Pengalaman Mencuba Rawatan Alternatif di Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) - Ana Suhana

Jan 9, 2018

Pengalaman Mencuba Rawatan Alternatif di Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)


Pengalaman Mencuba Rawatan Alternatif di Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) | Assalamualaikum. Awal bulan lepas Ana dan suami cuba buat Rawatan Alternatif di Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) di Wangsa Maju. Sebenarnya lama dah niat nak buat rawatan di Pusas ni tapi tak pergi-pergi juga. Takut pun ada juga sebenarnya. Akhirnya sampai juga Ana dan suami ke sini.
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)

Pengalaman Mencuba Rawatan Alternatif di Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)

Macam Ana bagitau tadi nak ke sini kena buat appointment awal-awal. Walk in memang tak di layan sebab memang ramai yang ke Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) ni untuk "berubat". Appointment boleh melalui WhatsApp atau PM di Fb Page PUSAS. Just nyatakan hari yang korang nak dan untuk berapa orang. Kalau masih kosong memang adalah rezeki korang tu.

Make sure kalau korang nak book appointment book masa hari dibuka saja sebab kalau korang text pada hari cuti, memang tak di balas. Esoknya baru WhatsApp korang akan dibalas. Ada 3 sesi setiap hari iaitu pagi, petang dan malam. Dan setiap sesi ada kuota pelanggan yang ditetapkan. Kalau tak silap Ana PUSAS ni dah lama beroperasi sekitar lebih dari 10 tahun yang lepas. Cuma sekarang ni PUSAS dikendalikan oleh Dato Wan atau kitorang panggil En Wan je sebab muda orangnya. En Wan merupakan pengarah urusan dan juga pewaris Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) ni. Ramai tokoh terkenal dan artis dah gunakan Rawatan Alternatif di Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS). Ada tu sampai 13 tahun dengan Pusas. 
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) 
Rawatan Kali Pertama

Masa pertama kali Ana ke PUSAS ni memang Ana agak terkejut sebab ramai giler orang beratur tunggu giliran. Ada yang duduk dan ada yang berdiri didepan rumah. Ada kerusi disusun untuk kemudahan pelanggan sementara tunggu giliran masing-masing. Ada yang berkerusi roda, bertongkat semua lah.
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) 

Ana sampai awal juga dalam pukul 9.30 pagi tapi nombor Ana antara yang di belakang. 2 jam juga menunggu. Bila sampai turn Ana dan suami terus kami masuk ke dalam bilik "rawatan". Masa tu niat hanya untuk berubat semata. Ye lah sebab En Wan tu lelaki kan. Bab aurat kena jaga juga.

Proses Rawatan

Proses rawatan sangat cepat. Tak sampai 5 minit seorang. Kita hanya perlu duduk di kerusi yang disediakan dan lunjurkan kedua-dua kaki. Kemudian En Wan akan lumurkan minyak dekat kedua-dua bahagian tapak kaki dan mula urut kedua-dua tapak kaki secara serentak. Memang terasa sakit juga bila En Wan urut tu. Sambil urut tu En Wan akam bagitau tentang  kesihatan badan kita.
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) 

Lepas selesai urut kedua kaki, semua jari kaki dan tapak kaki akan di picit dengan kayu Lidah Ali yang di amik dari Gunung Ledang. Masa ni terasa sakit juga cuma bila En Wan buat laju-laju rasa kejap je lah sakit tu.
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) 

Macam Ana, En Wan kata hormon Ana tak stabil, tekanan darah rendah, mata ada silau tinggi dan peranakan pun lemah. Lepas En Wan bagitau masalah kita, dia bagi cadangan untuk perbaiki masalah tu. Macam untuk masalah hormon Ana kena banyakkan makan buah delima kiwi, betik dan honeydew. Manakala untuk masalah tekanan darah rendah Ana kena banyakkan makan bayam hijau.
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) 

Makanan berupa coklat dan milo kena kurangkan. Dan beberapa makanan yang perlu dipantang sepanjang kita berubat di Pusas ni. Masa urut tu juga En Wan bagitau yang paras kolestrol dan gula dalam badan Ana semua cun.

Surprisingly apa yang En Wan kata dekat atas tu semua betul. Ana tak cakap apa-apa pun sebelum tu. Macam bab hormon tu memang Ana tau dah. Yang tentang paras kolestrol dan gula dalam darah tu sama macam result Full Medical Checkup yang Ana baru buat sebelum tu. So Ana assume betul lah rawatan dekat sini. Bukan hanya cakap besar yang di gembar gemburkan.

Rawatan Kali Kedua

Dan hari Sabtu yang lepas Ana sekali lagi ke Pusas untuk sesi kedua. Takde limit rawatan dekat Pusas ni. Ikut pada kita. Macam Ana baru-baru ni Ana sakit kepala dah hampir  3 minggu. Nak minta En Wan tengokkan sekali. Prosedur yang sama juga. En Wan akan urut di kedua-dua kaki. Tapi kali ni dah tak sakit langsung sebab first time hari tu urat dah dibetulkan. Kali ni masalah Ana masih sama sebab ye lah Ana tak berapa nak tetap makan buah dan sayur tu semua. Cuma ada beberapa masalah dah selesai seperti masalah pelipat dan belikat.
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)

Sesi kali ni En Wan akan buat urutan seterusnya iaitu di bahagian belakang badan sampai ke leher. Ana bagitau masalah pening Ana. En Wan kata urat saraf kat leher Ana bertindih. Kesannya sampai ke retina mata dan menyebabkan pening. En Wan bagitau juga yang tangan Ana selalu sesemut dan memang betul pun. Then baru Ana perasan punca semua tu. En Wan advice letak ice pack dekat leher dalam 3 minit macam tu untuk kembangkan urat tu. Kemudian datang semula untuk betulkan urat tu. Dan kali ni Ana dinasihatkan banyakkan minum air sebab badan Ana kurang air. Haha tu pun betul sangat sebab Ana kurang sangat minum air lately ni.

Tu lah kisah pengalaman Ana "berubat" guna Rawatan Alternatif di Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS). Korang yang duduk dekat area KL atau Selangor yang nak scan badan boleh lah ke sini. Sebagai ikhtiar kita nak jaga kesihatan kita. Tapi make sure set appointment dulu ye.
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS)
Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh (PUSAS) 

Harga:
Pertama kali : RM25 + RM5 (buku pesakit)
Seterusnya : RM15

Facebook:

WhatsApp :
+6017- 328 9840

Alamat :
No 158 Jalan 1/27 D
Wangsa Maju
54200 KL


16 comments:

  1. mcm pernh terbaca psl tmpt ni..rmi yg dtg utk rawatan tu

    ReplyDelete
  2. thanks share. nanti nak try tanya parents kot diorang berminat

    ReplyDelete
  3. Eh...menarik la..boleh la akak cadangkan kat cik abg akak

    ReplyDelete
  4. wah nampaknya bagus perubatan saraf ni. tinggi juga ilmu nya tu. semoga Ana cepat sihat ye

    ReplyDelete
  5. macam best...nak try juga check nt..akk ni mesti banyak prob jugakni

    ReplyDelete
  6. Macam best juga nie, nanti ada rezeki nak cuba kat sana..

    ReplyDelete
  7. Saya kongsikan ni kat gerup watsap saya. Thmks

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kak Ana...insyaAllah bila PC turun KL boleh dicuba ni..

    ReplyDelete
  9. Menarik ni. Macam teringin nak cuba...

    ReplyDelete
  10. Menarik, Dan harga rawatan pun berpatutan.

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum ju dtg blogwalking hari ni =D

    menariknya salah satu rawatan guna kayu tradisional tu

    ReplyDelete
  12. kalau yang xleh jalan sebab accident boleh tak datang berurat kat sini?

    ReplyDelete
  13. Macam bagus je ni, nanti nak recommend kat akak n abang ipar...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤