Nikmati Bufet Makan Malam Hari Krismas dan Tahun Baru di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites KL


Nikmati Bufet Makan Malam Hari Krismas dan Tahun Baru di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites KL | Assalamualaikum. Hi korang. Ada plan nak makan-makan dengan family sempena cuti yang akan datang ni? Nak cari tempat makan yang lain dari yang lain dekat area KL? Apa kata korang ajak family korang Nikmati Bufet Makan Malam Hari Krismas dan Tahun Baru di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites KL.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Nikmati Bufet Makan Malam Hari Krismas dan Tahun Baru di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites KL

Bagi yang tertanya lokasi Pacific Regency Hotel Suites KL ni, mudah je nak cari.  Sebabnya hotel ni terletak betul-betul berhadapan dengan Menara KL. Kalau menginap dekat sini, boleh jalan kaki je. Tak sampai 5 minit pun.

Baru-baru ni Ana dijemput untuk menghadiri preview Bufet Makan Malam Hari Krismas dan Tahun Baru di sini. Menariknya dining area kali ni terletak di tingkat paling atas sekali iaitu di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites KL. Bila dah berada di tempat tinggi ni korang boleh bayangkan lah view yang bakal korang nikmati nanti kan. Satu bandar KL ni korang boleh nampak.

Untuk tema bufet kali ni, ada unsur tradisi dan glamor diterapkan ke dalam menu-menu yang dihidang bersesuaian dengan sambutan yang diraikan. Memandangkan sambutan 2 perayaan ni terlalu dekat, maka menu yang dihidang lebih kurang sama. So kalau kata korang tak free pada malam sambutan Hari Krismas korang boleh booked table untuk sambutan Hari Tahun Baru pula.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Yang pastinya, kesemua menu mewah Timur dan Barat yang diketuai oleh Chef Firdaus Mat Yusoff bersama barisan para chef yang berpengalaman akan memenuhi citatasa korang pada malam tu. Antara highlighted menu ialah Tradisional Roasted Turkey, Seafood Bar on Ice, pasta, makanan istimewa Melayu dan India serta banyak lagi.

Memandangkan Ana dah sendiri rasa kesemua menu yang ada dekat sini meh Ana share dengan korang menu apa yang korang wajib cuba. Tak lah nanti korang terpinga-pinga tak tahu nak mula makan yang mana dulu bila tengok menu yang banyak tu kan. Hehe.

Memula Ana cadangkan korang warm up taste buds korang dengan salad in the glass. Macam Ana hari tu Ana mulakan dengan Smoke Salmon with Wasabi dan Seafood Salad. Antara 2 ni favorite Ana ialah Smoke Salmon with Wasabi tu. Memang sedap giler. Terasa smoky bila masuk dalam mulut. Kalau tak makan dengan wasabi tu pun takpe sebab dah sedia sedap salmon dia.  Fresh lagi. Tak cukup 2 glass wei. Hehe.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Lepas tu kita tengok main course pula. Antara menu yang Ana sempat rasa malam tu ialah Roasted Turkey & Lamb,  Baked Turkey Stuffing, Vichy Carrot & Brussel Sprout, Pan Seared Snapper Avocado Salsa Lemon Grass Butter, Ginger Beef, Butter Prawn dan Butter Rice.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Dalam banyak-banyak menu tu, paling Ana suka for sure Roasted Beef dia. Ya ampun, lembut nya la hai daging dia. Rasa dia jangan cakap lah. Cicah pula dengan 3 sos yang berbeza rasa, terasa lah nikmat dunia kejap. Lagi-lagi bila dapat ratah macam tu je.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Baked Turkey Stuffing pun korang kena rasa. Lain dari yang lain. Menu ni campuran organ-organ dalaman. Sound weird kan tapi bila dah campur dengan herbs tu semua, jadi sedap rasa dia. Korang wajib cuba menu ni.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Untuk menu pencuci mulut pula, kesemua hidangan yang dihidang adalah berunsur tradisi perayaan Krismas. Ada assorted Christmas pastries, Stollen Bread, Yule Log Cake, Christmas Cake, puddings dan banyak lagi.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Pacific Regency Hotel Suites KL
Untuk pencuci mulut ni Ana paling suka Yule Log Cake. Tengok presentation dia pun dah menarik kan. Dalam tu dia macam chocolate swiss roll tapi dekat bahagian tengah ada coklat pekat ala ala moist brownies. Memang sedap. Ana yang hantu coklat ni 2-3 kali repeat kot makan kek ni. Tak sedar diri kejap masa tu. Haha.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Oh ya bagi yang makan malam pada malam Tahun Baru tu, harga yang korang bayar tu termasuk after dinner party tau. Maksudnya lepas korang dah puas makan, korang dipersilakan naik ke Level 34 yang menempatkan Luna Chill Out Bar dan swimming pool. Korang boleh lepak minum minum sementara nak tunggu detik Tahun Baru 2019. Sure meriah malam tahun baru korang.
Pacific Regency Hotel Suites KL
Macam mana?  Menarik kan?  Pada yang berminat untuk menempah meja atau nak maklumat lanjut, korang boleh hubungi nombor di bawah ni. Kena cepat tau sebab meja-meja dekat sini selalunya laku keras. Lambat sikit melepas lah korang. Tunggu apa lagi?


📌 Christmas Eve Buffet Dinner
• 24 Disember 2018
• 7.00 petang - 10.30 malam
• Dewasa -RM120.00
• Kanak-kanak / Warga Emas - RM60.00+

📌 New Year Eve Glamorous Buffet Dinner
• 31 Disember 2018
• 7.00 petang - Lewat Malam
• Dewasa -RM150.00+ (termasuk after dinner party di Luna Bar Level 34)
• Kanak-kanak / Warga Emas - RM75+

☏ 03-2332 7788 - Sue
☏ 012-2040210 - Rohini
☏ 017-3240234 - Sue
☏ 019-6598452 - Amri



Nikmati Bufet Makan Malam Hari Krismas dan Tahun Baru di Level 33 Pacific Regency Hotel Suites KL Reviewed by Ana Suhana on December 15, 2018 Rating: 5

21 comments:

  1. Makaihhh menu dia ni menyelerakan sungguh. Cantik2 la gambar awak. Mereka yang meraikan hari natal boleh get together dengan family dan kawan-kawan kat sini. Menu pun variasi gitu. Makan wasabi sikit je tapi rasa cam dah berasap telinga. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Huwaaaaaa... Wrong timing kita singgah sini. Menu dia + gambar awak sangat menggugat selera kita. Terliur!
    Bagus ni share kat kengkawan yang celebrate Christmas. Makaseh awak...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya nampak makanan-makanan tu! Gambar-gambar cun sangat buat menggiurkan je. Haha. Bolehlah bawak kawan-kawan untuk makan sekali. Nampak berbaloi dengan pilihan makanan yang ditawarkan tu

    ReplyDelete
  4. yummy food and lots to eat there. Gonna tell my dear too as he no dine here before , me too as I seldom go buffet. CNY soon, yeah maybe can tell friends and family that we can go gathering and dine at the same time too.

    ReplyDelete
  5. Sedap yer Ana makan kat hotel. View cantik,makanan mewah dan banyak pilihan. Terbaik sambut krismas kat hotel ni.

    ReplyDelete
  6. Wow..bestnya! Teringat moment time makan kat 38 grand hyatt..makanan sedap, view cantik. Kat regency ni pun nampak sama ni..view klcc kat tingkat 33. Enjoyla Ana!

    ReplyDelete
  7. Meriahnya skang ni dengan buffet Krismas di mana-mana. Tu la nikmat berada di Malaysia ni, setiap kali perayaan, setiap masa kenyang..

    ReplyDelete
  8. Semua makanan kat sini sedap
    Menarik. Walaupun x pernah
    Makan kat sini tapi makanan memang nampak promising hehehhe

    ReplyDelete
  9. OMG! Sedaapppnya mkn buffet Christmas! Selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2019!

    ReplyDelete
  10. Meriah sangat menu di Pacific ni, mesti sedap punya sebab pernah rasa jugak buffet Ramadhan haritu. Tema nampak mewah gituuu

    ReplyDelete
  11. Banyak jugak pilihan menu yang ada kat sininye ana. Terbayang bayang pula smoked salmon with wasabi tu bila ana cerita. Teringin nak cuba lah kalau datang sini .yule log cake tuh buat lagi meleleh air liur tua. Nasib baik tengah eatclean .Hahaha

    ReplyDelete
  12. Dalam banyak-banyak food tu liez tergoda dgn butter prawn dgn cake buah tu.. tak tahu nape rasa mmg tempting sgt tgk gambar ana ni. Dapat turkey pun best kan..setahun sekali baru dapat makan turkey ni

    ReplyDelete
  13. Ohmanggggaiii. Kemain menarik lagi makanan dia. Rasa macam nak ngap semua sekali dan taknak ada tinggal satu pon. Nak jadi tamak sekejap. Hahahaha tk bboleh tahan tgk hidangan special mcm ni. Huhuhu. Dahlah view lawa. Mmg the best moment sungguhlah dpt pergi level 33 ni

    ReplyDelete
  14. so many christmas buffet options in kl! i guess at the end it is the one with the nicest food at affordable price with the convenient location wins! hahaha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  15. The menu is so mouth watering - and they have quite a number of dishes and wow! The pastries, specifically the cake looks really delicious. And the way they do it is quite unique as well ♥️

    ReplyDelete
  16. Meriah.. hidangan pun banyak pilihan dan nampak sedap2 semuanya. Mmg berbaloi buat meraikan tahun baru ni.

    ReplyDelete
  17. bonus to christmas buffet. semua food sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  18. Yummy this buffet spread looks really delicious, it's also pretty worth it for the price of RM120 there's seafood as well.

    ReplyDelete
  19. tudiaaa meriahhh dengan aneka makanan pelbagai jenis dan rasa plus visual yang memukau pergh!

    ReplyDelete
  20. Seafood dengan dessert dia menarik betul.. meriah..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.