Bermalam di Hotel Seasons View Kuantan


Bermalam di Hotel Seasons View Kuantan l Assalamualaikum. Kalau masa balik dari Terengganu hari tu Ana singgah semalam di Hotel Mega View, masa pergi pula Ana sempat bermalam di Hotel Seasons View Kuantan.
Hotel Seasons View Kuantan


Bermalam di Hotel Seasons View Kuantan


Sebenarnya bermalam di hotel ni memang last minute plan. Memula plan nak gerak ke Terengganu pukul 5 pagi hari Sabtu, tapi bila pikir macam eh rasa penat plak nak straight dalam kereta 5 jam tu. So better stay di Kuantan. At least dah cut half of the time. En Suami ok je. Buka Agoda nampak Hotel Seasons View ni and harga pun less than RM100. Siap breakfast untuk 2 orang. Eh ok sangat lah kan.

Petang Jumaat tu lepas En Suami balik kerja kitorang terus gerak ke Kuantan. Sampai bandar Kuantan dalam pukul 8 lebih. Perut pun dah lapar, singgah makan lah dulu di Ana Ikan Bakar Petai. Tapi kali ni Ana pergi yang dekat dengan bandar bukan di Tg Lumpur. Pelanggan macam biasa, sentiasa ramai. Mujur ada je meja kosong untuk selit kitorang bertiga. Tapi kali ni kecewa sikit sebab rasa makanan dia tak sama macam dekat Tg Lumpur tu. Yang sedap hanya sotong celup tepung dia je. Harga jangan cakap lah. Huhu.

Lepas makan je terus gerak ke hotel. Nak jadi cerita hujan kemain lebat malam tu. Selamat senang nak cari hotel ni sebab lokasi dia dekat tengah bandar je. Cuma ada satu masalah, parking agak terhad. So kena lah tunggu kejap kot ada orang nak keluar kan. Tak sampai 5 minit ada satu kereta nak keluar. Alhamdulillah rezeki. Masa nak masuk hotel Ana perasan ada deretan kedai makan dekat sebelah hotel ni. Haishh kalau tau awal-awal makan dekat sini je. Hehe.
Hotel Seasons View Kuantan
Hotel Seasons View Kuantan
Sebab dah malam so boleh terus check in. Tapi sayangnya bilik yang kitorang booked tu aircond problem so alternate dengan bilik yang takde tingkap. Ok je lah sebab dah malam dah pun. Esok pepagi lepas breakfast nak gerak dah pun kan. Small matter je tue.

Bilik yang Ana dapat tu terletak di tingkat 2 - no. 243. Ok lah bilik dia. Tak kecik sangat dan tak luas sangat. Kena lah dengan harga yang dibayar tu.
Hotel Seasons View Kuantan
In room fasiliti pun kira lengkap. Ada tv bersatelit (remote rosak dan saluran tak sama macam dalam senarai), fasiliti untuk buat air kopi dan teh, mini bar, hair dryer, seterika (tapi papan seterika takde), toiletries dan almari. Siap ada meja solek dan side table lagi. In fact in room menu dia pun murah.
Hotel Seasons View Kuantan
Hotel Seasons View Kuantan
Bab tandas pula memang terbaik. Luas, selesa dan bersih. Cumaaaaa....dari ruang bilik kita boleh dengar bunyi air mengalir yang sangat kuat sepanjang malam tu. Agak menggangu juga lah kalau korang jenis yang light sleeper macam Ana ni. Maybe bilik ni je kot yang bising bunyi air tu sebab baca review banyak yang puas hati dengan hotel ni.
Hotel Seasons View Kuantan
Esok pepagi Ana terus turun breakfast. Menu yang disediakan ada nasi lemak, mee goreng, roti, sosej, buah-buahan, air teh dan air buah. En Suami suka dengan mee goreng dia. Ana makan roti dan buah je.

Lepas breakfast terus check out. Nak kejar masa ke Terengganu. Kalau boleh nak sampai sebelum pukul 1. Lagipun hujan je sepanjang hari. Tak boleh nak laju mana kan.

Overall bagi Ana, ok lah pengalaman Ana stay semalam di sini. Cuma kalau bunyi bising air tu takde, memang Ana sangat puas hati lah. Tapi macam Ana kata mungkin bilik 243 tu je yang ada masalah bunyi air tu kan. So Ana tak rasa serik pun nak stay sini lagi akan datang.
Bermalam di Hotel Seasons View Kuantan Reviewed by Ana Suhana on January 08, 2020 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.