Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb - Ana Suhana

Dec 22, 2018

Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb


Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb  l Assalamualaikum. Macam biasa kalau shopping groceries mesti Ana akan singgah dekat bahagian diapers. Kebetulan masa tu tengah ada demo tentang Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb. Sejenis mak mak ni kan haruslah join sekali tengok demo tu. Mak aiii...Macam ni rupanya Huggies Dry Pants ni bertindak.
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants Kini Lebih Pantas Menyerap Dengan Teknologi Rapid Absorb 

Selama ni Ana macam tak percaya bila geng geng mak jemah Ana dok promote Huggies Dry Pants ni. Ana ingat dorang propa je lebih. Tapi bila Ana saksi sendiri depan mata betapa cepatnya kadar serapan Huggies Dry Pants ni, baru Ana percaya yang Huggies Dry Pants ni memang jenama diapers yang terbaik. Korang kalau tak percaya boleh tengok rakaman demo yang Ana tengok tu.

Macam mana? Dah percaya kan. Cepat giler kan Huggies Dry Pants menyerap cecair yang dituang tu berbanding dengan diapers yang lagi satu tu. Bila dah kata 'terpengaruh' dengan demo tu apa lagi, terus sambar satu pek untuk stok Syafi. Kebetulan Huggies Dry Pants ni ada saiz yang sesuai dengan umur Syafi dan juga semua peringkat umur kanak-kanak. Dan harga pun mampu beli.
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Mesti korang tertanya Syafi pakai diapers lagi ke kan? Sebenarnya Syafi dah free diapers sejak awal tahun ni. Tapi Ana akan make sure stok diapers sentiasa ada dekat rumah. Cumanya tak banyak macam dulu lah. Sebabnya in case Syafi tak sihat kan, Ana boleh pakaikan dia diapers. Biasalah bila dah tak sihat ni, kekadang boleh jadi out of control kan. Takut tak sempat sampai tandas dia dah menabur dekat luar. Haru dibuatnya. Lagi satu bila travel jauh Ana akan pakaikan Syafi diapers. Kot kot tengah-tengah highway tu dia tak tahan sangat nak pee pee ke poo poo kan, senang lah sikit.
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Ok berbalik pada cerita tentang Huggies Dry Pants ni. Ana dok terpikir macam mana Huggies Dry Pants ni boleh begitu cepat menyerap semua cecair tanpa sebarang kebocoran serta kering dan selesa dipakai untuk masa yang lama. Bila search punya search, rupanya-rupanya Huggies Dry Pants menggunakan inovasi teknologi terkini di dalam setiap kepingan diapers yang dihasilkan. Ni Ana summary kan 5 point utama dekat bawah ni untuk rujukan korang.

1. 1000 Fast Absorbing Micro Holes
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Kalau korang nak tau, Huggies Dry Pants menggunakan Teknologi Rapid Absorb yang menggabungkan 1,000 Fast Absorbing Micro Holes yang membolehkannya menyerap cecair  dengan lebih cepat tanpa sebarang kebocoran seperti yang korang tengok dalam video dekat atas tu.

2. Menyerap Sehingga 10 Jam
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Cecair yang diserap tadi kemudiannya akan dikunci dari dalam untuk mengelak dsri berlakunya sebarang kebocoran sehingga 10 jam. Lama kan? Kesannya kulit si comel akan kekal kering sepanjang masa dan masalah seperti ruam lampin pun dapat dielakkan.
Oh ya bagi yang baru atau bakal bergelar ibu mesti korang tertanya macam mana nak tau diapers tu dah penuh kan? Selalunya kita agak-agak je kan. Tak pun kita akan pegang diapers tu nak rasa dah penuh ke belum kan.

Tapi kalau korang guna Huggies Dry Pants, senang je nak tau sebab Huggies mempunyai ciri Wetness Indicator. Kalau korang perasan Huggies Dry Pants direka dengan bentuk berwarna kuning kan. Selalunya bila anak-anak dah kencing, warna kuning tadi akan berubah menjadi biru. So kalau dah nampak warna tu dah bertukar sepenuhnya, boleh lah korang tukar diapers anak-anak.

Oh ya perlu diingatkan cara penyimpanan diapers pun penting juga tau. Sebaiknya diapers perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Sebabnya kalau kita simpan pada tempat yang sebaliknya, warna kuning tadi akan berubah kepada warna biru walaupun belum digunakan. So take note ye.

3. Leak Guard
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Macam mana Huggies Dry Pants mampu menghalang kebocoran sehingga 10 jam? Haaa kalau korang nak tau, Huggies menggunakan Teknologi U-Fold atau lebih dikenali dengan Sistem Kunci Kebocoran (Leak Lock System) di mana teknologi ni bertindak sebagai perisai atau penghalang dari berlakunya sebarang kebocoran.
Selain daripada tu, Huggies Dry Pants juga mempunyai 5 Lapisan Kekeringan (5 Layers of Dryness) yang memberi perlindungan semalaman dengan gel super penyerap yang membantu menyerap dan mengunci cecair dengan sebaiknya.

4. 5-Way Comfort Fit
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Tak guna kalau lampin tu mampu menyerap cecair dengan cepat dan mampu mengunci kebocoran tapi anak kita rasa tak selesa bila pakai. Takut bila tak selesa mula lah dorang akan meragam.

Tapi dengan Huggies Dry pants korang jangan risau sebab dengan ciri  5-Way Comfort Fit, anak-anak korang pasti akan rasa selesa sepanjang pemakaian walaupun untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana Huggies Dry Pants mempunyai regangan yang lebih baik di 5 bahagian utama iaitu di pinggang, perut, kedua-dua kaki dan kelangkang.

5. 100% Breathable
Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants
Ciri terakhir yang penting bagi Ana untuk satu-satu diapers tu ialah 100% breathable. Dan ciri tu juga ada pada Huggies Dry Pants di mana Teknologi Lampin Huggies telah terbukti secara klinikal mampu memberi kekeringan pada kulit dan membolehkan udara bergerak sehingga 10x lebih pantas berbanding jenama lain. Secara tak langsung, pemakaian Huggies Dry Pants dapat mengelakkan daripada terjadinya ruam lampin atau dermatitis pada kulit anak-anak.

So sekarang ni korang dah tau lah kan macam mana jenama pilihan ibu-ibu di Malaysia ni bertindak menyerap dengan begitu cepat kan. So far Syafi dah pakai beberapa kali Huggies Dry Pants ni dan memang terbukti takde kebocoran langsung. Teruja pulak Ana. Ye lah pada usia dia yang sekarang ni, kalau ikut logik sure akan bocor diapers tu sebab kuantiti air kencing dia banyak. Tapi ni tak. Kulit dia maintain kering je. Tu yang mengada-ada nak minta pakai diapers je. Huhu.

Ok lah penat pulak 'membebel' panjang dalam entri ni. Senang kata kalau korang nak merasai keterujaan yang sama macam Ana dan nak bertukar kepada jenama Huggies Dry Pants ni, korang boleh beli terus melalui link ni -----> http://bit.ly/2LgcBwt. Nanti share dengan Ana pengalaman anak-anak korang pulak ye. Selamat ber-HUGgie ok. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari https://www.huggies.com.my/en-my.


33 comments:

  1. Anak² cx memang pakai huggies sebab dia cepat serap, dypers dia berlongkang, meaning tak cepat bocor dekat celah² kelengkang. Memang recommended huggies ntk semua parents.

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya huggies ni, sha tak ingt pulak bby kat rumah pakai pampers apa

    ReplyDelete
  3. bagus betul. macam nak tukar diapers pulak utk Fayyra

    ReplyDelete
  4. Dulu untuk anak pertama memang pakai huggies sebelum die free diaper. ni nak tunggu baby baru besar sikit baru nak cuba

    ReplyDelete
  5. my kids used to use this brand, now they are big no longer using it. yeah I used to buy alot to keep stock as we like the quality of it.

    ReplyDelete
  6. Lama betul akak tinggalkan dunia diapers ni np akak akui yg Huggies memang bagus danberkualiti..serapan pun so far terbaik..adik2 akak pun guna gunaies untuk baby diorang..

    ReplyDelete
  7. Cucu kak mmg pakai huggies dray pants mak dorang suka pakaikan anak dia jenis tu..senang katanya

    ReplyDelete
  8. This is useful for all babies. they will feel comfortable hehe

    ReplyDelete
  9. Ada tengok demo ni jugak dekat WHI. Tya ariffin yg buat demo masa tu.hehe.. brand huggies memang kualiti dan dipercayai.

    ReplyDelete
  10. cepat gilerr dia serap.. mmg terbaik laaa

    ReplyDelete
  11. Bagus betul huggies dengan teknologi baru ni, anak-anak mesti lagi selesa dan bebas dari masalah ruam

    ReplyDelete
  12. Anak buah auni pernah pakai huggies memang bagus dia punya absorb. Takde lah rasa basah lembab je macam tu. Bagus huggies gunakan teknologi yang diperbaharui :)

    ReplyDelete
  13. lina memang pengguna setia huggies...mmg sesuai dgn anak lina...

    ReplyDelete
  14. Ciri-ciri diapers yg dicari semestinya mcm diterangkan Ana. Rasa mcm semua jenama promote serapan bagus. Kalau dah cuba dan tgk sendiri, mesti tak was-was dah dengan Huggies.

    ReplyDelete
  15. Huggies memang terbukti berkesan menyerap air kencing dengan cepat. Sekaligus buat anak yang pakainya sentiasa dalam keadaan kering dan selesa. Memang pilihan terbaik!

    ReplyDelete
  16. Nampak ramai yg upload video huggies nie semalam. Agak terkejut melihat betapa bagusnya penyerapan pampers huggies. Sangat pantas dan tidak bocor. Tak hairanlah ramai ibu bapa lebih memilih pampers jenama huggies berbanding lain

    ReplyDelete
  17. Teekejut..Dah lama pakai..br tau penyerapannya cpt hehe

    ReplyDelete
  18. Bagus ye jenama Huggies nie. Baby selesa dan nak handle pun mudah juga sebab jenis sarung. pilihan baik untuk ibubapa :)

    ReplyDelete
  19. syafi dulu pakai huggies mmg bagus

    ReplyDelete
  20. Pernah pakaikan jenama ni dekat Adira
    Tapi kurang sesuai
    Nanti nak cuba sekali memandangkan nampak ada ciri2 terbaharu diperkenalkan dalam pampers ni.

    ReplyDelete
  21. Pantas menyerap tu yang best! anak-anak boleh bergerak aktif, tak payah risau bocor atau meleleh kan.

    ReplyDelete
  22. Thanks for sharing this information, this might help me to decide to buy this diapers for my friend son's full moon party soon. Nowadays, good to know that baby products also so innovative already.

    ReplyDelete
  23. Pernah gunakan huggies pada Thahirah masa dia baby dulu. Tapi entah macam mana masa tu naik ruam dan stop guna. Bila dah besar sikit dah takde choice masa tu cuba la yang baru ni, mujurlah ok dan langsung tiada ruam. Beli yang pants dan sikit saja sekarang sebab Thahirah mula nak belajar free diapers

    ReplyDelete
  24. Wow bagus nih
    Tengok video tu mmg terbaik
    Boleh try dekat anak nanti

    ReplyDelete
  25. Bagusnye Huggies perent harus piluh jenama ni..

    ReplyDelete
  26. Tengok kelebihan2 dia pun nmpk yg huggies ni mmg bkualiti

    ReplyDelete
  27. kami memang guna huggies utk adik hadi!

    ReplyDelete
  28. Biar betul huggies menyerap dengan cepat tu..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤