Sanggup Guna Duit Gaji Sendiri, Kejayaan Cikgu Hebat Ini Harumkan Nama Sekolah di Thailand Buka Mata Semua Pihak


Cikgu Sanggup Guna Duit Gaji Sendiri, Kejayaan Cikgu Hebat Ini Bawa Pasukan Tarian Sekolah Ke Thailand Buka Mata Semua Pihak l Assalamualaikum. Bukan mudah jadi seorang pendidik. Banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam mendidik anak bangsa. Nak tak nak para pendidik kena teruskan semangat perjuangan demi melahirkan anak bangsa yang berjaya. Bak kata petikan satu filem Melayu terkenal dulu 'Hati Kau Memang Keras Roy'.


Sanggup Guna Duit Gaji Sendiri, Kejayaan Cikgu Hebat Ini Harumkan Nama Sekolah di Thailand Buka Mata Semua Pihak


Cikgu Suliman bin Hj Hapson, seorang pendidik dari sebuah sekolah di Melaka juga tak terkecuali. Banyak cabaran dan rintangan yang terpaksa beliau tempuhi sebelum berjaya mengharumkan nama sekolah ke peringkat antarabangsa. Jom kita berkenalan dengan cikgu hebat ini.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Anak kelahiran Kuala Lumpur yang berumur 37 tahun ini telah berpengalaman selama 11 tahun dalam dunia pendidikan. Menariknya beliau menjadi pendidik buat pertama kalinya di sekolah menengah beliau sendiri hampir 10 tahun lamanya. Cikgu Suliman merupakan graduan Diploma Teknologi Maklumat dari Politeknik Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).



Sentiasa Percaya Pada Bakat Sendiri


Tak semua orang berani untuk mencungkil bakat sendiri. Kalau ada pun, mungkin simpan untuk diri sendiri. Tapi bukan pada Cikgu Suliman. Kerana beliau percaya pada bakat seni yang ada padanya, beliau memberanikan diri mengambil subjek Seni Persembahan Teater sebagai bidang minor di UPSI. Dan akhirnya tamat dengan memegang  Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pendidikan Seni Persembahan Teater sebagai ijazah keduanya.


Semasa belajar dalam bidang Seni Persembahan Teater, beliau diajar pelbagai bidang seni seperti seni lakonan, tarian, pengarahan dan juga pengurusan pentadbiran seni. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk berlakon semasa di UPSI dulu.


Minat yang mendalam dalam bidang seni dan persembahan tak terhenti di situ. Ini terbukti apabila beliau mengambil Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara anjuran JKKN & KPM yang melayakkan beliau menjadi Jurulatih Seni Budaya Negara dalam bidang tarian. Wahhh bukan calang-calang orang rupanya Cikgu Suliman ni kan. Kegigihan dan kejayaan Cikgu Suliman ni membuktikan yang kita kena sentiasa percaya pada diri kita sendiri. Jangan pernah sia-siakan bakat yang ada dan gunakannya pada jalan kebaikan.



Pahit Sebelum Manis, Keperitan Akhirnya Membuahkan Kejayaan


Darah seni yang mengalir dalam badan Cikgu Suliman perlu diwarisi. Semasa menjadi tenaga pengajar di SMK Rahmat Melaka, cikgu hebat ini menubuhkan sebuah kumpulan tari yang dinamakan sebagai Gemarah Dancer. Namun niatnya dipandang serong oleh segelintir pihak dan beranggapan yang aktiviti seni ini menyesatkan dan tidak membawa faedah. 


Namun perkara tu tak mematahkan semangat juang Cikgu Suliman. Walau dilemparkan pelbagai tohmahan, cikgu hebat ini tetap teruskan apa yang telah dimulakan.


Apa yang mengagumkan Ana ialah Cikgu Suliman sanggup menggunakan duit gajinya sendiri untuk membeli peralatan seperti pakaian dan aksesori pada masa itu kerana pihak sekolah masih belum yakin pada perjuangan beliau. Sampaikan makan dan minum anak-anak muridnya turut ditanggung sepenuhnya oleh beliau. Fuhh memang luar biasa insan hebat ini. Kalau korang lah, mesti fikir banyak kali kan nak gunakan duit gaji sendiri kan??? 


Aku akan buktikan suatu hari nanti, aku dan anak-anak didik aku akan berjaya!!


Hidup biar berjasa, walau kita tak kaya!!


Berbekalkan kata-kata ini, akhirnya segala susah payah beliau terbayar. Segala penat lelah dan perasaan untuk berputus asa kini semua telah terbayar.


Kalau dulu, mereka terpaksa berlatih di kaki lima kawasan sekolah kerana tiada tempat latihan, tapi hari ni mereka boleh berbangga dengan kejayaan terpilih mewakili Malaysia dalam persembahan sempena Hari Melayu Yala di Thailand pada Febuari 2019.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Selain tu, pelajar didikan beliau turut bergelar johan, memenangi Anugerah Emas serta diangkat sebagai Penari Lelaki dan Penari Perempuan terbaik di pertandingan peringkat negeri.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Tak cukup dengan tu, sekolah 'kampung' ini juga telah diangkat untuk menerima Anugerah Kelab Giat Seni Cemerlang Berprestij 2015 dalam Festival Kelab Seni Cemerlang anjuran JKKN Melaka dan JPN Melaka.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Dan Cikgu Suliman juga telah diangkat sebagai Ikon Alumni UPSI (FromZero2Hero) dalam bidang kebudayaan. Hebat kan?


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)


Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Cikgu Suliman telah membuka mata banyak pihak yang memandang rendah pada usaha dan niat beliau dahulu. Kejayaan beliau juga turut menjadi inspirasi kepada para pelajarnya agar jangan takut untuk capai apa yang kita mahu. Sehinggakan ada pelajar didikan beliau mengikut jejak langkah beliau dengan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang Seni Persembahan Teater di UPSI. Itu lah sebenar-benar kemanisan buat semua insan bergelar pendidik.



Mewujudkan Kelab Penyiar Muda Untuk Cungkil Bakat Pelajar


Selepas banyak kejayaan diraih, Cikgu Suliman mengorak langkah dengan menubuhkan Kelab Penyiar Muda dan mewujudkan sebuah mini konti di sekolah. Menariknya kelab ini mendapat bimbingan stesen radio Melaka FM dan juga telah ditemuramah daam program Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 RTM .


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Kelab Penyiar Muda ini diwujudkan dengan tujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang penyiaran serta membolehkan para pelajar menguji kemampuan diri mereka dalam kemahiran berkomunikasi dan penyiaran. Selain itu, para pelajar juga dapat didedahkan dengan dunia penyiaran yang sebenar serta belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan menggunakan kemudahan yan disediakan. Korang boleh tengok Vlog Kelab Penyiar Muda di https://www.youtube.com/watch?v=7cAkraDYsqk dan https://www.youtube.com/watch?v=QP-y-hoPhRM.



Merupakan Guru Panitia Asas Sains Komputer dan Guru Sejarah


Haa korang jangan tak tahu yang Cikgu Suliman sebenarnya mengajar subjek Sejarah untuk menengah atas dan juga subjek Asas Sains Komputer (ASK) untuk menengah rendah tau. Mesti korang ingat beliau cikgu subjek seni kan. Hehe.


Kalau baca balik, Cikgu Suliman ada ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat. Sebab tu dia mengajar subjek ASK. Tapi untuk subjek sejarah pula, beliau telah mengikuti Program Intevensi Tambah Opsyen (PITO) tajaan KPM untuk subjek sejarah sekolah di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.


Kalau tanya Ana, antara aktiviti seni, subjek sejarah dan subjek ASK, mana satu yang Ana suka, of course Ana akan pilih seni sebab seni lebih relax. Berbanding dengan subjek sejarah atau ASK yang agak heavy. Korang pun sama kan? 


Tapi Cikgu Suliman ada caranya tersendiri untuk tarik minat pelajarnya terhadap kedua subjek ini. Antaranya dengan menjadi seorang guru yang boleh dianggap sebagai seorang abang atau rakan kepada para pelajarnya. Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa sepanjang masa pembelajaran berlangsung. Bagi beliau guru bukan untuk ditakuti tetapi untuk dihormati. Dalam ketegasan ada kelembutan. 


Seperti yang kita tahu, subjek sejarah selalu buat kita ngantuk kan. Bukan apa, kadang susah kita nak ingat fakta sesuatu peristiwa yang dah lama berlaku. Untuk elak para pelajarnya mengantuk dan tak minat belajar subjek tersebut, Cikgu Suliman akan guna kaedah lain seperti bawa pelajarnya belajar di luar kelas seperti belajar di bawah pokok sambil mendengar cerita yang ringan berkaitan sejarah.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)


Selain tu Cikgu Suliman juga mengadakan Pameran Pembelajaran untuk subjek Sejarah. Kaedah ini dilihat lebih efektif kerana cara penyampaian yang lebih santai.


Memartabatkan Pelajar Istimewa Melalui Kesenian


Ini lagi satu perkara yang Ana rasa kita semua patut bangga dengan Cikgu Suliman. Minat yang mendalam dalam bidang seni dan nak lihat semua pelajar yang berbakat termasuk pelajar istimewa dapat menceburkan diri dalam seni dan kebudayaan menyebabkan beliau ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Program Intevensi Tambah Opsyen tajaan KPM subjek Pendidikan Khas dalam Masalah Pembelajaran di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.


Mesti korang tertanya kan apa faktor yang mendorong cikgu ini mencabar diri dia kan?


Ni jawapannya.


Cikgu Suliman bukan saja aktif dalam tarian dan penyiaran, malah dalam bidang teater juga. Beliau juga telah banyak kali terlibat dengan projek khas Pendidikan khas Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Ini dibuktikan apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Artisitik untuk Teater Kanak "Bit-Bit" dalam Persembahan Teater Inklusif Pendidikan Khas. 

Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Menariknya teater ini bukan saja melibatkan para guru dan pelajar aliran perdana malah menampilkan penampilan istimewa pelajar Pendidikan Khas seluruh negeri Melaka pada November 2019.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)

Lagi?


Cikgu Suliman juga berjaya mengukir kejayaan dalam bidang nyanyian apabila dua orang pelajar di bawah bimbingannya di mana salah seorangnya merupakan pelajar pendidikan khas berjaya menjadi Johan dalam pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan Program Semarak Inklusif Zon Selatan pada Oktober 2017. Hebat kan???



Tercalon Untuk AGI2021


Bersempena dengan Hari Guru yang bakal tiba tak lama lagi, McDonald's Malaysia sekali lagi menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021) dan tahun ini merupakan tahun ke-5 penganjuran. AGI2021 ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para guru yang telah banyak berkorban dan berjuang tanpa jemu dalam mendidik pewaris bangsa dan negara.


Dari beribu penyertaan, hanya 25 orang guru sahaja yang akan menjadi penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan pada majlis sempena Hari Guru di  sekolah masing-masing. Pengumuman pemenang akan diumumkan pada hujung Mei ni.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021)


Bila baca kisah Cikgu Suliman ni serta mengenangkan segala susah payah dan pengorbanan beliau dalam memperjuangkan bidang seni dan kebudayaan sehingga mengharumkan nama sebuah sekolah luar bandar sehingga ke peringkat antarabangsa, sememangnya layak lah beliau dicalonkan dalam AGI2021 ni. Korang pun mesti rasa macam tu kan.!!


Akhir sekali, Ana nak ajak semua kawan-kawan dan semua pembaca untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru yang mendidik kita sehingga kita berjaya seperti hari ni. Tanpa ilmu mereka siapa lah kita. Ana doakan semoga rahmat Allah sentiasa menaungi para pendidik dan mereka semua diberi ganjaran yang besar atas segala ilmu yang dicurahkan. Aamin.


Sanggup Guna Duit Gaji Sendiri, Kejayaan Cikgu Hebat Ini Harumkan Nama Sekolah di Thailand Buka Mata Semua Pihak Reviewed by Ana Suhana on May 15, 2021 Rating: 5

7 comments:

  1. wah tahniah cikgu.. hebatnye cikgu.. kejayaan demi kejayaan dikecapi.. sampai boleh tubuhkan kelab penyiar..

    ReplyDelete
  2. bestnyaa jadi cikgu yang begini. jadi sumber inspirasi kepada semua =)

    ReplyDelete
  3. cikgu yg macmni mmg beri sepenuh perhatian kepada kerjaya.. sanggup guna modal sndri.. asal semuanya nampak lengkap.. rezeki dia xkn putus

    ReplyDelete
  4. Tahniah utk semua guru..semuanya hebat2..seronok bila baca kisah2 mereka ni..

    ReplyDelete
  5. Hebat.. byk pencapaian dia dan bakti dia pada sekolah dan dlm mendidik pelajar..

    ReplyDelete
  6. Bavus cikgu ni sanggup guna duit sendiir nak buktikan diaorg boleh. Berbaloi.. Sampaibke thailand hah.. Terbaik cikgu

    ReplyDelete
  7. Kisah inspirasi dr ckgu ini menjadi pembangkit semangat ank murid utk terus berjaya walaupun dimusim covid yg byk halangan ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.