Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut

Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut l Assalamualaikum. Kurang dari sebulan je lagi kita semua nak sambut bulan puasa. Semoga Allah sudi panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadan tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang juga. InsyaAllah. Alhamdulillah Ramadan kali ni, masjid dan surau dibenarkan untuk laksanakan solat terawih tapi perlu ikut SOPlah kan. Rindunya nak tengok masjid dan surau meriah berterawih dan berqiamullail dalam bulan puasa nanti.

Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut


Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut 


Bila cakap tentang puasa, mula lah para mak dah start planning menu sahur dan berbuka untuk sebulan tu. Kalau tak plan, boleh jammed otak dibuatnya sebab tak tahu nak masak apa. Kalau korang tercari-cari menu untuk puasa nanti, korang boleh tengok 30 Resipi Berbuka Puasa ni. Kot boleh dapat idea kan. Nak resipi kerabu pun boleh. Boleh baca dekat Koleksi Resepi Kerabu ni. Macam-macam jenis kerabu ada.


Bab menu sahur dan berbuka selesai dah. Ada lagi satu bab yang tak kurang peningnya. Bab persiapan hari raya. Bukan nak kata tak hormat bulan puasa, tapi tu lah kelaziman sejak dulu. Ada orang suka siapkan semua awal-awal supaya boleh fokus pada bulan puasa. Ada yang suka last minute. Ikut pada cara masing-masing. Macam Ana ikut mood. Tapi selalunya masa sebelum tengah bulan puasa Ana dah selesai semua. Tapi kali ni nampaknya pun beli online je lagi sebab tak berani nak bawa baby bersesak-sesak di tempat awam.


Salah satu persiapan raya yang kebanyakan orang akan sediakan ialah kuih raya. Betul tak? Macam tahun lepas, walau kita hanya dibenarkan beraya sehari je, tapi kuih raya wajib ada. Hehe. Cuma satu dua jenis je lah yanga ada. Tak macam raya tahun-tahun sebelum. Yelah, sebabnya takde siapa nak datang beraya kan. Lebih pada kuih raya dan kek buat sendiri je. Buat makan anak beranak orang kata. Tapi masa ni rasa teringin nak makan kuih-kuih raya yang selalu kita makan tu bukan main lagi. Nyampah sangat. Tiba-tiba teringat dekat kesedapan kuih tart makcik Senah lah, biskut suji padu maklong Salmah lah, kuih semperit power makngah Shikin lah. Haha. 


Tu belum masuk nak makan nasi himpit dengan sup ketagih jiran lama, nasi daging cikde, nasi dagang Ganu ori mama, dan banyak lagi. Hahaha. Korang pun macam tu gak ke? Tapi apa-apa pun keselamatan tu paling utama. Apa lah sangat tak dapat makan tu semua kalau nak dibandingkan dengan keselamatan kita semua kan.


Cerita tentang kuih raya tahun lepas, Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut ni antara favorite Ana. Memang sedap. Ana dapat resipi ni dari mertua Ana. Bukan je mudah nak buat, malah biskut raya ni juga cantik dan berwarna-warni. Ni kalau dijadikan buah tangan buat saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai memang sesuai. Letak pula dalam bekas atau kotak yang cantik dan ada reben comel atas tu, confirm si penerima akan suka.


German Cookies aka Biskut Kentang, Biskut Raya Yang Mudah Disediakan

Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut


Kalau korang nak tau, German cookies ni juga dipanggil biskut kentang. Kenapa biskut kentang? Haa sebabnya bahan utamanya ialah tepung kentang (potato starch). Dan kesedapan Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut  ni terletak pada jenis butter yang korang guna. Nak sedap, kena lah guna butter yang berkualiti. Baru terasa lemak-lemak biskut tu. Confirm sebalang pun tak cukup. Hehe. Dah jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan German Cookies ni.


Bahan-bahan German Cookies


1. Pure butter - 350 gram

2. Gula aising - 100 gram

3. Tepung kentang - 375 gram

4. Tepung gandum - 200 gram

5. Garam - 1/2 sudu kecil

6. Pewarna (optional)


Cara Masakan German Cookies


1. Masukkan butter dan gula aising ke dalam mixer dan pukul sebati.


2. Dalam bekas berasingan, ayak tepung kentang  dan tepung gandum.


3. Masukkan 2 jenis tepung tersebut ke dalam mixer sedikit demi sedikit. Masukkan garam. Gaul sehingga menjadi doh.


4. Rehatkan doh dalam 7 hingga 8 minit. 


5. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Letak beberapa titisan pewarna ikut suka kita. Kacau rata. Tapi kalau tak nak letak warna pun takpe. Nanti biskut akan jadi warna ala ala kuning susu. Nak cantik boleh hias dengan ceri kering atas tu.


6.  Bulat-bulatkan doh sebesar duit syiling 10 sen dan letak atas dulang pembakar. Kemudian tekan doh tersebut guna garfu.


7. Akhir sekali bakar pada suhu 180C selama 15 hingga 20 minit. 


8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 

Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut


Korang jangan lupa cuba tau Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut ni. Buat makan sambil layan drama raya memang best. Tau-tau habis sebalang. Mana taknya, masuk mulut je hilang. Cair sendiri biskut tu haa. Orang takde gigi pun boleh makan. Haha. Ok lah, selamat mencuba korang.

Resepi Kuih Raya German Cookies Yang Cair di Mulut Reviewed by Ana Suhana on March 16, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Buat dengan anak-anak confirm suka ni

    ReplyDelete
  2. Geram tengok warna-warninya tu.

    ReplyDelete
  3. Wah.. menarik. Boleh lah Kak Sue cuba resepi nie nanti Ana..

    ReplyDelete
  4. tu dia dah keluar resepi biskut raya. xpenah buat lagi ni boleh la try nanti

    ReplyDelete
  5. Pantas kak ana, dah nak masuk bulan puasa ni...
    plan mencari resepi kuih raya :) comel2 je...

    ReplyDelete
  6. menarik ini, ana. nanti akk nk try

    ReplyDelete
  7. Comel je tgk cookies ni punya warna..kalau budak2 ni mmg sukalah depa..meriah

    ReplyDelete
  8. Omg... german cookies ni memang buat orang cair, so colorful and look delicious.

    ReplyDelete
  9. Awww,sedapnya.. Resipinya pun nmpk mudah nk buat tuu. Bole cuba nanti..

    ReplyDelete
  10. Menariknya. Tqq sharing resepi kak Ana. boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  11. boleh buat dengan anak ni. warna warni plak tu. tq utk resepi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.