Restoran Kacang Pool Haji Larkin - Tempat Makan Best di Johor Bahru - Ana Suhana

Nov 9, 2017

Restoran Kacang Pool Haji Larkin - Tempat Makan Best di Johor Bahru


Restoran Kacang Pool Haji Larkin - Tempat Makan Best di Johor Bahru | Assalamualaikum. Tak sah kalau turun ke JB kalau tak try salah satu menu kebanggaan orang Johor iaitu kacang pool. Dan kalau nak cuba kacang pool ni wajib terjah di Restoran Kacang Pool Haji di Larkin. Nak cari restoran ni pun senang sangat sebab ianya terletak betul-betul berhadapan dengan jalan utama dan berada di corner lot. Cuma tempat letak kereta agak terhad especially kalau pergi masa peak hour. Jadi nak elak dari sesak better pergi weekday masa off peak macam pukul 10 pagi camtu.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin 

Restoran Kacang Pool Haji Larkin - Tempat Makan Best di Johor Bahru

Sebelum ke JB, Ana ada tertengok program Taste Selebriti di Astro. Masa Ana tengok tu kebetulan program tu siarkan tentang makanan di negeri Johor dan artis jemputan dia Mawi. Dan Restoran Kacang Pool ni termasuk dalam list rancangan tu. Terus Ana "boomark" restoran ni untuk diterjah. Dannnn.....selama 4 hari di JB, Ana sempatlah singgah 2 kali di Restoran Kacang Pool Haji ni.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Mengikut cerita tuan punya restoran, resipi kacang pool ni berasal dari negara Arab tapi telah di olah mengikut selera tempatan. Kalau ikut resipi asal, kacang pool ni menggunakan minyak sapi dan minyak zaitun tapi disebabkan oleh minyak sapi boleh menyebabkan rasa muak manakala minyak zaitun agak mahal kos dia jadi tuan kedai telah olah guna minyak masak saja. Dan daging kisar dicampur bersama dengan kacang pool ke dalam resipi ini mengikut citarasa masyarakat Malaysia yang suka pada makanan berdaging.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin 

Bagi pendapat Ana, kacang pool ni sesuai untuk di jadikan menu semasa sarapan atau minum petang sebab dia tak terlalu heavy dan tak terlalu light. Orang kata sedang-sedang saja. Set menu kacang pool ni di datangkan dengan semangkuk kacang pool dan juga sekeping roti bakar yang gebu gebas. Di dalam mangkuk tu pula ada sebiji telur benjo beserta dengan limau kasturi, hirisan bawang dan cili sebagai "ulam'.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin 

Cara makan dia pula sama macam korang makan roti canai aney. Cubit sikit roti bakar gebu gebas tu dan cicah ke dalam mangkuk kacang pool tu. Kemudian amik sikit telur dan letak atas cubitan roti tadi dan terus masuk ke dalam mulut. Perghhh...memang sedap rupanya kacang pool ni. Terasa semua rempah dan kacang dalam tu. Daging pun lembut je. Macam Ana awal-awal lagi dah perah limau kasturi dalam mangkuk tu so rasa masam limau tu buat rasa kacang pool tu lagi menarik dan tak terasa muak bila makan.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
- Tempat Bakar Roti Kacang Pool

Selain dari kacang pool, ada lagi satu menu yang Ana suka sangat dekat sini. Dan menu ni sebenarnya penyebab Ana repeat sampai 2 kali ke sini. Menu yang Ana maksudkan tu ialah....lontong basah!!
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin 

Tak tahu kenapa Ana boleh jatuh cinta dengan lontong dekat sini. Sedangkan Ana buka peminat lontong pun. Aura Johor kuat agaknya ni. Hehe. Kuah lontong dia semua cukup rasa. Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Isi kiah lontong pun cukup. Ada sayur dan tempe. Bila di campurkan dengan sambal dan kuah kacang dalam tu memang sedap sangat rasanya. Sampai licin pinggan tu jadinya. Lontong dia pun sangat lembut. Sampai En Suami pun terjebak order lontong juga. Hehe.

Menu berasaskan mee pun korang boleh cuba dekat sini. Hari tu Ana sempat order mee rebus dan bihun soto juga. Mee rebus dia Ana tak berapa nak suka sebab agak pedas kuah dia. Maybe rasa dari rempah yang diguna. Selalunya mee rebus ni rasa kuah dia manis-manis berlemak. Sekali amik ko. Huhu. Bagi yang suka pedas korang boleh je cuba sebab sedap sebenarnya. Tapi sebab Ana ada gastrik tak nak lah makan pedas-pedas masa sarapan. Kang spoil mood nak berjalan.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin 

Bihun soto dia pun not bad juga. Kuah sup tu sedap dan cukup rasa semua. Cuma spoil masa Ana dapat tu kuah dia tak berapa nak panas. Suam-suam je panas dia. Ikutkan boleh je nak minta kuah yang panas sikit tapi memandangkan tu menu adik Ana dan dia pun kata ok je, so makan je lah walau tak berapa nak feel masa makan tu. Sorry gambar tak sempat nak amik.

Dan kalau korang nak makan yang berat boleh lah order nasi. Ada nasi goreng dan nasi ayam. Masa kali pertama ke sini En Suami order nasi ayam. Nasi ayam dia ok lah takde yang special pun. Tak macam kacang pool dan lontong yang marvelous tu.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin 

Restoran Kacang Pool Haji ni ada 2 cawangan tau korang. Tapi dua-dua pun di Larkin dan tak jauh antara satu sama lain. Yang Ana singgah ni di cawangan kedua restoran ni iaitu di Jalan Dato Jaafar which is katanya lebih besar dan selesa. So korang kalau ke JB jangan lupa singgah dan rasa sendiri keenakan kacang pool di sini tau. Restoran ni di buka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga malam.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin
Restoran Kacang Pool Haji Larkin 


Facebook :

No telefon :
+60137377997

Alamat :
No. 12, Jalan Dato Jaafar
Taman Dato Onn
80350  Larkin
Johor Bahru

 No. 3, Medan Selera Larkin Bomba
 Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak
80350  Larkin
Johor Bahru




29 comments:

  1. Sha tak pernah lagi berjaya try kacang pool nie.. teringin betul.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kak Ana...lontong tu kalau ada serunding tu..mmg rasa dia lain kak...sedap lain macam kan....PC bila balik kampung...sesekali ada juga pergi makan kacang pool tu..sbb ada cawangannya..

    ReplyDelete
  3. kalau balik JB mesti singgah sini makan

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Ana.. harus cuba nie kan kalau ke JB..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis Ana suhana

    Selalu berjalan ya

    Makan kacang pool

    Sodap

    Salam khamis. Kejap je dah nak cuti

    ReplyDelete
  6. Alahai sedapnya kacang pool dah bertahun2 x mkn. Mama X try lg kacang pool hj ni

    ReplyDelete
  7. Sedap kacang pool ni..walau mak pak asal Johor. Akk pernah 1x je rasa hehehe

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar tp tak pernah try pula kacang pool ni..sedap eh...

    ReplyDelete
  9. favorite akk tu..kacang pool dan lontong..sedapnyerr

    ReplyDelete
  10. Waduh waduhh kak ana. Tengah puasa ni. Hahahaha. Tertelan2 air liur den. Nampak sodap semua yummyyy :D

    ReplyDelete
  11. Baca ni rasa lapar pula. Gambar2 tu menggoda sungguh..😄

    ReplyDelete
  12. Susahnya nak makan kacang pool kat area selain johor. Pernah merasa sekali jer

    ReplyDelete
  13. Kat restoran kacang pool haji memang pernah makan sini. Sedap! Pernah update entry pasal ni jugak.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  14. Ingatkan swimming pool aje .. rupanya kacang pool pun ada . First time dengar tau .

    ReplyDelete
  15. Adududu... Mengancam perut betullah...

    ReplyDelete
  16. Fav liez tu... kacang pool buat sendiri je tau rasa... xpernah cuba yg lain...

    ReplyDelete
  17. tak pernah try kacang pool ni..boleh la cari kalau cuti2 ke Johor..Lontong mmg feveret saya..hehe..walaupun saya orang Perak..ngeee

    ReplyDelete
  18. belum cuba lagi. kena pergi JB jugak ni nampaknya.

    ReplyDelete
  19. sini yg femes kacang pool tu kn...ada kesempatan nk try la kalo ke jhr...pernh mkn kt hotel kt kl tp xbrp kena ngan tekak...kena try yg ori kt jhr agaknye

    ReplyDelete
  20. Menu menarik. Kacang Phool memang feveret Auni. Tapi suka kunyah dengan cili padi.. berdesup!

    ReplyDelete
  21. tak pena pula cuba kacang pool ni..rasa macam kuah satay ke?

    ReplyDelete
  22. Nasib baru makan kacang pool hari tu kalau tidak nampaknya kena cari kacang pool sekarang jugak haha...

    Hakak suka soto Ana... ada soto tak kat situ? Buh ayam carik banyak banyak pas tu gu kan dgn sambal kicap...mmg perghlah hihi

    ReplyDelete
  23. Disebabkan tak pernah makan kacang pool terus rasa teringin.. Semua menu menarik, makanan warisan Johor gitu..

    ReplyDelete
  24. Sedap kan kacang pool dekat sini. Next time pergi nak singgah lagi. Hahah

    ReplyDelete
  25. busyra tak penah rasa Kacang Pool lg. teringin nak tryyyy

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤