Virtual Games Pertama di Malaysia di VR Lab



Virtual Games di VR Lab l Assalamualaikum. Korang kalau yang suka main games atau dalam erti kata lain kaki games, ni Ana nak share dengan korang satu games yang wajib korang cuba. Yang pasti games yang Ana nak bagitau ni games yang menggunakan teknologi tinggi dan pasti akan memberi korang kepuasan maksimum. Games yang Ana maksudkan ialah Virtual Games di VR Lab di mana ianya merupakan yang pertama di Malaysia.
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia
Virtual Games Pertama di Malaysia di VR Lab

Baru-baru ni Ana berkesempatan untuk merasai sendiri kehebatan bermain virtual games ni. Walaupun Ana bukan seorang yang kaki games tapi bila dah mencuba virtual games ni Ana rasa kaki games pasti akan suka dan teruja untuk bermain games ni. Sedikit info tentang apa virtual games ni:

Virtual games (permainan alam maya) dicipta dengan imej 3-D yang boleh diterokai secara interaktif melalui perisian VR pada headset, mouse, stick dan monitor / projektor. 
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia

Permainan VR membolehkan seseorang pemain merasa seperti berada di alam permainan yang sebenar dengan imej-imej yang sebenar. Jangan risau kalau rasa-rasa tak reti nak main sebab staff di VR Lab sangat helpful. Mereka akan ajar dan terang kepada kita cara-cara untuk bermain dan cara-cara menggunakan peralatan yang ada sehingga kita faham. Tengoklah budak kecik tu. Bukan main lagi dia.
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia

Untuk merasa pengalaman tersebut, pemain hendaklah memilih permainan terlebih dahulu. Terdapat pelbagai jenis permainan ditawarkan bermula dengan permainan yang santai untuk pemain pertama kali sehingga permainan yang lebih advance seperti horror dan action games bagi pemain amateur.
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia

Kemudian pmain hendkalh memakai headset yang disediakan untuk masuk ke dunia permainan sebenar. Headset tersebut mempunyai tali boleh laras jadi untuk cater semua saiz kepala. Bagi pemain yang bercermin mata macam Ana pun boleh pakai tanpa perlu menanggalkan cermin mata. Memandangkan headset ini boleh laras, kanak-kanak pun boleh memakainya. Cuma ia agak berat dan memerlukan pengawasan orang dewasa.
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia

Setelah headset dipakai, pemain akan merasai seperti berada didunia permainan sebenar. Semua pergerakan seperti perasaan naik lif, jatuh dari tempat tinggi dan dikejar oleh penjahat boleh dirasai. Sangat mengujakan tau korang. Lagi-lagi bila kita dapat rasa seperti jatuh dari tempat tinggi. Berdebar di buatnya. Untuk melakukan sebarang pergerakan di alam permainan, kita akan memegang stick yang disediakan dimana stick ini berfungsi sebagai tangan kita dan senjata permainan. Contoh beginner macam Ana, Ana bermain game yang agak santai seperti Fruit Ninja. Kita akan nampak depan mata kita buah-buahan tu jatuh dan perlu dibelah untuk menang. Jadi stick yang kita pegang tadi akan berfungsi sebagai pisau untuk membelah buah-buah yang jatuh tadi. Mula-mula agak kekok nak bermain tapi lama-lama kita dengan sendiri akan mahir dengan permainan tersebut. Tengok lah video Ana main virtual game ni buat kali pertama.

Oleh kerana bila kita memakai headset, kita tidak akan nampak persekitaran sebenar disekeliling kita. Jadi kita kena agak berhati-hati agar tidak sampai mencederakan diri. Dan untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kesemua bilik-bilik VR dibina dengan ruang yang agak luas mengikut jumlah pemain bagi membolehkan pemain bergerak bebas. Dan di dinding-dinding bilik ditampal sponge pelindung untuk melindungi dari sebarang kecederaan pada pemain dan juag mengelakkan dari berlaku kerosakan pada alat-alat VR yang digunakan. 
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia

Amacam, menarik tak virtual games ni? Korang kalau nak merasa kena lah ke VR Lab yang ada di 8 lokasi di sekitar Kuala Lumpur ni. Dan kalau korang nak buat event seperti sambutan hari jadi apa kata korang lupakan sambutan hari jadi di pusat karaoke. Buat sesautu yang lebih menarik dengan menyambut hari jadi di VR Lab sebab ada pakej-pakej yang disediakan dengan harga yang reasonable. Kalau nak minta VR Lab ke tempat korang pun boleh tau. Maknanya korang nak merasa sendiri virtual games di tempat korang pun VR lab ada sediakan perkhidmatan tersebut.
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia
Oh ya VR Lab telah mendapat beberapa pengiktirafan tau. Antaranya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records dan MSI. Hebat kan.
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia
VR Lab Malaysia

Untuk maklumat lebih lanjut tentang VR Lab ni korang boleh layari laman sesawang atau telefon VR Lab seperti maklumat di bawah ni:

Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram:

Emel:

Lokasi:

1. VR Lab SS 15 Subang Jaya
2. VR Lab Bandar Sunway
3. VR Lab SS 2 Petaling Jaya
4. VR Lab Kota Damansara
5. VR Lab Wangsa Maju KL
6. VR Lab Publika Sri Hartamas
7. VR Lab Manjalara Kepong
8. VR Lab Kuching City One















Virtual Games Pertama di Malaysia di VR Lab Reviewed by Ana Suhana on November 15, 2017 Rating: 5

27 comments:

  1. eh dah dekat sangat tempat miza boleh try cari masa sesuai cuba buat sesuatu yang baru

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis ana suhana

    Wah dah pandai main VR ya


    Semoga sihat wal afiat bersama keluarga tersayang

    ReplyDelete
  3. bestnya! walaupun takminat main game tapi berminat nak try hehe

    ReplyDelete
  4. wah. diorg ni la yg katanya akan jd biggest in asia kan? eh ke salah? haha

    ReplyDelete
  5. sronok ana dpt peluang main Virtual Games ni...kira mcm kita main game btul2 dlm tu

    ReplyDelete
  6. selalu nampak org pakai VR ini, akk belum pernah try

    ReplyDelete
  7. Syoknya games macam nii 👍👍
    comel je Ana duk main game tu

    ReplyDelete
  8. Menarik ni kak..boleh dijadikan agenda santai keluarga..secara tak langsung ibu bapa boleh pantau aktiviti anak-anak...

    ReplyDelete
  9. Teringin nak main vr games ni..nak g la jugak..

    ReplyDelete
  10. wah menarik ni. nanti nk kene try ni.

    ReplyDelete
  11. Pernah jugak berangan nak main game ala2 real macam ni. Tak sangka dah ada orang buat. Bestnyaaaa

    ReplyDelete
  12. Wah menarik nie Ana, kalau anak-anak Kak Sue tahu mau ajak ke sana nie..

    ReplyDelete
  13. Menarik dan 1st time tahu ni. Mmg kena cuba ni.. dh dekat pulak tu

    ReplyDelete
  14. Bestnyaaa. Saya dulu pernah try guna kat kelas je. Tu pun roller coster, bukan main game pun. And sekejap je. Tapi kira okeylah, adalaa jgk pengalaman tu. Hehe

    ReplyDelete
  15. menarik ... rasa nak cuba juga main.

    ReplyDelete
  16. uiii...bestnyer...teringin pulak nak cuba hihi...

    ReplyDelete
  17. omg! ai kaki game..for sure akan pegi ke sini..yeahh

    ReplyDelete
  18. wahhh cam menarik ni. mesti orang yg tgok kita tu pelik nape la kita melompat2 ke ape ke kan,padhl kat dunia lain dah,

    ReplyDelete
  19. Ibu lebih gemar bawa anak anak pergi keluar beriadah kat luar

    kena matahari dan kotor main di taman

    sebab itu semua bawa kesihatan

    ReplyDelete
  20. ee bestnya ! kalo main game zombi confirm jerit2 dekat situ =D

    ReplyDelete
  21. Kalau ira ada peluang main nak pilih game yang lawan-lawan lah. Puas hati + lepas geram terus hahaha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.