Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain? - Ana Suhana

Dec 13, 2018

Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain?


Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain? l Assalamualaikum. Pepatah Melayu ada mengatakan melentur buluh biar dari rebung. Ini kerana pada masa ini buluh masih lembut dan mudah dibentuk. Sama juga dalam kes mendidik anak-anak. Kalau dah besar baru nak didik, alamatnya jadi lah macam cerita Anakku Sazali. Bapak yang bersalah dalam hal ini. Haru dibuatnya. Jadi hari ni Ana nak share dengan korang beberapa cara Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain?

Kalau korang masih ingat cerita Anakku Sazali tu kan, banyak keburukan yang telah dilakukan oleh Sazali. Baik terhadap keluarga dan masyarakat. Kalau ditanya apa punca kelakuan buruk Sazali tersebut rata-rata akan meletakkan kesalahan di bahu bapanya yang tidak pernah menegur dan mendidik Sazali dengan sebaiknya. Dan kes yang sama kita boleh nampak berlaku pada zaman hari ni. Banyak anak-anak remaja hilang sifat rasa hormat dan sayang sesama adik beradik, kawan-kawan dan masyarakat. Akhirnya komuniti jadi berpecah belah, tidak aman dan pentingkan diri sendiri.

Sebab tu pentingnya kita Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Naik Terhadap Orang Lain sejak mereka kecil lagi. Pada masa ni ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak. Orang kata anak-anak ni cermin kepada ibu bapa. Kalau baik sifat anaknya maka baiklah sifat ibu bapanya. Jom kita tengok bagaimana caranya untuk memupuk sifat yang baik dalam diri anak-anak kita.

1. Latih Sifat Ringan Tulang Dari Dalam Rumah

Perkara asas dalam mendidik anak-anak adalah bermula dari dalam rumah kita sendiri. Banyak sebenarnya cara kita boleh latih anak-anak kita melakukan kebaikan. Yang paling senang adalah dengan melatih mereka membantu dan menolong ibu bapa dan adik beradik meringankan kerja-kerja rumah.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Bila bangun tidur ajar mereka kemas katil, bila dah makan ajar mereka basuh pinggan dan cawan, bila nampak rumah bersepah ajar mereka untuk bantu mengemas apa yang termampu dan bila memasak ajak mereka sama-sama tolong di dapur. Sambil sambil buat kerja rumah bersama tu boleh lah rapatkan lagi kasih sayang yang terbina.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Bila dah selalu latih mereka akan jadi biasa. Dan mereka akan jadi lebih menghargai pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan mereka apabila mereka merasai sendiri kesusahan kena buat semua sendiri. 

2. Ajar Sifat Suka Berkongsi Dengan Orang Lain

Ana perasan Syafi ada sifat kedekut dalam diri dia. Sifat ni terserlah ketika dia berusia 3 tahun. Memula risau juga sebab bila dia berkumpul dengan sepupu-sepupu yang lain, dia punya kedekut bukan main lagi especially kalau berkaitan dengan barang-barang yang dia sayang. Bila borak dengan kawan-kawan Ana yang ada Ana sebaya Syafi, rupanya anak-anak dorang pun sama je. Lega lah sikit bila dengar. Ye lah Syafi takde adik beradik yang lain so dia tak lalui proses untuk berkongsi dengan orang lain.

Walau pun sifar kedekut tu sifat normal untuk anak-anak tapi as a parents, Ana kena lah buat sesuatu untuk didik Syafi agar jangan kedekut untuk berkongsi barang dengan orang lain. Caranya ialah dengan ajak dia belanja atau kongsi apa yang dia suka makan atau sayang dengan orang lain. Dan biar dia sendiri yang hantar apa yang dia beli tu. Dari situ dia sendiri akan nampak betapa bahagianya bila dapat menggembirakan orang di sekeliling selain perhubungan mereka jadi semakin akrab.

3. Pupuk Rasa Hormat dan Sayang Pada Komuniti

Perhubungan dalam kehidupan seharian kita tak terhad sesama keluarga saja. Malah melibatkan perhubungan sesama komuniti atau masyarakat sekeliling. Keharmonian sesama komuniti perlu dijaga agar dapat hidup bahagia dan aman dan risiko kegiatan jenayah dapat dibendung.

Sebab tu kita juga kena ajar anak-anak agar menjaga keharmonian dalam komuniti sejak mereka kecil lagi dengan hormat orang di sekeliling. Ajak mereka turut serta dalam aktiviti komuniti seperti gotong royong atau kenduri kendara yang dijalankan. Selain tu jika ada jiran-jiran yang sakit atau uzur, kita bawa anak-anak kita sama-sama ziarah untuk lahirkan sifat kasih kan sesama jiran. Dan jika ada jiran yang memerlukan pertolongan, kita sebagai ibu bapa kena tunjukkan sifat suka menghulurkan bantuan untuk dijadikan tauladan buat anak-anak.

4.  Pupuk Rasa Hormat Terhadap Haiwan

Nak buat baik tak terhad sesama manusia je. Kita juga kena ajar anak-anak agar ada rasa hormat dan kasih pada haiwan atau binatang yang ada di muka bumi ni. Kalau tak di ajar, kes penderaan haiwan akan semakin meruncing pada masa depan.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Macam mana nak lahirkan rasa sayang pada haiwan dalam diri anak-anak? Korang boleh je sesekali bawa anak-anak ke zoo atau taman haiwan untuk mereka rasa dekat sekaligus mengenali haiwan-haiwan yang ada. Kalau boleh beri mereka peluang untuk beri makan dekat haiwan yang ada seperti gajah dan burung.

Selain tu macam Ana, Ana ada belikan Syafi 2 ekor kura-kura untuk dia jaga sendiri. So bila dah ada haiwan yang perlu dijaga, automatik dia akan jadi lebih bertanggungjawab, prihatin dan berdisiplin untuk jaga waktu makan kura-kura tu. Cuma Ana sebagai ibu bapa perlu pantau apa yang sepatutnya. 

5. Menjaga dan Memulihara Alam Sekitar 

Selain dari kita kena pupuk rasa sayang dan sikap berbuat baik terhadap orang sekeliling dan haiwan, kita juga kena terap rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri anak-anak. Bawa mereka dekat dengan alam semulanadi dan bercerita kepada mereka kepentingan kita memulihara dan menjaga alam sekitar yang semakin tenat pada hari ini untuk kelangsungan mereka pada masa hadapan.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Pada masa yang sama kita ajar mereka cara-cara untuk memulihara alam sekitar dengan mengitar semula bahan-bahan yang terbuang bermula dari dalam rumah. Kita ajar mereka untuk asingkan sampah-sampah mengikut jenis bahan yang diguna.

Kita juga boleh ajar mereka untuk memberi barangan peribadi yang masih elok kepada yang memerlukan atau kepada kawan-kawan terdekat. Macam Ana, mana baju-baju dan kasut Syafi yang masih cantik dan elok tapi dah tak muat, Ana ajar Syafi beri kepada jiran sebelah rumah yang ada anak kecik. Hasilnya isu pembaziran dan pencemaran dapat dielak untuk menjamin alam sekitar yang lebih baik.

6. Latih Menjadi Pemimpin Yang Bertanggungjawab di KidZania

Sesekali apa kata korang reward anak-anak dengan bawa mereka ke taman tema edutainment di KidZania. Dekat sini anak-anak akan didedahkan dengan sifat bertanggungjawab melalui pengalaman bekerja seperti alam pekerjaan sebenar di lebih dari 100 simulasi pekerjaan sebenar untuk mereka cuba.

Antara pekerjaan yang mereka boleh cuba ialah menjadi seorang ahli bomba yang kuat dan bertangungjawab untuk membantu mangsa-mangsa yang berada dalam kecemasan, menjadi seorang doktor yang prihatin kepada pesakit, menjadi pekerja penghantaran yang amanah menghantar barang pelanggan dan juga belajar menjadi seorang pemandu yang berhemah demi keselamatan orang ramai.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Selain tu, KidZania juga ada menganjurkan KidZania CongreZZ Kids melalui Caring Project setiap hujung tahun di mana 20 orang kanak-kanak berpeluang untuk belajar menjadi pemimpin Bandar KidZania yang bertanggungjawab dalam memberi yang terbaik kepada komuniti dengan membantu kanak-kanak yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut berkenaan KidZania korang boleh layari www.kidzania.com.my.

19 comments:

  1. Mulakan daripada rumah.Ibu bapa guru pertama.Pertama bermula daripada rumahkan kak Ana.Sebenarnya di sekolah tumpuan lebih kepada akademik dan menambah serta menggilap asas yang sudah disemai dan dipasak oleh ibu bapa.

    ReplyDelete
  2. Betul. Dalam menginginkan anak yang soleh dan solehah, yang mendengar kata dan hormat orang ni, kita sebagai IbuBapa kena mula dan mendidik dengan baik terhadap anak-anak. Walau LeYa masih belum punyai anak, tetapi LeYa bersyukur sebab dari kecil parents LeYa didik dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab serta disiplin yang tinggi untuk LeYa adik-beradik tempuh hingga hari ini.

    ReplyDelete
  3. setuju melentur buluh dari rebungnya. Moga Syafi menjadi anak yang soleh !

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini kak Ana.

    ReplyDelete
  5. Hai Shafi dak bijak lama Bonde tak jumpa dia tau... Teruskan rajin-rajin belajar tau...

    ReplyDelete
  6. Betul. Walaupun pada awalnya anak-anak memberontak tapi kena sabar InsyaAllah akhirnya akan membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  7. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bimbingan sebaiknya mmg perlu sejak kecil agar mereka menjadi insan yg berguna dan memberi manfaat di dunia dan akhirat, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Thanks for the tips, Ana. Skrg nak besarkan anak ni mmg baru rasa takut anak-anak kita tu x jadi mcm yg kita nak. إن شاء الله leh try tips-tips ni nnt :)

    ReplyDelete
  9. wah bagus entry ni. kanak-kanak seeloknya dididik dari kecil bukan? nabi pun dah tuntut bila besar nanti insyallah sangat berguna. semoga menjadi anak yang soleh dan solehah ya semua

    ReplyDelete
  10. Nk didik ank ni biar dr kecik..atleast diorang hormat apa yg ibubapa ajar..slow2 ajar apa yg patut buat and apa yg tk patut dilakukan..smoga ank2 kita smua dpt didikan sempurna dr stiap ibubapa..ibubapa tahu yg terbaik utk ank2 mereka

    ReplyDelete
  11. Wahh bestnya Kidzania..siap ada caring projek lagi utk mengajar anak2 pandai bertanggungjawab dan membimbing. Kalaulah sis ada anak2 kecik sure dah bawak ke sini

    ReplyDelete
  12. Bagus lah ibubapa yang baru dapat anak dan nak didik anak ini cara yang betul walaupun kita tak ada anak lagi heheheh boleh juga baca dan dapat ilmu nanti dah ada anak boleh praktikkan...

    ReplyDelete
  13. Kak Ana please by my mom ehhh.. sorry.. bestnya anak-anak dapat mommy macam kak ana semoga mereka menjadi anak anak yang soleh dan solehah... tapi tu la i ni kalau part nak mengajar agak cerewet sikit.. anak i yang pertama tu banyak betul nak kena perbaiki dan fokus dengan sesi speech and so on.. thanks for the tips nanti I akan usahakan..

    ReplyDelete
  14. suka baca ...wajib forward ke anak muda yang dah berumah tangga...paling tidak walau tak banyak sedikit2 pun apa salahnya ikut panduan yang diberikan ...tidaklah satu hari nanti terlambat dan rasa meneyesal...masa tu menangis air mata darah pun tak guna

    ReplyDelete
  15. Bab kedekut tu sama je macam Fariza. Kedekut tak bertempat, dengan adik dia pun kwdekut. Tapi kadang bagi juga.. Hahaha. .Tapi kadg tak bagi langsung. Mungkin akan berubah, harao-harapla kan. Nad pun ajar anak dari kecil benda baik. Wah kidzania da buat program.. Mavam menarik

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya Rawlins pun teringin nak bermain di Kidzania tapi usia nie melampau-lampau lebih hahaha. Rawlins suka tengok parents yang mendidik anak-anak mereka untuk berdikari dari kecil and I love seeing the small kids being independant too

    ReplyDelete
  17. yes i agree with you, hormat tu very important. nowadays banyak kanak kanak yg biadap sangat. hahaha so it's really important that parents teach them that.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  18. Pentingkan utk memupuk sikap dan sifat berbuat baik antara ank2 ni. Ibu bapa pun kena tunjuk teladan yang baik utk ank2 jugak. Suka tengok suhana berinteraksi dgn ank2 :) Happy parenting!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤