Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh


Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh l Assalamualaikum. Masa Ana ke Ipoh bulan 12 lepas, Ana macam impress lah kejap sebab sekarang ni dah banyak restoran / cafe halal yang ada di sana. Berbeza sangat masa first time Ana ke sini 10 tahun lepas. Dalam banyak-banyak restoran halal yang ada, Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh ni antara yang jadi favorite Ana.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh

Kalau korang sejenis yang giler dimsum, korang wajib datang makan dekat sini. Bukan saja ada halal JAKIM, malah ada macam-macam jenis dimsum atau dumpling yang korang boleh cuba baik yang bergoreng atau stim. Memang pening kejap masa nak order tu.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Nak makan dekat sini pula, Ana suggest korang datang masa bukan peak hour atau weekend. Sebab Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh ni sentiasa penuh dengan orang. Lagi satu kalau korang datang hari Isnin, possibility dimsum yang popular out of stock adalah tinggi. Hehe. So the best time is weekdays before or after lunch time.

Baca juga : Deen CT Corner Cendol Ipoh

Dah alang-alang sampai dekat Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh ni, moh ler kita cuba try test dim sum yang ada dekat sini. Untuk first time ni Ana order dalam 5-6 jenis dimsum jer.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Dalam banyak-banyak dimsum tu, Pyramid Dumpling yang paling Ana suka. Serius sedap tau korang. Ada salted egg dalam tu. Memang favorite Ana lah kan.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Kulit dimsum tu bukan main lembut. Ibarat cair dalam mulut. Cewahh. Lagi terasa sempurna bila cicah dengan sos dimsum tu. Tak cukup 3 biji sorang. No wonder menu ni antara menu favorite dekat Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh ni. Prawn dumpling tu pun Ana suka. Udang yang dia guna pun besar. Harga untuk 3 biji Pyramid Dumpling dan Prawn Dumpling ialah RM7.40 dan RM7.20.

Tak sah kalau order dimsum kalau tak order Chicken Siew Mai. Selalu kalau Ana teringin nak makan dimsum, Ana akan beli Chicken Siee Mai yang frozen. Tapi rasa dia tak lah sedap mana. Bila dapat makan yang fresh macam ni, sejenis kepuasan woo. Terasa semua bahan-bahan yang dia guna dalam tu. 3 biji harga dia RM5.80.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Memandangkan En Suami tak makan udang, kita add 2 lagi menu iaitu Crab Meat Ball dan Fish Ball. Nampak menarik kan presentation Meat Crab Ball tu tapi bagi Ana biasa je rasa dia.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Ana lagi suka rasa Fish Ball tu. Puas makan sebiji besar tu. Harga untuk 3 biji  Crab Meat Ball ialah RM5.35 dan untuk 3 biji Fish Ball ialah RM5.10.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Last sekali Ana order Fried Beancurd Roll. Harga dia 3 biji RM6.45. Kecik je saiz dia tapi ok je bagi Ana. Rasa pun ok lah. Crispy di luar lembut di dalam. Cuma kita akan cepat rasa haus bila makan fried beancurd ni.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Fyi, another reason kenapa Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh is so popular ialah kerana korang bukan saja boleh makan dimsum tapi makanan berat yang lain seperti makanan bergoreng, nasi ayam, nasi lemak for breakfast, makanan berasaskan mee dan banyak lagi.
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Green Town DimSum Cafe Ipoh
Green Town DimSum Cafe Ipoh 
Kira kalau nak makan dengan kawan atau family, ada banyak pilihan makanan yang korang boleh pilih. Restoran pun selesa. Berhawa dingin di bahagian dalam. Service pun quite fast. Overall Ana puas hati dengan semua dekat sini.

Baca juga : Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba Taiping

Repeat?? For sureeeeeeee...tak sabar nak naik Ipoh lagi ni. Wajib singgah Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh ni. Korang pun cuba lah juga bila ke Ipoh nanti ok.






Dimsum Halal di Green Town DimSum Cafe Ipoh Reviewed by Ana Suhana on July 04, 2019 Rating: 5

25 comments:

  1. Samalah ana...husband marsha pun tak makan udang. Sotong pun dia tak makan. Jadi nak makan dim sum ken cari selain udang & sotong...hihi

    ReplyDelete
  2. PC tak pernah makan dimsum kak Ana.Cuma selalu dengar jelah sepupu-sepupu cakap sedap.Heheheheh..bila ada yang banyak pilihan ni..tekak terasa juga nak mencuba.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Meriah menu Kak Ana and suami. Boleh singgah kalau ke Ipoh ni>

    ReplyDelete
  4. Nampak banyak pilihan. Lama tak merasa dimsum, nampak sedap ni Ana.. 😍

    ReplyDelete
  5. bagus ni dah tau nak pegi mana kalau nak makan dimsum halal

    ReplyDelete
  6. Rasa macam nak balik Ipoh pulak la..nak pi cari dimsum sedap nih..

    ReplyDelete
  7. nak try juga la dimsun ini.. kat greentown eh

    ReplyDelete
  8. Telan air liur Kak Sue baca entri Ana.. hahaha.. nak cuba lah nanti..

    ReplyDelete
  9. Alamak my fav food ni, menarik Dimsum yang ana kongsikan, kena trylah semua ni...

    ReplyDelete
  10. saya pon hantu dim sum jugak hehehe


    Kereta Sewa Murah Di Kuala Terengganu
    https://profhariz.com/kereta-sewa-murah-di-kuala-terengganu/

    ReplyDelete
  11. Haritu masa preview buka puasa, tu la firatime nad makan dimsum.. Sedap.. Tak pernah pergi kedai dimsum lagi.. Nanti nak cubalah makan kat kedai..

    ReplyDelete
  12. Nama je kita ni org ipoh. Greentown tu memang selalu jejak. Tp sejak pindah mersing, kalau balik ipoh pun x sempat nak terjah. Boleh la nti balik ipoh jalan jalan kat greentown tu.

    ReplyDelete
  13. uisss tak pernah rasa mknn ni... nmpk cm sedap jerk

    ReplyDelete
  14. fuh dim sum tu, menggoda betol

    ReplyDelete
  15. huwaa.. teringinnya nak rasa Dim Sum ni macam mana.. huhu.. tak pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
  16. Aduh sedapnyaa lama tak makan dimsum. kalau turun Ipoh boleh la try

    https://mumblingcici.blogspot.com/2019/07/lulu-hypermarket-kini-dibuka-di-1.html

    ReplyDelete
  17. baru tahu ipoh tak banyak restoran halal dulu. Dim sum dia nampak nyummy!

    ReplyDelete
  18. Opsss... teringin nak makan dim sum pulak. Nanti i pergi cari tempat tu.

    ReplyDelete
  19. saya peminat dimsum!

    ReplyDelete
  20. Wah, bolehlah saya ke sini kalau pergi Ipoh.

    ReplyDelete
  21. Sedap nya... Lama tak makan dim sum. Mmg ssh dpt dim sum halal

    ReplyDelete
  22. Dah bookmark dekat Maps, tak terjejak je lagi..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.