Resipi Cendawan Inoki Goreng Jintan - Ana Suhana

Nov 5, 2017

Resipi Cendawan Inoki Goreng Jintan


Resipi Cendawan Inoki Goreng Jintan | Assalamualaikum. Dah lama teringin nak buat cendawan inoki goreng ni sebenarnya. Tapi hari demi hari tak terbuat-buat pun. Padahal senang sangat nak gorengnya. Baru-baru ni dekat rumah ada stok cendawan inoki so terus lah cuba goreng cendawan inoki ni. Mula-mula Ana goreng kosong saja maksudnya hanya guna telur dan tepung goreng serba guna tu tapi rasa dia tak berapa nak sedap. Macam plain sangat rasa dia. Tak syok nak makan. Jadi Ana masukkan jintan nak bagi ada rasa dan bau yang wangi. Memang menjadi resipi ni. Sedap dan rangup masa makan. Sesuai untuk jadi kudap-kudapan masa rehat atau masa menonton. Jom kita cuba resipi Cendawan Inoki Goreng Jintan ni.

Baca juga : Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang
Cendawan Inoki Goreng Jintan
Cendawan Inoki Goreng Jintan
Cendawan Inoki Goreng Jintan

BAHAN-BAHAN :

1. Cendawan Inoki
2. Telur
3. Tepung goreng serba guna
4. Serbuk jintan *

* Jintan manis, jintan putih dan ketumbar disangai (digoreng tanpa minyak) sampai wangi kemudian dikisar

CARA-CARA :

1. Cendawan inoki di potong bahagian bawah dan leraikan kepada bahagian kecil. Kemudian basuh dan tapis untuk buang air.

2. Pukul telur sehingga kembang di dalam pinggan.

3. Gaulkan tepung goreng dengan serbuk jintan di dalam pinggan lain. Ana masukkan sedikit garam sebab tepung goreng yang Ana guna tawar.

4. Celup cendawan satu per satu ke dalam telur kemudian salut dengan campuran tepung dan terus goreng ke dalam minyak yang dah panas. Guna api sederhana untuk elak cendawan terlalu cepat garing atau hangus.

5. Cendawan yang siap di goreng di tos minyak ke atas kitchen paper sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

14 comments:

  1. Sedapnyaaa cendawan celup tepung. Crunchy gitu 😍

    Eh kita pun update resepi harini. Hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak ana. ni kalau makan takde tinggal sisa ni hehe

    ReplyDelete
  3. Uihhh tak rasa pun boleh rasa dia punya cruchy tu. Huhuhu terliur makkk

    ReplyDelete
  4. wah celup tepung ye...slalu guna cendawan enoki masak sup sayur

    ReplyDelete
  5. fuhh terliur baca entry ni.apalagi musim hujan ni perut laparrr je...irda selalu gak buat tp beli tepung ready made kat speeemart tu je ana..tepung tu je sedap..tepung lain xjd..next time irda share tepung tu ya..bytheway nak try jugalah resipi ni..ohye irda ada buat giveaway..jemput join ana.

    ReplyDelete
  6. Apa rasa cendawan nih eh...Mimi x pernah makan pun

    ReplyDelete
  7. Wow sedapnya .. boleh Cuba letak jintan jugalah nanti

    ReplyDelete
  8. Terbaiklah kak...daripada makan junkfood baik makan ni kak...berkhasiat 😊

    ReplyDelete
  9. Wah.. Sedapnya.. Boleh buat snek sambil menonton drama korea nie..

    ReplyDelete
  10. Tak tau pulak cendawan inoki ni pun boleh digoreng macam ni. Bila campur jintan2 tuh sure rase die unik kan? Bolehla kucuba one fine day nanti. Heheh...

    ReplyDelete
  11. nampak cam sedap tu ana. good sharing

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤