, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. Tq Ana.. Allahummasolli Ala Muhammad. Lahaulawala quwataillabillah

    ReplyDelete
  2. Ainul Huda mmg sumber inspirasi buat semua guru Pendidikan Khas. Semangatnya kental tdk kira apa yg berlaku di sekelilingnya. Terasa kerdil diri ini dibandingkan dgnnya. Tahniah Ainul, akk bangga dgn Ainul🥰

    ReplyDelete
  3. Seramnye tengok accident tu. Semoga cikgu terus semangat mendidik anak2 murid

    ReplyDelete
  4. Semoga cikgu terus diberi ketabahan dan kesabaran dlm menjadi pendidik.. tq cikgu ..

    ReplyDelete
  5. Tahniah kpd cikgu Ainul. Abe Kie ni guru biasa2 je.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.