Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru - Ana Suhana

Nov 23, 2017

Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru


Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru | Assalamualaikum. Masa bercuti di Johor bulan lepas, memandangkan takde sedara mara di sana jadinya kena lah menginap di hotel. Semasa di sana Ana menginap di Hotel Grand BlueWave Johor Bahru selama 4 hari 3 malam. Hotel ni dipilih sendiri En Suami lepas review beberapa hotel yang lain. Ana ok je lah sebab dia yang bayar kan. Hehe.

Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Memandangkan Ana check in weekdays so proses check in sangat cepat. Ana sampai dalam pukul 3 macam tu so memang sedang elok lah untuk check in kan. En Suami yang uruskan proses check in. Ana duduk je lah menunggu dalam kereta. Tak sampai 10 minit dia datang semula dan boleh terus naik bilik dari parking lot tu. 
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Asalnya En Suami book bilik Studio Queen tapi rezeki kami sekeluarga dapat bilik yang di upgrade ke bilik Queen Executive. Memang best sangat. Bilik dia punya lah besar untuk kami berempat. Syafi siap boleh marathon dalam bilik tu.

Masuk-masuk nampak ruang tamu yang luas. Ada sofa untuk melepak sambil menonton, meja kerja di tepi pintu dan juga meja makan bulat.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

View bilik menghadap tambak Johor. Nampak lah juga bot-bot lalu dekat situ. Kalau dulu view dia memang best sebab kita boleh nampak tambak tu dengan jelas. Tapi sekarang agak terhalang sebab ada pembinaan berhadapan hotel Grand BlueWave ni.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Jalan ke dalam sikit nampak ruang pantry. Luas juga kawasan pantry ni. Kelengkapan seperti microwave, stove, mini bar, kettle, cawan pinggan semua ada. Tinggal nak guna je. 
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Lepas dari pantry baru jumpa bilik tidur. Pun luas juga. Rasa macam kaya sekejap dapat bilik besar macam ni. Haha. Dalam bilik pun ada tv tapi jenis yang lama lah. Bilik air hanya ada dalam bilik je. Siap ada bath tub lagi. Syafi lah paling seronok dapat berendam dalam tu.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Bab bilik memang puas hati. Setiap pagi ada surat khabar dihantar depan pintu bilik. Ana kalau duduk di hotel menang tak kan minta housekeeping datang kemas bilik. Hanya kaan request toiletries dan coffee and tea je. 

Cuma bab sarapan je ada fail sikit. Bukan fail apa pun hanya menu sarapan benda yang sama je. Tak berapa nak banyak pilihan. Cuma tukar jenis mee dan nasi je. Yang lain sama saja. Ana hanya turun sarapan 2 kali je sepanjang 4 hari di sana. So far ok jer sebab tak sarapan banyak pun kan.

Baca juga : Sarapan di Restoran Kacang Pool Haji Larkin

Overall Ana sekeluarga memang puas hati lah stay di Grand BlueWave ni. Service semua baik. Korang kalau nak ke JBCS  Mall, pihak hotel ada sediakan shuttle van untuk hantar korang ke sana. Cuma perlu confirm dengan receptionist je. 

15 comments:

  1. syok dlm bilik ada bathtub..hotel ni slh satu hotel panel company juga tp xpernh stay sini masa outstation johor..akak stay hotel panel yg lain The Zon Regency Hotel

    ReplyDelete
  2. waaah, lawanya biliikkk.. seronok betul

    http://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. lawa biliknya tu puas hatilah kalau duduk kat situ kan

    ReplyDelete
  4. Luas sangat ni...maksimum..super selesa..alhamdulillah..kak Ana,Syafi tak ajak pegi mandi kolam ke...

    ReplyDelete
  5. cantik ana hotel ni....lina pun teringin tau duk kat hotel bila balik JB...tapi rugi je rasa sebab rumah ny dekat....haha...tgk jelah dari jauh...

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan hotel ni. Boleh dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  7. Best la...semuanya besar..luas dan selesa....

    ReplyDelete
  8. Bilik dia besar. Kalau family besar pun macam okey je nak stay situ. Tgk si syafi kecik molek je nampak duk dalam bilik besar cemtuu. Eiii, gigit kang. Haha

    ReplyDelete
  9. Bab makan tu kalau saya tak berapa penting sangat sebab jenis suka cari makan kat luar walaupun dok hotel..ahhahaha...Tapi bilik dia memang nampak best la..kalau ke Jb boleh la menginap kat sini..

    ReplyDelete
  10. Saya orang Johor pon tak pernah pi..hahaa~
    Bestnya ada kolam...huhu...berendam dalam bath tub lg best.... ok..part makanan, x best eh...cuma asl kenyang jela nampaknya kan~

    ReplyDelete
  11. Susun atur dan perabot yg ada nampak menarik .
    Harap pihak hotel dapat baca entri ni sedikit sebanyak dapat upgradekan menu bfast yang sedia ada .

    ReplyDelete
  12. cantiknyaaa bilik dan suasananya.. kema spulak tu.. lamanuya rasa busyra tak holiday..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤