Kilang Bateri Tampoi - Tempat Makan Malam di JB


Kilang Bateri Tampoi - Tempat Makan Malam di JB | Assalamualaikum. Lepas puas jalan-jalan di Forest City Gelang Patah,  Ana terus menuju ke Tampoi untuk makan malam di Kilang Bateri. Tak sah kalau ke JB tak singgah dan cuba makan di sini. Kira tempat wajib yang patut terjah bila ke JB.
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi - Tempat Makan Malam di JB 

Kilang Bateri ni merupakan satu tempat makan yang berkonsepkan hipster style. Mengikut sejarah, Kilang Bateri ni dahulunya merupakan sebuah kilang bateri berjenama Eveready. Namun kilang ni telah ditutup beberapa tahun yang lepas selepas Syarikat Eveready tersebut telah memindahkan operasinya ke Filipina kerana kos buruh yang lebih rendah di sana.
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru

Kemudian owner baru telah mengubah suai kilang tersebut menjadi tempat tarikan orang ramai yang berkunjung ke Johor. Di Kilang Bateri ni, terdapat pelbagai jenis menu di jual bermula dari juadah selatan hinggalah ke utara semenangjung. Ada juga artis-artis Malaysia seperti Afdlin Shauki berniaga di situ. Meja dan bangku di setiap gerai adalah hasil kreativiti Pertubuhan JOHO (Anak-anak muda yang Kreatif dan Dayausaha yang Progresif).
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru

Selain dari gerai-gerai makan, terdapat juga kedai-kedai menjual pakaian,  buku,  kasut,  aksesori dan banyak lagi di buka di dalam Kilang Bateri ni. Kira nak cuci mata lepas makan pun boleh korang buat di Kilang Bateri ni. Kemudahan surau dan tempat untuk anak-anak bermain pun ada disediakan. Kira memang lengkap lah fasiliti untuk para pengunjung ke sini.
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Ok berbalik pada tajuk entri hari ni, untuk makan malam hari tu Ana ke 3 kedai yang berlainan untuk mencuba menu yang disediakan. Kedai pertama yang Ana terjah ialah kedai masakan Jawa katanya iaitu kedai Javanese. Tengok ramai je yang beli makanan dekat kedai ni. Ana order nasi ayam madu dan nasi ayam penyet.
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru

Nasi ayam madu dia boleh tahan sedap. Ayan tu memang terasa sungguh lah madu dia.  Bukan main leleh madu dia bagi dekat atas ayam tu. Ayam pun lembut cuma saiz dia cinonet je. Untuk makan malam ok lah kan. Kenyang lah juga.
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru

Nasi ayam penyet dia pun ok cuma tak sesedap ayam penyet di restoran-restoran ayam penyet asli lah kan especially bab sambal tu. Tapi tak mengecewakan lah juga nasi ayam penyet ni.
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru

Menu untuk En Suami malam tu ialah nasi briyani daging. Kedai nasi beriyani ni sederet dengan kedai Javanese tadi cuma dia terletak di paling hujung. Satu pinggan nasi beriyani ni tak silap RM10.00++. Set ni lengkap dengan nasi, daging, kuah kari dan papadom.
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru

En Suami kata not bad rasa dia. Terasa juga rempah-rempah yang digunakana. Daging tu pun lembut. Pertion nampak macam sikit tapi bila makan terasa macam banyak sangat lah pulak. Selamat boleh habis.

Untuk menu tambahan (harus ada) Ana beli dim sum. Kalau tengok senarai menu dim sum yang ada agak banyak dan menarik. Tapi masa Ana sampai tu dim sum yang ada hanya ada beberapa jenis je. Yang lain laku keras. Huhu.
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru
Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru

Sebagai seorang peminat tegar dim sum, dim sum dekat sini lain dari yang lain. Kalau tengok rupa dia tak sama macam dim sum yang selalu Ana makan di Restoran Chan Abdullah. Tapi rasa dia agak menarik. Cuma sos yang disediakan hanya macam sos cili cair so tak berapa nak feel sikit lah bab tu.

Banyak lagi kedai yang Ana tak sempat nak terjah. Ada kedai jual makanan tradisi Johor macam kacang lool,  ada yang jual menu western, ada kedai jual makanan bergoreng dan banyak lagi. Next time kalau ke JB kena singgah kilang Bateri ni lagi. Memang best dan yang penting tempat dia selesa, luas dan bersih.


Kilang Bateri Tampoi - Tempat Makan Malam di JB Reviewed by Ana Suhana on November 13, 2017 Rating: 5

35 comments:

  1. Tengok menariklah kak..pakcik-pakcik PC ramai ddk JB..cousin PC cakap bila weekend atau cuti sekolah full..kadang yang duduk JB pun susah nak berjalan dan makan-makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa dan banyak pilihan sebab tu ramai suka ke sini. Kak ana pergi weekdays so memang tak ramai orang.

      Delete
    2. Nak tanya boleh . Dkt sini boleh ke buat birthday ? Mcm candlelight dinner

      Delete
    3. Kilang bateri ni dia lebih kepada ala food court. masa sy pergi ada je kedai2 tertutup dekat luar tu. Cuma baru2 ni sy difahamkan yg banyak kedai dah tutup.

      Delete
  2. ada tgk kwn akak kt johor slalu pi juga mkn kt sini...ada pelbagai jenis makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. Banyak kedai dgn pelbagai menu boleh pilih dekat sini kak.

      Delete
  3. kat kilang bateri tu mmg byk kedai makan sampai tak tau nak pilih makan kat kedai mana.. haha.. dilah pun jarang ke sana so tak tau kedai mana yg betul2 sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dilah. Byk sgt kedai sampai tak tahu nak mkn apa. Tp selesa lah dkt sini. Semua kemudahan ada.

      Delete
  4. boleh cuba nasi yam madu tu nanti bila ke JB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah kak. Mana tau kena dengan selera akak kan.

      Delete
  5. rupa rupanya hasil kilang beteri tp cantik tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Hasil tangan pertubuhan JOHO. kreatif sgt.

      Delete
  6. Nampak sedap makanannya sis.. kawasan pun cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh plan ke sini nanti tuan. Selesa bg yang berkeluarga juga.

      Delete
  7. TQ sebab bagi infor ni. saya tak pernah lagi sampai sini

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik tu ha..akak blom pernah sampai kat sini lagi

    ReplyDelete
  9. selalu dgr cite psl kilng bateri ni...byk jugk mknn kt situu

    ReplyDelete
  10. Menarik tempatnya.. Yang dimsum tu nampak best..

    ReplyDelete
  11. Macam best je tempat ni Kak Ana. Nanti boleh terjah ni bila turun JB

    ReplyDelete
  12. kalau g sini kan...rambang mata,tak tahu nak makan yang mana satuu...

    ReplyDelete
  13. cantik view kat situ. makanan pun nampak menyelerakan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Wah, menarik..
    Tapi entah bila boleh sampai ke sana.. Jauh

    Patut lah susah nak jumpa batery Eveready skrang ni..

    ReplyDelete
  15. Seronok la jadi kak Ana nie..jalan2 je..hihi..bnyk tmpt2 yg best sy x prnh jejak lg..wuwuwuwu

    ReplyDelete
  16. Macam cantik jugak tempatnya ye Ana. Hakak ni nama je org Johor tp sampai tak lagi hihi...Apa yg kuning kuning tu dekat ayam tu Ana. Nak kata tempe tak mcm tempe....tp jenuhlah akak fikir apa ke bendanya tu.
    Hakak pun peminat dimsum jugak Ana. Yelah lain pulak rupa dimsumnya. Sedap ke?

    ReplyDelete
  17. Nampak selesaa sangat tempat ni. Pilihan makanan pun banyak :)

    ReplyDelete
  18. banyaknya makanan akakk.. smua sedap2 tngookk

    ReplyDelete

  19. Tengok gambar makanan pun da menyelerakan.. yumm2-salam sayang kekja-

    ReplyDelete
  20. Amboi nama bukan main ya Ana

    Memang asal kilang bateri ya

    ReplyDelete
  21. Creative sangat derang transfer jadi tempat makan. Baru tahu kisahnya begitu yer.... Nampak sedap lah nasi ayam madu Ana tuh. Bila ada pelbagai jenis menu tu memang best lagi2 kalau dlm family members tuh ada yang suka western, ade yg suka noodles ade yang suka pedas. HAHAH! senang nak pilih.

    ReplyDelete
  22. suka tgk design kedai makan !!!! cantekk =D

    ReplyDelete
  23. Saya teringin sangat nak pergi sini. Kawan-kawan saya selalu cakap tempat ni best.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.