Kembara Thailand : Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud


Kembara Thailand : Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud l Assalamualaikum. Hari ke-3 di Thailand merupakan hari yang penuh dengan aktiviti. Dari pagi sampai ke petang. Kesemua aktiviti diurus oleh pihak Good Times Resort. Aktiviti pertama pagi tu ialah ke Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Kembara Thailand : Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud

Sebut tentang Kanchanaburi, kalau korang nak tau Erawan National Park ni merupakan tarikan utama dekat wilayah ni. Malah merupakan juga National Park paling popular dekat Thailand. Memang rugi kalau dah sampai sini tapi tak pergi kan. Harga untuk masuk ke sini ialah 300 bath seorang.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Jarak antara Erawan National Park dengan Good Times Resort mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Jalan pula lancar jer takde sesak semua. Maklumlah wilayah Kanchanaburi ni boleh dikatakan kawasan perkampungan dan jauh dari kawasan bandar, so takde banyak kenderaan sangat.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Sampai-sampai di sana, kita akan terus ke information counter untuk dengar taklimat pendek tentang tempat ni. Macam Ana bagitau dekat atas tadi, Erawan National Park ni terkenal dengan 7 tingkat air terjun dan air kolam berwarna hijau zamrud (emerald green pool) yang dinamakan bersempena dengan gajah putih berkepala tiga dalam mitologi Hindu. Dan dikatakan air terjun yang paling tinggi mempunyai bentuk seakan kepala gajah. Menarik kan? Oh ya setiap air terjun yang ada dekat sini mempunyai namanya yang tersendiri tau.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Dari information counter tadi, korang boleh opt untuk berjalan kaki atau naik buggy ke air terjun yang pertama. Jarak lebih kurang dalam 10 minit berjalan. ana decide untuk berjalan je. Nak bertadabur dengan alam katanya. Masa berjalan tu korang akan terserempak dengan banyak binatang-binatang kecil di sepanjang jalan. Syafi lah yang paling cuak. Tengok muka pun tau kan. Hehe.

Masa sampai dekat tingkat pertama, baru Ana terasa sangat singgah di Erawan National Park ni. Di tingkat pertama tu je korang dah boleh nampak air kolam berwarna hijau zamrud tu. Terkesima Ana sekejap dibuatnya. Memang sangat cantik dan bersih. Sejuk jangan cakap lah. No wonder ramai pelancong dalam dan luar negara ke sini setiap hari.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Nak tau tak kenapa kawasan Erawan National Park ni sangat bersih?  Sebabnya masa nak naik ke air terjun yang ke-3 korang kena declare semua botol air yang korang bawa di kaunter yang ada. Dan deposit sebanyak 30 bath dikenakan untuk setiap botol. So jangan lupa bawa turun semula botol-botol air korang tu pulak. Kalau tak, forfeited lah deposit korang tadi. Dan dikatakan makanan pun tak dibenarkan di bawa naik ke atas.

Habis tu kalau nak berkelah macam mana? Tak kan tak boleh bawa makanan. Boleh je kalau korang nak berkelah dekat sini. Tapi hanya di tingkat pertama dan kedua je.
Erawan National Park
Erawan National Park  - Level 1
Erawan National Park
Erawan National Park  - Level 2
Sebabnya kedua-dua tingkat ni memang sangat sesuai untuk berkelah. Kawasannya lebih luas selain dekat dengan kemudahan seperti tandas dan bilik mandi.

Air terjun tingkat pertama hingga ke-4 masih lagi mudah untuk diakses. Tapi bemula dari tingkat 5 hingga ke -7, laluan jadi semakin mencabar. Dan laluan ni sesuai untuk korang yang suka hiking.

Disebabkan masa yang diperuntukkan dekat sini hanya dalam 2 jam, so kami hanya sampai ke tingkat 4 saja. Tapi tu pun dah syukur Alhamdulillah.
Erawan National Park
Erawan National Park - Level 3
Erawan National Park
Erawan National Park - Level 3
Dekat air terjun tingkat 3, korang boleh merasai pengalaman fish massage. Memang banyak giler ikan dekat tebing-tebing kolam air terjun tu. Korang letak  kaki sekejap je dah kena 'serang'. Macam pelahap pula ikan-ikan ni. Hehe.  Dah lah geli bila kena gigit tu. Ana mampu letak kejap je lepas tu cepat-cepat angkat kaki. Tak tahan geli dia. Haha.
Erawan National Park
Erawan National Park  - Level 3
Dari tingkat 3 nak naik ke tingkat 4 agak penat sikit sebab ada mini tangga Batu Caves. Haha. Mencungap lah jugak nak sampai ke atas.
Erawan National Park
Erawan National Park - Level 4
Tapi bila dah sampai atas, hilang rasa penat tu bila tengok warna air kolam yang lagi cantik warnanya. MasyaAllah cantik sangat ciptaan Allah kan. Seharian duduk pandang air kolam ni jer pun takpe. Dekat sini pun ada fish massage tapi tak ramai yang naik ke sini kolam dia agak jauh ke bawah dari kawasan landai.
Erawan National Park
Erawan National Park  - Level 4
Ana sempat duduk dalam 10 minit je macam tu sebab rushing kan. Nak turun ke bawah pula amik masa juga. Rasa tak puas pulak dapat singgah sekejap dekat sini. Dari tingkat 2 nak ke tempat berkumpul Ana naik buggy je. Satu buggy dalam 30 bath tak silap. Ok lah kan. Save energy untuk next activities kononnya :).
Erawan National Park
Erawan National Park
Beratnya hati nak tingalkan Erawan National park ni. Ni antara kenangan terindah sepanjang bercuti di Thailand. Tapi Ana tetap bersyukur sangat dikurniakan rezeki untuk jejak kaki ke sini. Salah satu bucket list Ana dah tercapai. Alhamdulillah. Ana doakan korang pun akan sampai dekat sini juga satu hari nanti. amin








Kembara Thailand : Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud Reviewed by Ana Suhana on December 12, 2018 Rating: 5

14 comments:

  1. bestnya kak ana!!! cantik betul air terjun ni!!! harap harap ada rezeki ke sana

    ReplyDelete
  2. bestnya tgk pemandangan cantik sebegini.. confirm hilang stress kan

    ReplyDelete
  3. Wah!! Cantik sangat view air terjun tu. Siap ada fish massage lagi.

    ReplyDelete
  4. larat syafi sampi ke atas tu.. smpi atas hilang semua penat tgok view yg superb macm tu.. fuhhhh

    ReplyDelete
  5. Sangat cantik betul pemandangan Air terjun tuh... Menarik sangat untuk disinggah jugak

    ReplyDelete
  6. Cantiknya air tu patutlah macam zamrud hehehe...

    ReplyDelete
  7. Betul-betul terjaga ye kak baguslah.. baru dapat kekalkan kecantikkan air terjun tuh

    ReplyDelete
  8. Aaaa....bestnya jauh dari Bangkok yang sesak2 tu kan 😍

    ReplyDelete
  9. wahhhh cantik sangat air dia! Memang bagus cara diorang jaga sungai diorang. Terbaik lah syafi sampai ke atas :D

    ReplyDelete
  10. Cantik...bersih..damai.Allahu.Indah Allah menciptakan untuk kita nikmati..bagus cara mereka jaga kebersihan kawasan air terjun nilah kak Ana..boleh dipuji.Nikmatnya pun kembali pada pengunjung yang datang juga..

    ReplyDelete
  11. cantiknya air terjun. kalau boleh mandi2 kan best?

    ReplyDelete
  12. Bersih, sejuk dan segar, malah mmg cantik tempat ni.. bestnya.

    ReplyDelete
  13. Siyes cantik la air terjun tu..kalau dapat explore semua lagi best

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.