Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju


Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju | Assalamualaikum. Cerita minggu lepas. Sementara nak tunggu turn rawatan Ana dan En Suami di Pusas, memandangkan ada masa sejam lagi kami ke AeoN Big Wangsa Maju. Dari Pusas nak ke Aeon Big ni dalam 5 minit je. Plan asal nak makan Ayam Penyet sekali ayam penyetnya tak ready lagi. Terus beralih ke restoran sebelah. Jadi kami makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju akhirnya.
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju

Ana dah pernah makan di Makan Culture Melawati Mall tahun lepas dan memang Ana puas hati dengan makanan yang dihidangkan. So kali ni Ana mengharapkan yang sama juga lah kan.

Dari pintu kedai kami dah di sambut oleh pekerja restoran. Duduk je terus pekerja tu serah menu untuk kami. Belek punya belek, selak satu muka surat ke muka surat yang lain masing-masing dah buat decision nak makan apa.

Sementara tunggu makanan sampai, wajib lah amik gambar apa yang perlu untuk di update di blog tersayang ni. Gigih tau Ana amik gambar menu satu demi satu. Senang lah korang kalau nak makan dekat sini nanti. Dah ada rujukan kan. Haha.
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju

Pagi tu takde pelanggan lagi. Masa Ana sampai baru ada satu family tengah makan. Jadi memang cepat lah makanan semua siap. Dalam 15 minit siap 3 menu yang kami order tu. Tapi sebelum tu air awal-awal dah sampai dulu. Air kami order air yang sama je. First time order air sama ni. Bajet sehati sejiwa lah kejap.
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju

1. Nasi Peha Som Tam - RM19.90
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju

Menu untuk En Suami. Kalau makan ala brunch ni En Suami wajib order nasi. Boleh kenyang lama katanya. Yang best set ni sebab ada som tam tu. Pembangkit selera orang kata. Ayam tu pula ada kuah. Kuah dia rasa macam kuah minyak bijan. Masam manis. Sedap juga lah. Sekejapan habis nasi dalam pinggan ni. Berbaloi makan dengan harga dia. 

2. Laksa Selangor - RM16.90
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju

Ana tertarik dengan laksa Selangor ni sebab nampak menu ni antara signature dish di Makan Culture ni. Sebelum order Ana tanya dulu pedas ke tak sebab nak kongsi dengan Syafi. Then pekerja tu kata boleh kalau tak nak pedas so proceed lah order. Untuk laksa Selangor ni korang boleh pilih samada nak mee kuning, kuew teow, bihun atau yee mee. Ana order yee mee untuk kali ni.

Masa pekerja tu hantar laksa Selangor ni Ana macam terkedu kejap sebab besar kot mangkuk dia. Kalau macam tu saiz dia boleh makan 2 orang dewasa. Rasa dia macam mee kari tapi kuah dia tak pekat macam mee kari. Bagi Ana not bad lah rasa dia. Bila makan dengan yee mee macam rasa lain sikit sebab selalu yee mee Ana biasa makan dengan sizzling kan. Syafi tak boleh nak makan sebab pedas katanya. Maybe "pedas" dari rempah yang diguna tu. So Ana sorang lah kena habiskan. Jenuh juga nak perabis.

3. Cheezy Chicken Steak - RM18.90
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju

Menu ni Ana order siap-siap sebab kot-kot lah Syafi tak nak makan laksa Selangor tu kan. Dan untuk menu ni memang Ana ada high expectation sebab masa makan di Melawati Mall memang sedap sangat chicken chop dia.

Ana selalu tak suka chicken chop yang jenis breaded ni tapi masa makan di Makan Culture Melawati Mall tu Ana macam boleh jatuh cinta kejap.  Sebabnya isi ayam tebal dia dan bila makan memang sedap lagi-lagi bila kulit luar tu rangup. Tapi chicken chop dekat sini tak sama macam yang hari tu. Maybe sebab isi ayam dekat sini nipis dan agak bertali kot. Tapi boleh je makan sebenarnya lagi-lagi ada cheese atas tu. Expectation orang kan lain-lain. Ada exceptional lah dekat situ.
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju

Secara keseluruhan Ana puas hati lah juga di Makan Culture Aeon Big Wangsa Maju ni. Dari segi servis yang cepat, susun atur meja kerusi yang kemas, suasana kedai yang selesa, pekerja yang friendly dan makan yang memuaskan. Ada banyak lagi menu yang dihidangkan dekat sini. Boleh lah try menu lain pula kalau ke sini nanti. 



Makan-makan di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju Reviewed by Ana Suhana on January 15, 2018 Rating: 5

22 comments:

  1. first time dengar laksa selangor. nampak chicken chop terus ting! nak makan chicken chop dinner nanti

    ReplyDelete
  2. Sejak Aeon Big Wangsa Maju berwajah baru PC baru pergi 2 kali kak Ana kalau tak silap.Mesti semakin meriahkan..lagi satu di situ ada banyak pilihan tempat makan selain di food court nya.
    Baru tahu ada laksa selangor..jauhnya PC ketinggalan ni..

    ReplyDelete
  3. Makan Culture ni ade few jugak kan branch die? memang sedap2 jugak kan menu nya. Sebab pernah try kat The Mines. Kalau Ana order pelbagai mcm tuh memang best sebabnya boleh la kan rasa sorangsket. Heheh~

    ReplyDelete
  4. Ada ye laksa selangor.. tak penah pulak dilah dengar laksa selangor ni.. then boleh makan dgn macam2 jenis mee pulak tu..

    ReplyDelete
  5. lamanye tak begi Aen big wangsa maju..last dulu masa study kat UIA....sedap gak menu2 kt sini...kena singgha nnti

    ReplyDelete
  6. Adoi.. meriah betul menu dia.. yang Laksa Selangor tu nampak menarik..

    ReplyDelete
  7. cheezy chci steak tu buat akk terliur huhu...mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  8. Kalau pergi lagi nanti ajak Hana ye~ hehe ^^ gegurau jek :)

    ReplyDelete
  9. perghh, mengancam nyaaaaa makanan kat Makan Culture Aeon Big Wangsa Maju ni.

    ReplyDelete
  10. kdg2 tmpt mkn sama cuma bila pi outlet berlainan kdg2 tk sama kn...tp kalo xjauh beza sgt rs sure abis juga kn

    ReplyDelete
  11. Akak memang tak pernah la pergi Aeon Big Wangsa maju..boleh cuba la kalau tersesat ke sana

    ReplyDelete
  12. Ok first time tau pasal restoran ni but looking at the menu and price, boleh bookmark masuk list.. hehe

    ReplyDelete
  13. Perghhhj semua sedap sedap tau Ana. Craving jadinya

    ReplyDelete
  14. Alaaaa xboleh laa masuk blog Kak Anaa selalu jadi laparr!! Hahaaa

    ReplyDelete
  15. 😊 gigih amik gambar menu tu hanya penulis blog ja yang faham kenapa perlu macam tu kan.. hehe..

    ReplyDelete
  16. Menu syafi tu nampak sedap...
    Menu ana tu nampak mcm pedas, mmg mrs pip bab pedas selalu kalah...tak tahan pedas..

    ReplyDelete
  17. Dah kerap sangat makan western ni, rasa macam hilang selera kejap

    Hehe

    ReplyDelete
  18. Macam sedap belake ni Ana 😍

    Thank you for sharing this.. Nanti kalau ke sana bolehla singgah sini

    ReplyDelete
  19. Tak pernah makan lagi dekat sini. Haritu nampak cawangan dia orang dekat Melawati Mall. Next time boleh lah try. Nampak sedaap makanan dekat sini.

    ReplyDelete
  20. Kak Sue tak pernah lagi makan kat sini lagi, nanti kalau ke Wangsa Maju boleh la singgah..

    ReplyDelete
  21. Dapnya akak yg cheezy chicken steak tuuu.

    ReplyDelete
  22. sedapnya makanan..laksa selangor ya,1st time dengar ni..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.