Forest City Gelang Patah, Johor Bahru - Ana Suhana

Nov 1, 2017

Forest City Gelang Patah, Johor Bahru


Forest City Gelang Patah, Johor Bahru | Assalamualaikum. Antara tempat popular untuk beriadah pada hujung minggu di JB ialah di Forest City Gelang Patah. Jarak perjalanan dari bandar JB sekitar 20 minit. Baru Ana perasan yang jalan raya di JB tak lah sesak macam di KL atau Melaka. Kebanyakan masa sangat lengang dan tak terlalu sesak even during peak hour macam masa balik keje kan. Rasa relax je bila drive di JB ni. So walau jarak satu tempat ke satu tempat tu nampak macam jauh tapi bila jalan clear kejap je dah sampai.
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor

Forest City Gelang Patah, Johor Bahru | 

Forest City yang terletak di Kampung Tanjung Kupang bersebelahan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas pada awalnya merupakan kawasan hutan paya bakau dan didiami oleh penduduk tempatan yang bekerja sebagai petani dan nelayan.  Kini Forest City sedang menjalani proses pembangunan hartanah mewah dan elit. Sumber : Wikipedia
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor

Masa Ana sampai ke sini dah agak lewat dalam pukul 6 macam tu. So tak dapat lah nak lepak lama-lama dekat sini. Rasa ralat lah sikit sebab cantik kawasan dekat Forest City ni. Ada kerusi pantai lagi disediakan untuk para pengunjung menikmati pemandangan pantai dekat sini. Pondok-pondok rehat pun ada banyak. Memang selesa habis lah. Cumanya pantai dekat sini dilarang untuk mandi. Memang sentiasa di awasi oleh guard bertugas. Salah sikit tunggu lah wisel dia berbunyi. Huhu.
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor

Antara yang menarik lagi dekat sini ialah terdapat beberapa sculpture haiwan laut seperti singa laut, ketam, ikan Dory dan penyu dibina untuk tarikan pengunjung. Memang rata-rata akan bergambar sakan lah dekat sculpture ni termasuk tuan punya blog ni. Hehe.

Baca juga : Kenapa perlu bawa anak-anak ke Zoo Johor?
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor

Ada juga bunga LED "ditanam" di sini sebagai hiasan taman. Tapi sebab Ana tak tunggu sampai malam tak dapat lah nak tengok keindahan warna warni bunga LED tu bila dipasang.
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor

Masa Ana jalan kaki dari tempat parkir ke taman cantik ni, Ana perasan ada 2 kolam mandi dekat Forest City ni tapi masa tu tengah dalam proses baik pulih. So Ana tak pasti kolam tu dah ready atau tak dan di buka pada orang awam atau tak.
Forest City Gelang Patah,  Johor
Forest City Gelang Patah,  Johor

Ana tak habis tawaf dalam bangunan yang ada dekat sini. Belah atas bangunan ada pameran hartanah.  Dan di tingkat bawah ada surau dan tandas Ana ada nampak satu kafe ni tapi takde pula orang yang makan dekat situ. Jadinya Ana terus decide makan di Kilang Bateri je balik dari Forest City ni. Nanti Ana update cerita makan-makan di Kilang Bateri pula ye.

Tetiba teringat masa masuk dari exit highway nak ke Forest City ni dah ada guard dekat depan tempat masuk tu. Bagusnya setiap kereta yang lalu guard tu akan tabik hormat. Agaknya berapa ratus kali dia tabik dalam sehari ye. Dekat tempat parking pun sama. Tabik sokmo dorang ni. Kita pun buka lah tingkap say thank you. Hargailah mereka juga!!!



28 comments:

  1. menarik juga tmpt ni...yg telur tu cun hehe

    ReplyDelete
  2. Menariknya tempat ni. mula2 ingatkan telur betul tapi takkan besau sangat. haha

    ReplyDelete
  3. jalan sakan ana di jb. mama x penah sampai lagi forest city. peramah guard tu ye mcm kt opis mama asyik tabik je haha

    ReplyDelete
  4. Bestnya..kolam mandi tu best...bunga pon best...haha....

    ReplyDelete
  5. Ceria Syafi..kak Ana..nanti Syafi dah besar (dah sekolah)..galakkan Syafi buat journal kak..

    ReplyDelete
  6. wow! baru tahu pasal tempat ni. Thanks for sharing ana

    ReplyDelete
  7. forest city ni hotel ke ...nnti bole g jln2 situ...

    ReplyDelete
  8. dah g jugak sini...tapi masa tu g time tengahari..panas yaampun...tak dan nak ambek gamba..rugi sangat..xdpt nak buat kenangan..

    ReplyDelete
  9. Scuplture bagai memanggil2 akak ha...cantiknya..rasa nak bergambar kat penyu tu la..siyes macam real..

    ReplyDelete
  10. wahh dah lama dah sy tak jejak johor ni. biasa dulu pergi rumah kakak

    ReplyDelete
  11. bestnya...done follow,follow me back http://www.pokucu.com/ ...

    ReplyDelete
  12. Asal pijak rumput,dia tiup wisel kan. Hee. Yg guard tabik tu kami siap kuar tgn tabik smla. Msti lenguh tgn dia.

    Wah. Ada bunga led .mesti cantik malam2 ni. Reen g taun lps xde lgi..

    ReplyDelete
  13. Menarik.
    belum sampai lagi kat tempat ni

    ReplyDelete
  14. cantiknya !!!! bila la kakak dapat turun Johor lagi.. huu~ hari tu tak dapat explore beriya pon..

    ReplyDelete
  15. View yang cantik orangnya pun comel comel lagilah yang budak kecik tu hehe

    ReplyDelete
  16. cantiknyaaa tempat ni. banyak kali plan nak JJCM area Johor tapi tak kesampaian lagi. JB pun CT tak pernah sampai. heee..

    ReplyDelete
  17. Bestnyaa! Nampak cantik kawasan dia :)

    ReplyDelete
  18. Ohsemnya tempat ini.. Bilalah nak sampai..

    ReplyDelete
  19. Wah lawa lah tempat ni

    Memang syok kalau ibu dapat pergi

    ReplyDelete
  20. Bestnye..bab telur penyu tu..memang nampak real..

    ReplyDelete
  21. Wah...cantiknya tempatnya ni...boleh pergi juga ni sesekali bawa anak-anak.

    Jemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi

    ReplyDelete
  22. yep.. landskap di forest city mmg awesome...

    ReplyDelete
  23. Series sangat cantik ! Ju tau pasal forest city ni melalui event dinner yang ju attend selasa lepas. Alhamdulillah dapat tajaan 3 hari 2 malam dekat sini. Belum bkesempatan update dekat blog. Dari apa yang dikongsikan daei penganjur event kepada kami mgenai forest city ni melibatkan kerjasama dari negara luar visi untuk mewujudkan bandar hijau di Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Belum ada kesempatan nk dtg cn.. bestnye..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤