5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang

5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang l Assalamualaikum. Bulan puasa dah nak dekat, persiapan raya dah selesai ke tu? Bukan apa, kalau boleh beli lah awal-awal supaya bulan Ramadan tu kita boleh fokus beribadah dari beriadah di shopping complex. Hehe. Tak gitu?


5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang


Cakap tentang persiapan raya ni kan, pernah tak korang beri hadiah dekat insan-insan tersayang pada hari raya? 


Beri angpow jer?? Kalau korang kata angpow je, tu bagi Ana bukan hadiah dah.  Sebabnya tu perkara biasa yang kita buat setiap kali raya. Lagipun pemberian angpow tu orang dah boleh agak dah. Betul tak? Hehe.


Hadiah hari raya ni maksud Ana ialah hadiah yang orang tak jangka kita akan beri. Senang kata ala ala suprise gift lah. Selalu suprise gift masa bithday je kan.  Tapi kali ni kita buat kelainan bagi masa hari raya. Best juga tu kan. Mesti dorang suka. Tapi nak belikan hadiah hari raya apa ye? 


Haaa nah 5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang untuk korang rujuk. Mana tau boleh dapat idea nak bagi apa kan nanti. 



1. Hamper Biskut Raya

5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang

Hadiah paling mudah dan senang untuk korang beri masa hari raya ialah hamper. Musim-musim raya ni, memang senang sangat lah nak cari hamper raya. Banyak kedai-kedai hadiah atau pasaraya yang jual pelbagai jenis hamper untuk dijadikan hadiah. Korang nak DIY sendiri hamper pun lagi bagus sebenarnya.


Tapi dalam banyak-banyak hamper tu, hamper biskut raya yang paling sesuai. Kena sangat dengan tema hari raya tu kan. Macam-macam biskut atau kuih raya yang korang boleh beli. Baik yang tradisional atau yang moden. Ikut pada kesukaan si penerima. Tak gitu? 



2. Set Pinggan Mangkuk / Balang Kuih Raya

5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang

Haaa yang ni kaum wanita mesti suka. Ana sendiri pun suka kalau dapat hadiah set pinggan mangkuk atau balang kuih raya. Sekarang ni lagi lah, banyak sangat pilihan set pinggan mangkuk atau balang kuih raya yang cun melecun. Baik bertemakan minimalis, Scandinavia, marble dan macam-macam lagi lah. Tinggal nak pilih dan bayar je ikut bajet masing-masing. Kalau korang tak percaya, cubalah hadiahkan set ni dekat bakal mak mertua korang. Tengok dorang suka ke tak. Silap hari bulan, terus pakai hadiah korang tu untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya tu. 



3. Barang Perhiasan

5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang

Kalau kata set pinggan mangkuk atau balang kuih raya tu untuk kategori mak-mak, macam mana dengan kategori anak dara pingitan? Haa kalau kategori ni lagi lah senang dik non. Banyak benda yang korang boleh beli. Contohnya barangan atau aksesori perhiasan seperti gelang, rantai, cincin hiasan ke kan.  Nak lagi up bagi emas tulen. Hehe. Confirm dorang akan sayang korang sampai ke langit tujuh. Kalau belum mampu, banyak je koleksi emas sadur yang cantik-cantik juga. Siapa kisah emas tulen ke tak kan. Janji ikhlas. 



4. Set Baju Raya

5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang

Untuk kaum Adam pula, korang boleh belikan dorang baju raya. Siap dengan songkok dan sampin sekali. Lengkap satu set. Kalau dorang jenis tak suka pakai baju Melayu, maklumlah Malaysia ni kan panas, korang boleh tukar kepada kurta. Sekarang ni, fesyen kurta semua smart dan cantik-cantik belaka. Sesuai nak pakai pada apa-apa majlis pun. Apa lagi nak pakai masa solat sunat Aidilfitri nanti. Korang pun dapat pahala. Tak suka ke? 



5. Minyak Wangi

5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang


Ok akhir sekali, idea hadiah hari raya paling mudah nak bagi baik untuk lelaki atau perempuan ialah minyak wangi. Memang sesuai sangat. Boleh lah dorang berwangi-wangian di pagi raya. Mood nak beraya pun mesti berkobar-kobar bila dah wangi ni kan.



Minyak Wangi Halal dari Legendary Perfume


Cakap pasal minyak wangi, Ana nak recommend korang untuk beli di Legendary Perfume. Minyak wangi halal buatan Malaysia. Siap ada sijil halal lagi. So korang tak perlu rasa ragu-ragu untuk guna. Legendary Perfume ni walau buatan tempatan tapi kualiti, packaging dan bau dia setanding dengan minyak wangi antarabangsa ok.!!

5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang

Bagi yang pertama kali dengar tentang Legendary Perfume ni, jenama ini merupakan jenama wangian asli Malaysia yang terkenal dengan penghasilan wangian premium eksotik yang sesuai dengan gaya hidup seharian kita.



Diformulasi Dari Bunga Orkid


Macam yang Ana punya ni, nama dia Legendary Orchid. Khas untuk kaum wanita. Ianya diformulasi dari tanaman orkid eksotik yang berkualiti yang melambangkan kasih sayang, kemewahan dan kekuatan.


Bab aroma, jujur Ana kata Ana suka dengan bau Legendary Orchid ni. Aroma dia berbau manis bunga-bungaan yang tak terlalu keras, dan juga tak terlalu lembut. Senang kata sedap dan selesa untuk dihidu. Pakai pun tak perlu banyak. Tak macam sesetengah minyak wangi yang terlalu keras bau dia, sampai sakit hidung dibuatnya. 

5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang

Sekarang ni kita tengok packaging dia pula. Cantik dan nampak eksklusif kan. Memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah hari raya atau hadiah ulang tahun.


Ni pula Legendary Spirit - minyak wangi 3 dalam 1. Pun sesuai dijadikan hadiah. Boleh tukar-tukar bau ikut kesesuaian yang kita suka. Oh ya, Legendary Perfume juga ada minyak wangi untuk lelaki juga iaitu Legendary Man. Jangan kata takde pula nanti ye. Hehe.




Dapatkan Legendary Perfume Di Shopee


Bagi korang yang berminat nak beli Legendary Perfume ni, korang boleh dapatkannya di lebih 30 lokasi di seluruh Malaysia termasuk di Sasa, Parkson dan Gurney Paragon. Nak lagi senang korang boleh dapatkan secara atas talian di platform Shopee dan Lazada.  Lagi mudah dan cepat.



Untuk maklumat lanjut tentang Legendary Perfume, korang boleh layari website atau media sosial mereka dengan tekan link di bawah :


Website  l Facebook l Instagram 




5 Idea Hadiah Hari Raya Untuk Insan Tersayang Reviewed by Ana Suhana on March 31, 2021 Rating: 5

7 comments:

  1. Eh. Cantik pula design botol dia - semacam permata kan. Rawlins berkenan pula dengan Legendary Spirit tu sebab boleh tukar-tukar perfume kan

    ReplyDelete
  2. Menarik juga kalau dapat hadiahkan yang tersayang dengan Minyak Wangi Halal dari Legendary Perfume tu kan! Botol dia pun nampak ekslusif. Mesti sedap bau dia hee

    ReplyDelete
  3. NIce idea on that perfume tu. Jarang2 bagi hadiah kat suami sempena raya. sekali skala bagi hadiah perfume macam ni mesti dia suka.

    ReplyDelete
  4. Wahhh minyak wangi ni ok gak kan dijadikan set hadiah.. Bau dia mesti sedap2 kan kak..

    ReplyDelete
  5. Perfume orchid tu sangat menarik bagi saya. Kalau bau bunga2an lain macam ros, lavender, jasmine tu semua dah agak common. Orchid belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  6. minyak wangi tu best bau dye

    ReplyDelete
  7. wah wangian dari bunga orkid. mesti bau fresh ni.thanks ana sharing idea nak beli apa bagi hadiah raya

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.