5 Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool

5 Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool l Assalamualaikum. Bila lama sangat duduk rumah ni, mula lah rasa rindu nak pergi bercuti. Mujur last year Ana sempat bercuti di Melaka dan Port Dickson. Lepas lah rasa nak pergi bercuti tu kan.


5 Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool


Kalau dalam entri sebelum ni Ana dah share tentang senarai hotel di Melaka, so kali ni Ana nak share senarai hotel di Port Dickson pula. Cuma istimewa senarai hotel dalam entri ni ialah Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool. So korang tak perlu lah nak risau kena share mandi pool dengan orang lain. Lagi-lagi musim pandemik sekarang ni kan. Kena jaga SOP semua.


Sebelum Ana share senarai hotel di Port Dickson ni, meh Ana cerita dulu serba sedikit tentang apa yang menarik yang korang boleh kunjungi. 



Tempat-tempat Menarik di Port Dickson



Port Dickson antara tempat tumpuan pelancong utama di Malaysia. Jaraknya dari pusat bandar Kuala Lumpur hanya sekitar 2 jam pemanduan. No wonder setiap hujung minggu, Port Dickson akan ramai dengan pengunjung. Sama meriah seperti di Melaka.


Apa yang menarik di Port Dickson? Tak lain tak bukan kerana terdapatnya beberapa buah pantai di sepanjang 18km pesisir pantai untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Siapa yang tak suka pantai kan. Duduk saja sambil tengok ombak pun dah boleh rasa tenang. Hilang semua tekanan yang ada. Anak-anak mesti seronok dapat main pasir pantai dan mandi air laut. Sementara tu mak ayah pula boleh main pelbagai aktiviti pantai seperti banana boat, buggy ride, parasailing, main jet ski, speed boat dan macam-macam lagi.

Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool

Antara pantai di Port Dickson yang korang boleh kunjungi ialah Pantai Teluk Kemang, Pantai Blue Lagoon, Pantai Sri Purnama, Pantai Saujana, Pantai Tanjung Gemuk dan Pantai Cahaya Negeri. Setiap pantai ni mempunyai tarikannya yang tersendiri


Selain dari pantai, terdapat beberapa tempat menarik di Port Dickson yang korang boleh lawati. Ada yang masuk percuma dan ada yang kena bayar. 


Antara yang korang boleh masuk percuma ialah Pulau Burung, Rumah Api Tanjung Tuan, Hutan Simpan Sungai Menyala, Bukit Batu Putih dan banyak lagi.

Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool


Tapi kalau korang jenis tak kisah untuk keluarkan sedikit duit untuk beriada bersama keluarga, korang boleh cuba pergi ke Rantau Eco Park, Port Dickson Sunset Cruise, Alive 3D Art Gallery, Muzium Tentera Port Dickson, Port Dickson Ostrich Show Farm, Taman Tema Wild West Cowboy dan Extreme Park PD.


Hotel Dengan Private Pool di Port Dickson


Walau Port Dickson tak jauh dengan Kuala Lumpur, tapi tak best lah kalau tak bermalam di sana. Sekali sekala bawa family staycation di Port Dickson apa salahnya kan. Ada banyak pilihan hotel yang menarik yang korang boleh bermalam. Nak best lagi korang boleh try nginap di hotel yang ada private pool. Jom kita tengok antara hotel di Port Dickson yang ada private pool :


1. Lexis Hibiscus

Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool


Siapa tak kenal dengan Lexis Hibiscus ni. Antara hotel mewah 5 bintang yang popular di kalangan para pengunjung tempatan dan luar negara. Keunikan bentuk hotel seperti pokok bunga raya dari pandangan atas serta kedudukan bilik yang berada di atas laut menjadi tarikan utama hotel ini. 


Nak lagi istimewa, setiap bilik di sini mempunyai private pool. Syok tu panas-panas dapat berendam dalam pool sambil disajikan dengan pemandangan laut yang luas tanpa gangguan orang lain.


2. Grand Lexis Port Dickson

Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool


Kalau memula dulu, Ana ingat Grand Lexis Port Dickson ni sama dengan Lexis Hibiscus. Rupanya lain ye korang. Lokasi pun tak sama. Kalau korang rasa tak mampu nak duduk di Lexis Hibiscus, korang boleh cuba nginap di Grand Lexis Port Dickson ni.


Ana sendiri pernah menginap dekat sini. Memang best. Bilik dia kemain luas, berasingan dengan kawasan pantry dan bilik air. Bilik dia pun terletak dekat atas air dan ada private pool juga. Syafi bukan main seronok dapat berendam lama tanpa perlu keluar dari bilik. 


3. Tasik Villa International Resort

Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool


Sesekali bercuti di hotel yang mempunyai pemandangan tasik pun best juga kan. Di Tasik Villa International Resort ni, terdapat bilik jenis chalet dengan pemandangan tasik, vila dengan private pool atau private jacuzzi atau bilik jenis clubhouse. Pilih je mana yang korang berkenan.


Waktu malam pula jangan lupa saksikan persembahan musical music fountain and volcano. Mesti anak-anak suka. Tak perlu susah-susah keluar dari kawasan hotel.


4. Ombak Villa Port Dickson

Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool


Bercuti paling best bila bersama dengan semua ahli keluarga. Lagi ramai lagi meriah orang kata. Tapi bila bercuti ramai-ramai ni, tinggal di homestay adalah pilihan yang terbaik.


Di Ombak Villa Port Dickson, segala kemudahan untuk korang yang bercuti dalam kumpulan yang ramai semua disediakan. Ini termasuk mempunyai 4 buah bilik dan 3 buah bilik air. Kemudahan untuk memasak pun lengkap. Seronok tu dapat masak berjemaah. Hehe. Paling penting ada swimming pool untuk aktiviti beriadah.



5. Temasek Retreat

Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool


Bagi yang planning nak buat exclusive big family day dengan saudara mara, sepupu sepapat, korang patut masukkan Temasek Retreats dalam list korang. Villa ini mempunyai 6 buah bilik tidur yang cantik, mampu menampung sehingga 23 orang dengan selesa.


Istimewa Temasek Retreat ini adalah kerana lokasinya yang berada di atas bukit dan menawarkan pemandangan laut yang luas tanpa sebarang halangan. Sesuai untuk korang yang nak release stress.



Macam mana, menarik kan penginapan-penginapan dengan private pool dekat atas ni kan. Mesti seronok kalau dapat bercuti dengan keluarga dekat sini nanti. Harap cepat-cepat lah habis PKP ni. Tepu dah rasanya duduk rumah saja. Yang penting jangan lupa jaga SOP yang dikeluarkan. Ingat kita jaga kita ok.

5 Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool Reviewed by Ana Suhana on February 22, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. Mmg Best stay grand lexis ..rindunya nk tido hotel

    ReplyDelete
  2. Hmm baru tahu lain rupanya Lexis dgn Grand lexis..Selama ni ingatkan sama

    ReplyDelete
  3. Bestnye rindulah nak bercuti dgn family.

    ReplyDelete
  4. Ada cakap dengan en suami..lepas semuanya ok,ada rezeki,sihat jomlah kita jalan-jalan bawa keluarga.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.