Resipi : Kambing Masak Masala - Diary of Ana Suhana

Jul 19, 2017

Resipi : Kambing Masak Masala


Resipi : Kambing Masak Masala | Assalamualaikum. Ada peminat kambing tak dekat sini?  Kalau ada kita geng. Ana baru start suka makan kambing dalam 2-3 tahun lepas. Kalau tak, memang tak boleh makan langsung. Akan pening kepala di buatnya. Maybe dah set dalam kepala masa tu, makan kambing je mesti pening. Padahal ok je bila makan sekarang ni. Hehe. Hari ni Ana nak share resipi kambing masak masala yang jadi favorite dekat rumah mak. Dekat rumah Ana memang tak kan masak resipi ni sebab En Suami memang tak makan kambing. So kalau nak masak, boleh masak kari daging lembu je. Hehe. Sama je resipi dia. Daging je yang tukar.

Baca juga : Resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri
Resipi : Kambing Masak Masala
Resipi : Kambing Masak Masala 

Resipi : Kambing Masak Masala

Saiz Hidangan : 10 orang makan 

BAHAN-BAHAN

1. Daging Kambing - 1 kilo
2. Rempah Kari Daging Babas - 2 paket kecik
3. Halia - 2 inci *
4. Bawang Merah - 10 biji *
5. Bawang Putih - 10 ulas *
6. Daun kari - 2 tangkai
7. Rempah 4 beradik 
8. Kelapa - 1 biji ( perah untuk dapatkan santan pekat) 
9. Gula Kabung - sedikit
10. Serai - 1 batang (di titik)
11. Daun pandan - 1 helai (optional)

* hiris dan kisar

CARA-CARA

1. Rebus daging kambing sampai empuk.

2. Panaskan minyak kemudian tumis 4 beradik dan daun kari sampai naik bau.

3. Masukkan rempah yang di kisar dan kacau sehingga naik minyak.

4. Kemudian masukkan daging kambing dan santan. Masukkan garam, aji dan gula sehingga cukup rasa. Masukkan juga gula kabung, serai dan daun pandan.

5. Masak sehingga kari menjadi pekat dan tutup api.

6. Siap di hidang. 


26 comments:

  1. nampak ptg ni kena g pasar!!!! btw boleh gnti daging lembu kan..hihihihi...craving terus

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...tgk gambar pun dah telan liur

    ReplyDelete
  3. ya Allah kak, sedapnya tengokkkkkkk! teringin pula nak rasa haha.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Ana.... selalu buat kambing bakar jew nak kena try resepi ana pulak ne

    ReplyDelete
  5. sedap nampak menyelerakan (^_^).tambah nasi..

    ReplyDelete
  6. Nampak menyelerakan... tapi saya tak dapat makan kambing... huhu

    ReplyDelete
  7. kak ana, sedapnya. tengok gambar pun dah boleh terliur hee

    ReplyDelete
  8. tadi mencari kambing kat mydin.
    hampir nak beli. tetiba serrrrrammmm, ana.
    sabtu nanti la nak ke pasar besar nun.
    beli situ. baru yakin ia nya adalah daging kambing :)
    nak buat kari.
    tapi tgk la. resepi ni mcm ok.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wrmbth

    Alamak cik suhana. Sedapnya kambing tu

    Nampak mengiurkan

    Memang peminat masakan masala

    Sebab rasa dia

    Bau dia pun membangkit selera

    Rempah dia memang cukup

    ReplyDelete
  10. this is my fav la..cicah cekodok ke..roti canai ke...huiiiii....kelasssss

    ReplyDelete
  11. Makan dengan roti...sedap ni...

    ReplyDelete
  12. wah2 ana...main kasar ni...lina xpernah masak kambing tau...bolehla cuba resepi ana ni nanti

    ReplyDelete
  13. kak! elsa dah bookmark resipi nie hahaha. maknanya apa? maknanya nak try masak lah hikhik

    ReplyDelete
  14. Sedapnyaaa! πŸ˜πŸ˜πŸ‘

    ReplyDelete
  15. nampak cam senang plak resipinye ek

    ReplyDelete
  16. sedapnya kambing. feberet tu. dah ada resepi kena try suatu hari nanti. nyummm

    ReplyDelete
  17. Wow sedapnya.. pandai ana masak

    ReplyDelete
  18. CR pun dulu tak minag jugak makan kambing. Tp baru ni ada jmuan dkt tmpt keje dieorg wat kmbing bkr..jadi terus minat.hee

    ReplyDelete
  19. sedapnya ana.. Dilah pun tak pernah masak kambing kat rumah.. dulu dilah pun tak makan kambing.. tp sejak dah kerja baru pandai mkn kambing.. haha

    ReplyDelete
  20. Apa saja berkaitan kambing, Siqah suka 😍

    ReplyDelete
  21. Pepagi ternampak kambing.. Melelh air liur dibuatnya.. Hehehe.. Sha suka kambing tak kiralah masak apa pun..

    ReplyDelete
  22. bila boleh terjah rumah akak ni ? nak makan kambing.. dap nye..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤