Resipi Tart Nenas Kerang


Resipi Tart Nenas Kerang l Assalamualaikum. Sebelum ni Ana ada mention yang MIL Ana suka sangat buat kek, roti, brownies dan macam-macam lagi lah. Pantang nampak benda viral, confirm dia nak cuba. Yang latest ni dia tengah excited nak buat kek tapak kaki kuda tu. Hehe.
Resipi Tart Nenas Kerang
Resipi Tart Nenas Kerang 

Resipi Tart Nenas Kerang


Tapi sebelum tu, dia plan nak buat tart nenas kerang. Comel katanya. Kot menjadi boleh buat untuk raya nanti katanya. Ye lah nak buat pastri tu je pun. Kemudian bakar. Inti beli yang ready made punya. Nak buat sendiri macam leceh jugak kan. Tapi inti ni MIL Ana beli yang premium punya. So inti nenas tu memang sedap dan lembut.!

Untuk trial ni kitorang buat dalam 75 biji dulu. Oh ya acuan bentuk kerang tu boleh beli dekat shopee je. Ni bentuk acuan tu.
Resipi Tart Nenas Kerang 
Moment of truth. Lepas bakar yang 1st round tu, kemain teruja nak rasa. Sedap ke tidak kan. Lepas rasa.....masyaAllah sedapnya tart nenas kerang buatan sendiri ni. Hahaha. Pastri dia kemain rapuh dan sedap. Cair dalam mulut orang kata. Ana non stop makan. Tak sampai berapa jam tinggal beberapa biji je. Hahaha. Korang yang terasa nak buat tart nenas sendiri raya ni, boleh lah cuba resipi Tart Nenas Kerang perkongsian dari Jamayah Yahod ni.

Bahan_bahan :
1. 150  gm  mentega
2. 100  gm  marjerin
3. 50  gm  gula aising
4. 50  gm  susu tepung
5. 50  gm  tepung jagung
6. 1/4  sudu teh  emplex
7. 1/2  sudu teh  esen vanilla
8. 2  biji  kuning telur gred B
9. 350gm tepung gandum
10. Inti nenas ready made

Bahan Sapuan :
1. 1  biji  kuning telur
2. 1  sudu teh  susu cair
3. Beberapa titis pewarna kuning


Cara Masakan :

1.  Sebatikan mentega, marjerin, gula dan telur dengan menggunakan senduk kayu. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan yang lain kecuali inti nenas dan tepung gadum.

2.  Uli adunan sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.

3. Selesai uli, biarkan doh seketika supaya bahan-bahan dalam tu jadi lebih sebati dan mesra.

4.  Kemudian ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan tart kerang. Tekan sehingga jadi nipis supaya boleh masuk inti dengan banyak.

5. Masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit adunan doh lagi.  Kemaskan.

6. Keluarkan tart yang dah siap dibentuk tadi dan  susun di dalam dulang pembakar.

7.  Oles bahagian atas tart kerang dengan bahan sapuan kuning telur.

8. Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga kelihatan masak dan kekuningan. Suhu adalah mengikut jenis oven masing-masing. Jangan terlalu panas sebab nanti ada kesan crack dekat bentuk kerang tu.

9. Siap untuk dihidang. 
Resipi Tart Nenas Kerang Reviewed by Ana Suhana on March 18, 2020 Rating: 5

9 comments:

  1. suka biskut tart..mak akak jual yg jenis gulung

    ReplyDelete
  2. comel pula tengok bila buat tart nanas jadi bentuk macam kerang..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. tahun ni xtau la smpt buat kuih ke tak utk raya

    ReplyDelete
  4. Biskut kegemaran Kak Sue dengan Abang Man nie. Selalunya kalau raya Mak Kak Sue yang buat.. tapi sejak Mak tak ada nie adik yang ambik alih buat..

    ReplyDelete
  5. sedapnya AS, suka sangat makan tart tapi kak ana tak pernah lagi buat sendiri , tart kerang ni cantik kan sayang nak makan :)

    ReplyDelete
  6. Favourite ni tart nenas. Semua bentuk pun kak laili sukaaaa 😆

    ReplyDelete
  7. ini fevret ni !!! i loike tapi sangat tak reti buat sendiri. tau makan jew..
    da boleh mula cari utk order raya hehe..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.