Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Buah dan Bunga Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea


Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Buah dan Bunga Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea | Assalamualaikum. Malu kan bila kita mengalami masalah badan cepat berpeluh dan berbau. Lagi-lagi ketika cuaca panas. Masa tu mula lah rasa kurang yakin pada diri sendiri. Nak buat kerja semua serba tak kena. Risau sangat kalau kslau orang rasa tak selesa dengan kita. Nak buat macam mana ni? Hurmm..... Dah dah jangan risau sebab sekarang ni korang boleh Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Buah dan Bunga Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Bunga dan Buah Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni Althea telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist hasil kolaborasi antara Althea x Titi Kamal. Siapa tak kenal dengan Titi Kamal kan - seorang pelakon, fashionista dan ikon kecantikan popular di Indonesia dan juga Asia. Antara filem popular lakonannya ialah Ada Apa Dengan Cinta dan Eifel I'm In Love.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist yang hanya oleh didapati secara eksklusif di Althea ini di inspirasikan dari haruman kesukaan Titi Kamal sendiri di mana body mist ni mempunyai aroma yang berbau segar dan manis yang sangat serasi dengan cuaca di Asia ni.

Tapi sebelum tu korang tau tak apa tu body mist? Bukan apa, ramai sebenarnya yang masih confuse antara body mist dengan perfume. Padahal 2 produk ni berbeza antara satu sama lain tau. Ni Ana share secara ringkas 3 perbezaan utama antara body mist dengan perfume supaya korang lebih faham. 

Body Mist vs Perfume
✅ Body mist mempunyai haruman yang ringan  manakala perfume berbau kuat
✅ Haruman body mist tidak kekal lama berbanding dengan haruman EDP
✅ Body mist mempunyai kandungan air lebih dari pati minyak


Ok sekarang dah faham kan. So berbaloi ke beli body mist berbanding dengan perfume? Dah lah bau tak kuat, tak tahan lama pulak tu.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Pepatah ada mengatakan tak kenal maka tak cinta.  Korang kena kenal beli dan cuba sendiri Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea ni baru korang boleh judge. Macam Ana, Ana dah cuba sendiri dan pada pendapat peribadi Ana, memang berbaloi untuk beli dan guna Stay Fresh Body Sparkling Mist ni. Antara sebabnya ialah :

1. HARUMAN YANG RINGAN & LEMBUT UNTUK KEKAL YAKIN SEPANJANG HARI

Macam Ana bagitau dekat atas ni, body mist mempunyai haruman yang ringan dan lembut. Tapi korang percaya tak kalau Ana kata kekuatan satu-satu mist tu sebenarnya disebabkan oleh harumannya yang ringan. Kenapa Ana cakap macam tu?
.
.
.
Bayangkan seseorang yang cepat berpeluh dan mempunyai bau badan yang agak kuat, bila dorang sembur perfume yang sama kuat bau dia, pasti akan timbul satu bau yang kurang menyenangkan. Kadang tu sampai sakit hidung dibuatnya. Betul kan? Sebab tu body mist seperti Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah penyelesaian yang terbaik.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Dihasilkan dari Damask Rose Water, Sweet Orange Oil dan Elder Flower Extract, Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea berfungsi untuk memerangkap sekaligus mengunci bau yang kurang menyenangkan itu dari "terlepas" keluar. Dengan haruman feminin yang berbau manis buah Orange dan Peach serta haruman bunga Ros, badan akan kekal harum sepanjang hari dan kita jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

2 .KULIT KEKAL SEGAR DAN TERHIDRAT

Istimewa tentang Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ialah selain dari aromanya yang ringan dan lembut, ia juga mampu membantu kulit kita untuk kekal segar dan terhidrat hasil formulasi dari Damask Rose Water.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Manakala Elder Flower Extract pula berfungsi untuk memberi rasa sejuk serta membantu melegakan kulit ketika berada di bawah cuaca yang panas. Yang penting semburan body mist ni tidak melekit pada kulit dan membolehkan kita untuk bergerak bebas dengan selesa.

3. HARUMAN TAHAN SEHINGGA 2 JAM
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Walaupun haruman body mist ni dikatakan tak kekal lama, tapi itu pendapat secara general. Kalau korang nak tau, haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist ni dikatakan mampu bertahan sehingga 2 jam terutama bila berada di dalam kawasan berhawa dingin. Sama macam bila kita pakai perfume jenis EDT.

4. HARGA MAMPU MILIK

Kenapa nak beli sesuatu yang lebih mahal kalau korang boleh beli benda yang sama pada harga yang lebih murah kan. Berbanding dengan perfume yang berharga ratusan ringgit, Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea ni hanya berharga RM35 saja untuk saiz 100ml.

Murah kan. Bayangkan berapa banyak kita boleh beli dengan harga serendah tu kalau nak banding dengan beli perfume yang mahal. Kalau nak compare dengan perfume jenis EDT, Ana rasa lagi berbaloi beli body mist ni sebab EDT tu pun bau dia tak tahan lama pun. Lebih kurang sama je. Cuma harga je agak mahal.

5. SAIZ MUDAH DIBAWA
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Antara perkara yang Ana suka tentang Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ialah saiz botolnya yang mudah dibawa ke mana saja dan muat dimasukkan ke dalam handbag. Tak berat pula tu. Bila-bila masa dan di mana-mana saja bila perlu untuk kekal segar dan harum, boleh je terus spray. Senang cerita.

Pendapat Peribadi Tentang Stay Fresh  Body Sparkling Mist

Secara jujur, Ana susah nak suka dengan satu-satu haruman tu. Senang kata fussy lah bila bab nak beli perfume ni. Sebab tu kalau dah jumpa bau yang Ana berkenan Ana akan loyal dengan bau tu untuk jangka masa yang lama. Macam Ana, Ana suka bau yang segar dan tak terlalu harum atau kuat bau dia. Kalau boleh bau yang sedang sedang je lah.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Bila first time Ana sembur mist ni, Ana tak lah terus suka sebab Ana masih compare bau mist ni dengan bau perfume yang Ana guna sekarang. Tapi bila dah 2-3 kali guna,  Ana jadi suka pula dengan aroma buah dan bunga yang ringan dan lembut pada body mist ni. Yang penting bau mist ni tak menusuk hidung langsung. Sesedap bau orang kata.

Tentang ketahanan bau mist ni pula,  Ana setuju yang bau mist ni mampu bertahan lebih dari 2 jam dalam sekali semburan. Bila Ana kata mampu bertahan tu, korang kena faham yang konsep body mist ialah semburan dekat atas kulit. Jadi haruman tu kekal wangi dekat bahagian kulit yang tertutup kita bukan pada pakaian kita. Bau harum dekat pakaian tetap ada cuma tak sekuat bila kita pakai perfume.

Baca juga : Buih-buih Susu Lembut Dengan Milk Peel Cream Mask

Walaupun haruman body misy ni tak kuat bila sembur dekat pakaian tak bermaksud kita tak boleh sembur pada pakaian kan. Korang mesti selalu alami situasi bila makan dekat kedai atau restoran yang tertutup, baju dan tudung akan berbau asap masakan kan. Kuat pulak tu. Lagi-lagi kalau baju berwarna hitam. Haru kejap. Macam Ana, cara paling senang dan cepat nak hilangkan bau asap tu ialah dengan spray je body mist dekat baju. Kandungan air yang ada dalam mist tu mampu menghilangkan bau asap yang tak sedap tu dengan cepat. So takde lah baju bau busuk dah. Tak caya korang cuba lah.
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist AltheaxTitiKamal
Repurchase? Totally yes. Overall Ana puas hati dan suka dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea ni. Korang yang nak rasai sendiri haruman buah dan bunga dari Stay Fresh Body Sparkling Mist ni, korang boleh beli dekat di link di bawah ni. Alang alang dah beli tu, beli lah lagi satu produk lagi sebab korang boleh dapat free shipping tau. Direct dari Korea terus ke rumah korang. Memang jimat. Selamat bershopping ye.





Atasi Masalah Badan Cepat Berpeluh dan Berbau Dengan Kesegaran Haruman Buah dan Bunga Stay Fresh Body Sparkling Mist Dari Althea Reviewed by Ana Suhana on December 28, 2018 Rating: 5

16 comments:

  1. menarik.. yang penting senang nak bawak p mana2

    ReplyDelete
  2. Selain dari wangian diperlukan untuk mengatasi masalah bau badan..PC rasa pemilihan jenis kain yang nak dipakai pun penting kan kak Ana..kena pilih kain yang mudah serap peluh dan tak panas bila dipakai.

    ReplyDelete
  3. wangiii kan Ana, amboi jauh photoshoot sampai Disney Kampar tu hehe.. btw kak ana follow sini dan G+ Ana kay.. happy blogging :)

    ReplyDelete
  4. lina pun suka bau dia...lembut dan segar je ..

    ReplyDelete
  5. Cantik betul botol dia.. bauan diapun mesti menarik kan Ana..

    ReplyDelete
  6. amboi..wanginyaaa hehe. eh harga mampu milik lh

    ReplyDelete
  7. Wuuu sampai ke sini bau dia.. heheh >_<
    .
    Nice review kak Ana ^^

    ReplyDelete
  8. Produk Althea ni menggoda betul..semua comel2..

    ReplyDelete
  9. Ciktie suka baunya ni..harum, lembut dan tak memeningkan kepala pun hehe

    ReplyDelete
  10. suka body mist sebab bila pakai kalau terlajak pakai pun tak over sangat bau hihiih

    ReplyDelete
  11. Mudah ada mcm ni.. boleh dibawa ke mana2 dan gunakan bila2 masa diperlukan. Menarik.

    ReplyDelete
  12. Nani pun suka bau body mist ni, wangi sangat.

    ReplyDelete
  13. Adudu fresh dia tu tak terkata. segar sngt!! love!

    ReplyDelete
  14. Gambar kat Bandar Agacia, Kampar ke tuuuuu hiks!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.