Resipi Ketam Masak Kari (Rempah Darat) - Ana Suhana

Nov 4, 2017

Resipi Ketam Masak Kari (Rempah Darat)


Resipi Ketam Masak Kari (Rempah Darat) | Assalamualaikum. Salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah ketam. Selalunya cara paling mudah untuk masak ketam ialah rebus bersama serai. Tu dah cukup sedap dah. Terasa kemanisan ketam tu. Ada yang namakan ketam rebus ni sebagai sup ketam yang mana elok untuk dimakan pesakit yang kena denggi. Kali ni Ana nak share resipi ketam masak kari atau dipanggil juga ketam masak rempah darat. Sesekali dapat makan ketam kari memang bertambah-tambah nasi ke dalam pinggan.

Baca juga : Resipi Kambing Masak Masala
Resipi Ketam Masak Kari (Rempah Darat)
Resipi Ketam Masak Kari (Rempah Darat)

Resipi Ketam Masak Kari (Rempah Darat)


BAHAN-BAHAN :

1. Ketam - 4 ekor (saiz besar)
2. Rempah kari ikan - 1 paket kecik
3. Bawang Merah - 10 ulas *
4. Bawang Putih - 5 ulas *
5. Halia - sedikit *
6. Daun Kari - 3 helai **
7. Kelapa 1 biji - perah santan pekat sahaja

* di mayang halus
** di bancuh dengan air

CARA-CARA :

1. Tumis bawang putih (separuh), bawang merah (separuh), halia dan daun kari sehingga kekuningan. 

2. Keluar dan letak tepi bahan yang di tumis di atas. 

3. Tumis lebihan bawang putih dan bawang merah yang tinggal bersama rempah yang di bancuh. Tumis sehingga pecah minyak. 

4. Masukkan sedikit air, garam dan ketam.

5. Bila dah mendidih masukkan santan.  Masak sehingga kuah menjadi pekat. 

6. Tutup api dan taburkan bawang-bawang yang ditumis awal tadi ke atas masakan. 

TIP :

Selalu masalah nak makan ketam ialah bab penyepit dia yang keras tu. So nak bagi mudah masa makan, selepas cuci ketam ketuk penyepit tu pakai batu lesung bagi crack sikit. InsyaAllah masa makan senang je nak buka kulit keras di bahagian penyepit tu.

15 comments:

  1. Kuahnya tu sedap sebab dah sebati dengan pati dari ketam...fuhhh...

    ReplyDelete
  2. lama xmasak ketam..dapnye tp mkn ketam kena ati2 ..kn terkena sepit sakit

    ReplyDelete
  3. Terliurrrr tgk..hntr kt reen skit ana. Hee

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya Ketam. Masak apapun mesti org suka

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum ❤ ju datang blogwalking malam ni. Alhamdulillah. Lama xlawat rakan2 blogger =)

    Aah ju pun ada dgr sebelum ni sup ketam ni bermanfaat kepada phidap denggi. Btw, nampak menarik dan lazat menu ketam masak rempah ni. Jenis lauk yang jarang ada didapur, bagi ju bila nak masak tu confirm balik2 nak tmbh nasi =D

    ReplyDelete
  6. Kalau dapat ketam yang masih fresh masak apa pun sedap.

    ReplyDelete
  7. teringat masa kakak kena denggi, dia sakit tak selera so makan sup je..kami yang sihat tapau ketam..huhu

    ReplyDelete
  8. Lama tak makan ketam..nanti boleh try la nti

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan ketam..nanti boleh try la nti

    ReplyDelete
  10. Owh.. Ada ye masak rempah darat.. Nice.. Sha pun selalu ketuk dulu sepit tu baru masak.. Senang nak makan.. Hehehe..

    ReplyDelete
  11. Fav miza sekeluarga... miza pun buat macam ana jugak ketuk2 dulu baru masak nanti nak makan senang lepas tu rempah pun meresap elok je kan

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaa. Selalu buat masak lemak aje. Boleh try lah lepas ni :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤