Resipi : Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang


Resipi Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang
Resipi Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang 

Resipi Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang l Hari ni sis dah share satu resipi yang sangat bersesuaian sempena bulan Ramadhan yang akan datang ni. Sebabnya resipi ni kita boleh buat awal-awal dan simpan elok-elok dalam bekas. Sesuai semasa bersahur mahupun berbuka. Boleh makan dengan nasi atau pun roti. Sis siap jual dekat office suami tau. Laku keras. Ni pun ada demand untuk bulan puasa ni. Jom tengok bahan dan cara-cara untuk masak Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang. 

BAHAN-BAHAN

Kacang Tanah - 200 g
Ikan Bilis - 100 g 
* Cili Kering - 10 tangkai (rebus sampai kembang) 
* Bawang Merah - 2 -3 biji
* Bawang Putih - 2 ulas
Garam
Gula
Perasa tambahan

* Di kisar menggunakan sedikit air


CARA-CARA

1. Goreng kacang tanah sehingga masak menggunakan api sederhana. 

2. Goreng ikan bilis sehingga garing.

3. Tumis bahan yang telah di kisar menggunakan minyak yang sedikit.

4. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula

5. Kacau sehingga pecah minyak. Kemudian tutup api dan biarkan sambal seketika.

6. Masukkan semua bahan di atas di dalam satu bekas dan gaul rata. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara. 


NOTA TAMBAHAN

1. Kalau korang suka sambal yang pedas boleh masukkan sedikit cili api.

2. Kalau yang suka tempe boleh masukkan juga. Hiris nipis dan goreng garing.

3. Bilis yang baik ialah bilis yang dah di kopek kulitnya. Untuk jadikan bilis rangup, korang boleh jemur ikan bilis di bawah matahari sekejap sebelum menggoreng. 

4. Kacang dan ikan bilis yang telah di goreng di letak secara berasingan dan di biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasan. Ini bertujuan untuk kekalkan kerangupan bila di simpan.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

38 comments:

  1. wow! simple and sedap...
    nnt mau cuba buat ni :)
    thanks Ana for sharing this.

    ReplyDelete
  2. Hehehe...kadang PC buat..tempe,ikan bilis dan kacang campur sekali...bukan buat lauk..tapi jadikan kunyah2 masa tengok tv...

    ReplyDelete
  3. Uihh sedap betul ni. Saya suka betul kalau dapat makan2 gitu je ikan iblis ni. sambil buat kerja sambil makan . hihihi *patut tak penah kuruih. sobs

    ReplyDelete
  4. WAH SEDAPNYA...SAYA SUKA MAKAN NI MASA SEKOLAH SEBUNGKUS 50SEN...HIHI

    ReplyDelete
  5. Huh sedap tu.. Tapi kerajinan nak membuat tu lahaiiii sngat tipis.. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Campur sekali tempe goreng garing potong kecik2
    Lagi marveles Ana.

    ReplyDelete
  7. sedap ,suka dengan kerangupan ikan bilis.(^_^).

    ReplyDelete
  8. FAV all time buat kudapan depan tv hahahaha. Tapi ira kalau makan suka korek bilisnya baru kacangnya 😅

    ReplyDelete
  9. Kak ana, ada jual tak. hahahaha nampak tak pemalas uyul nih hahaha.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  10. aah mmg perlu juga buat ni dekat ruma bg Ju. masa malas nak masak atau slera xbrpa nak bkenan dekat tekak, bole je mkn ni ngnn nasi panas2.. =D

    ReplyDelete
  11. Menu paling sempoi untuk juadah sahur nie Ana..
    Makan lak dengan nasi.. memang seleralah..

    ReplyDelete
  12. Huarghh terliurnya tengokkk.. Nanti nak buat la.. XD

    ReplyDelete
  13. nampak sedap..lauk2 mcmnie la baru ada selera makan time bulan puasa..lebih2 lagi time sahur.. tq tau sharing resepi ni..;p

    ReplyDelete
  14. menu paling win time bulan puasa ;)

    ReplyDelete
  15. will try soon.. hihii sdapp nie.. mkn time tgok tv syokk..

    ReplyDelete
  16. Adoi!!! kecur air liur tengok gambar tu.

    Nak cuba jugaklah guna resepi AS ni

    ReplyDelete
  17. Kalau saya macam tak suka sangat makan dengan nasik atau roti. Suka makan kosong macamtu je, hehe buat macam jajan. :P

    ReplyDelete
  18. Sedapnya.. boleh cuba nanti nie Ana..

    ReplyDelete
  19. sedap ni tp kan jue pantang makan kacang n ikan bilis.. naik jerawat dan gatal.. huhuhu.. tp pantang nampak jue telan.. sakit belakang kira hhehehhe

    ReplyDelete
  20. Lauk peberet akk ni tau. Akk suka masak bebyk, simpan. Lelagi bln pose. Kalau xsmpat sahur tu...

    ReplyDelete
  21. wowww... ni mmg fav dilah ni ana.. dulu time bulan puasa mmg request mak buat banyak2.. then kitorg balik tapau sorang 1 tippuware.. mmg buat lauk utk berbuka & berpuasa.. yg ana buat ni pun nampak sedap sangat dgn ikan bilis tu banyakkkkkk.. bestnyaa... thanks for sharing this recipe.. boleh try la nanti..

    ReplyDelete
  22. tgh plan utk bisnes sambal ni sbnrnya.. huhu

    ReplyDelete
  23. Sedapnya!! Senang je teringin nak buat

    ReplyDelete
  24. Sedap nii makan dengan nasi panas begitu saja 😍

    ReplyDelete
  25. fav liez jugak.. nak kena buat ni

    ReplyDelete
  26. Aisehhh..ni feveret ni weh. Kalau makan ni, nasi tak sedar tambah bersenduk-senduk. Huhuhu...

    ReplyDelete
  27. Rajinnya awak Ana....siap menjual lagi.
    Kalau untuk makan sendiri bilis tu bubuh lebih..

    Pergh! Tak sedar laki lalu belakang hihi

    ReplyDelete
  28. Assalam Anna.. Kacang nya nampak sedap Insyallah belum buat ni tuk puasa nanti. Thanks again.

    ReplyDelete
  29. dlu mak selalu buat.. hehe. ni boleh simpan untuk puasa ni. hehe. sedap!

    ReplyDelete
  30. tak yah nasi pun boleh kunyah2 telan..kunyah2 telan..hehe

    ReplyDelete
  31. simple but nice..makan macam jajan jak ni

    ReplyDelete
  32. sekali duduk ja ni, terus habis 😍 dah lah sy suka kacang 😁

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤