Kembara Thailand : Death Railway Kanchanaburi Mengimbau Sejarah Keganasan Manusia - Ana Suhana

Dec 20, 2018

Kembara Thailand : Death Railway Kanchanaburi Mengimbau Sejarah Keganasan Manusia


Kembara Thailand : Death Railway Kanchanaburi Mengimbau Sejarah Keganasan Manusia l Assalamualaikum. Dalam entri sebelum ni Ana dah share tentang Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud, so hari ni Ana nak share tentang salah satu tempat menarik di Kanchanaburi iaitu Death Railway Kanchanaburi Mengimbau Sejarah Keganasan Manusia. Antara highlight activity di wilayah Kanchanaburi ni.
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Kembara Thailand : Death Railway Kanchanaburi Mengimbau Sejarah Keganasan Manusia

Berpeluang menaiki keretapi klasik di sini memang antara pengalaman manis di Thailand. Tercapai juga hajat nak merasa naik keretapi kayu zaman dulu kala. Namun disebalik keseronokan tersebut terpendam sebuah sejarah yang amat dahsyat disebalik pembinaan landasan keretapi ini. Dan disebabkan sejarah dahsyat tu keretapi ni dinamakan dengan nama Death Railway Kanchanaburi atau turut dikenali sebagai Burma Railway, the Siam-Burma Railway dan Thai-Burma Railway.

Ana cerita sedikit sebanyak tentang sejarah Death Railway ni terlebih dahulu. Death Railway yang panjangnya sejauh 415km ini dibina semasa Perang Dunia ke-2 (WWII) ketika tentera Jepun mengambil kuasa pemerintahan di benua Asia Tenggara. Ironinya Death Railway ini dicipta daripada darah dan keringat tawanan perang dan buruh hamba Asia. Puluhan ribu tawanan perang yang berkemahiran dan sihat dipaksa untuk membina keretapi bermula dari Thailand hinggan ke Burma (Yangon) bagi memudahkan pencerobohan Jepun ke India.
Death Railway Kanchanaburi
Credit : Summer Trip Th
Belum tragis kan cerita tu. Baca ni lagi. Pada awalnya keretapi ni dikenali sebagai Thailand-Burma Railway namun ditukar kepada Death Railway kerana lebih 100,000 buruh yang bekerja tewas dan meninggal dunia sepanjang 16 bulan pembinaannya pada tahun 1942 dan 1943. Pembinaan yang kemudiannya dilanjutkan sepanjang 250km lagi pada tahun 1945 menyebabkan lebih ramai lagi buruh yang maut. Dianggarkan kira-kira 80% kematian adalah buruh Burma, Melayu dan Tamil. Selebihnya merupakan buruh  Amerika, Australia, Inggeris, Belanda, dan India.
Death Railway Kanchanaburi
Credit : BBC
Apa punca kematian yang sangat banyak tu? Dikatakan antara punca kematian  tersebut adalah disebabkan oleh cuaca yang sangat panas, kebersihan yang tidak terjaga, bekalan perubatan yang tidak mencukupi, tidak diberi makan secukupnya, kekurangan zat badan, tidak cukup rehat dan juga akibat jangkitan.

Kejamnya tentera Jepun kerana pada asalnya mereka merancang untuk membunuh semua tawanan setelah selesai pembinaan keretapi tersebut. Namun pasukan Allied berjaya menyerbu kem-kem yang menempatkan para tawanan dan menyelamatkan mereka dari ancaman bunuh.

Amacam tragis kan asal usul Death Railway ni. Kita tak tahu mungkin ada susur galur kita yang terlibat dalam pembinaan Death Railway ni kan. Apapun memang kejam penindasan tentera Jepun ke atas tawanan perang tersebut.

Pengalaman Naik Keretapi Klasik di Death Railway Kanchanaburi

Ok berbalik kepada pengalaman Ana menaiki Keretapi Klasik di Death Railway ni. Memang agak terkejar nak ke sini sebab keretapi terakhir adalah pada pukul 4 petang. Ana sampai dekat station Thamkasae awal 15 minit macam tu. Sempat lah Ana bergambar dekat atas landasan yang dibina 75 tahun yang lalu.
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Landasan ni memang dibuka kepada orang awam untuk berjalan dan bergambar dekat atasnya. Ada beberapa ruang platfrom disediakan untuk kita berdiri jika keretapi lalu. Tapi risiko atas diri sendiri lah. Kebetulan pagi tu ada kes pelancong tercedera ketika keretapi lalu. Actually korang kena hati-hati sikit sebab kaki korang boleh jer tersadung dengan besi landasan tu. Kalau korang sejenis yang gayat, agak susah sikit sebab boleh nampak semua dekat bawah tu.
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Dalam pukul 4 dah boleh dengar keretapi nak sampai sebab keretapi ni dari jauh dah bunyikan hon yang panjang. Hon ni juga bertujuan sebagai alarm kepada mereka yang berada di atas landasan.
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Ana diberitahu kalau nak view yang cantik, kena duduk di kerusi sebelah kiri. Ni antara view yang sempat Ana amik sepanjang berada dalam Death Railway ni
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Oh ya, orang yang naik keretapi ni bukan saja pelancong tau tapi orang tempatan juga sebab stesen-stesen ni berhenti di kampung-kampung yang ada di sana. Ala macam KTM dekat Malaysia lah cuma keretapi sini keretapi kayu lama dan konsep open air gitu.
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Ni suasana dalam keretapi. Old school kan. Tapi tu lah yang Ana nak. Mana nak merasa naik keretapi macam ni dekat Malaysia ni. Fefeeling macam movie Hindustan pulak. Hehe. Siap boleh keluarkan kepala dan lambai pada penduduk tempatan lagi. Tapi kena hati-hati lah ye sebab ada sesetengah laluan ada ranting-ranting panjang. 
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Ana tak sure berapa stesen Ana dah lalu. Tapi lebih kurang dalam 15-20 minit juga Ana duduk dalam tu. Ana berhenti di stesen Thakilen sebab van dah tunggu dekat sana.
Death Railway Kanchanaburi
Death Railway Kanchanaburi
Sama macan kes di Erawan National Park,  Ana rasa tak puas naik keretapi ni. Tapi nak buay lagu mana. Kalau nak puas kena spend separuh hari kot dekat sini. Hehe.

Dari Death Railway ni Ana di bawa ke satu jambatan popular yang masih aktif sebagai landasan keretapi di Kanchanaburi ni. Kebetulan masa Ana sampai ada satu keretapi dari Bangkok tengah lalu. Tapi tu nanti Ana sambung dalam entri akan datang.  Stay tuned.

15 comments:

  1. Siyesly keretapi kayu ni sangat nostalgia..bestnya...ingat tahun depan akak nak pi la sini...tunggu betul2 sihat dan fit

    ReplyDelete
  2. alaaaa cantiknya kereta api ni, bestnya kalau dapat bergambar dalam tu :p

    ReplyDelete
  3. bestnya ana.. view semua cantik2.. suka tengok

    ReplyDelete
  4. menarik pergi tempat bersejarah ni :)

    ReplyDelete
  5. ana jelesnyer kita tengok...cantik giler pemandangan kat sini..gambar2 semua awesome

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yg sukar dilupakan bila berjalan ke negara org..

    ReplyDelete
  7. Tempat cantik macam ni pun ada kisah seram dan mencabar sebelum jadi cantik.. Begitulah kehidupan kita kan Ana.. Hee aduh bestnya tengok Ana enjoy the view dari dalam train itu 😍

    ReplyDelete
  8. bila pergi tempat yang ada sejarah ni,barulah kita tau kan latarbelakang tempat tu...pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan

    ReplyDelete
  9. Oh..ingat train ni untuk pengunjung je. Oklah tu.. boleh tengok juga rupa penduduk tempatan kan. Hehe

    ReplyDelete
  10. Klasik betul keretapi dia.. Pengalaman yang sungguh bermakna..

    ReplyDelete
  11. seram baca kisah lama dia. Takut pun ada, tapi suasana cantik. Boleh masuk list juga. Hehehe

    ReplyDelete
  12. wah syok ana naik keretapi klasik tu..mcm dlm filem plak..cantik viewnya

    ReplyDelete
  13. sejarah yg menyedihkan.. tapi cantiklah kawasan persekitaran dia tu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤