Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel - Diary of Ana Suhana

May 29, 2017

Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel l Assalamualaikum. Hari ke-2 di Melaka, lepas check out dari Hotel Sentral Riverside Melaka Ana check in di Euro Rich Hotel.  Untuk 2 hari pertama di Melaka memang Ana plan stay di hotel-hotel mampu milik. Walaupun di kategori sebagai hotel bajet tapi sangat selesa. Berbaloi-baloi dengan apa yang di bayar.


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel - Kredit Agoda

Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel


Euro Rich Hotel ni terletak di Jalan Plaza Makhota 13. Kalau nak ke Makhota Parade dalam 5 minit je naik kereta. Senang kata memang dekat lah dengan bandar Melaka. Terdapat 7 jenis bilik di sediakan dekat sini. Dari bilik Superia King hinggalah Family Premier Extra. Harga pula bermula dari RM61 hingga RM151. Tu tak termasuk 6% cukai. Harga ni pada harga weekdays tau. Kalau weekend mahal lebih kurang RM20.

Memandangkan hotel ni terletak di bangunan pejabat so parkir lah kereta dekat mana-mana petak parkir yang kosong. Tapi don't worry sebab memang banyak je parkir kosong. Tak perlu berebut atau menunggu pun. Dan jangan lupa gores kupon parkir. Kalau tak, free-free je dapat surat cinta dari MBMB.

Masuk-masuk je hotel ni,  Ana macam tercengang kejap. Mana taknya,  dekorasi bahagian lobi dia punya lah cantik. Rasa macam dalam citer Alice in Wonderland je. Wangi pulak tu. Kalau kata kena tunggu lama sementara bilik siap pun memang takde masalah langsung. Sebab confirm akan selesa. Tapi masa Ana check in memang kejap sangat. Tak sempat nak duduk dekat kerusi cantik tu.


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Dah selesai urusan check in, masa nak naik ke bilik ada satu peristiwa kelakar. Dengan penuh semangat ni nak naik bilik dengan beg besar gabak, tekan-tekan lif tapi tak menyala. Puas tekan sana sini tak juga menyala. Dah kenapa lif ni, tak kan rosak pula. Kebetulan ada sorang staff lalu dekat situ terus lah kitorang tanya. Rupa-rupanya kena tekan betul-betul guna ibu jari. Macam nak scan ibu jari masa buat passport atau IC tu. Mak ai, canggih sungguh lif dia ni. Tak pernah jumpa lagi lah lif cenggini. Haha. 

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Dekat sini Ana booked bilik Deluxe King dengan harga RM67.94 tidak termasuk breakfast. Bilik dia memang luas dan selesa sangat lah orang kata. Cuma bilik ni takde almari tau. Yang ada cuma penyangkut baju yang di pasang di tepi dinding. Ok lah kan. At least boleh sangkut tudung baju semua. Kettle dan teh / kopi ada di sediakan. Don't worry. Bilik air pun besar cuma takde shower area. So bila mandi memang akan basah lah satu toilet dan kena selalu berhati-hati sebab licin. Lagi satu aircond dia lambat sejuk. Dah lah Melaka ni panas kaw kaw. Tapi bila malam, semua masuk dalam selimut juga sebab bilik dah fully sejuk.


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Overall Ana memang puas hati lah stay dekat sini.  Dengan harga yang murah dapat pula bilik yang luas dan selesa, memang rasa sangat berbaloi. Takde dengar bunyi bising pun. Tenteram nak berehat. Korang kalau nak ke Melaka dan masih tercari-cari hotel bajet yang selesa, why not try stay dekat sini. InsyaAllah puas hati. 










16 comments:

  1. Wahh.. bilik sebesar tu harga cuma rm67 je ana.. murah sgt la tu.. sbb bilik dia nampak besar..

    ReplyDelete
  2. wow bestnyaaa.... cantik pulak tu

    ReplyDelete
  3. Jarang nk jumpa bilik besar dengan harga macam tu..memang untung sangat!!

    ReplyDelete
  4. Pernah plan nak pergi trip bajet ke Melaka tp last minit tak jadi.. If one day ade rezeki untuk pergi, boleh try la hotel ni.. hehe

    ReplyDelete
  5. Tak[e murah janji selesa..nt kalau ke melaka boleh cuba lah hotel ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya Ana, dah la murah.. cantik dan selesa pula tu..

    ReplyDelete
  7. murah tu..tp sy kg kat melaka..balik tdo umah family je..hehe..memang melaka panas sgt..huhu

    ReplyDelete
  8. Mamat merah tu kan..mana2 sure ada..hehehe..akak pi melaka mmg jarang tido sana..

    ReplyDelete
  9. Murah betul, boleh la check in lepas pose ne

    ReplyDelete
  10. Tak sangka menarik rupanya Euro Rich Hotel ni Ana..
    Dekat juga dengan Dataran Pahlawan..
    Menarik 👍

    ReplyDelete
  11. Cantiknyaa sis. Aduh, rasa nak travel ke Melaka pula. hehehe

    ReplyDelete
  12. Wah berbaloi lah k.ana harga bilik dengan bilik yg cantik & besar macam tu

    ReplyDelete
  13. Wah.. bestlah.. boleh masuk list nie..

    ReplyDelete
  14. Murahnya sis.airah memang plan nk ke melaka next trip hihi boleh masuk dlm list hotel ni

    ReplyDelete
  15. Murahnyaaaaaaaaa! Harga murah dengan bilik cantik camtu, memang sure berbaloi. Bestnyaaaa! Kalau ada peluang ke Melaka tahun ni, Siqah stay hotel ni. Hehe.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤