Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall - Ana Suhana

Sep 5, 2017

Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall


Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall | Assalamualaikum. Selamat bekerja semua. Wahh kejap nya rasa 5 hari cuti tu kan. Tapi bila kerja rasa macam lambat jer masa tu berjalan kan. Confirm ramai yang lemau masuk kerja hari ni. Lagi-lagi pada yang baru sampai dari kampung semalam. Dengan traffic jammed nye lagi kan. Mohon kuatkan semangat. Ngeee. Ana macam 32 tahun yang lepas tetap beraya di KL je. Dua-dua rumah parents cuma 15 minit jarak antara satu sama lain. Sehari boleh balik dua-dua kampung terus. Jalan pun clear jer. Tu salah satu advantage kampung di KL ni. Bila jalan clear kaki pun mula lah panjang kan. Dalam 5 hari cuti tu, sempat lah juga 2 kali Ana ke Melawati Mall. Korang ada yang dah sampai ke sini ke? Kalau belum try lah ke sini nanti. Besar juga tau Melawati Mall ni korang. Penat jugalah nak tawaf each floor dekat sini. Bila jalam dalam ni rasa macam berjalan dalam cruise ship pula sebab reka bentuk dalam tu lebih kurang macam kapal je Ana tengok. Ada 6 tingkat tak silap. Dan semalam sempat lah Ana makan-makan di Makan Culture Melawati Mall ni. Jemput tengok apa yang Ana dan family order kali ni.


Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall
Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall

Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall

Menu 1: Nasi Goreng Kampung - RM12.90

Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall
Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall

Menu pilihan En Suami. Dia kalau makan nasi goreng wajib order nasi goreng kampung sebab suka yang pedas. Nasi goreng ni datang dengan beberapa ketul ayam goreng dan telur mata. Rasa dia standard rasa nasi goreng dekat kedai lain. Semua cukup rasa. Cuma kalau tengok saiz rasa macam mahal juga lah kan dengan harga tu tapi sesekali ok lah kan. Pejam je mata masa order dan bayar tu. Hehe.

Menu 2: Char Kuew Teow  - RM12.90

Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall
Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall

Menu pilihan mama. Char kuew teow memang salah satu makanan favorite dia. Menu ni datang dengan air teh tarik leleh sekali. So kira ok lah dengan harga tu kan. Masa char kuew teow ni sampai dekat kitorang, semua macam... Wahhh memang betul-betul char kuew teow banjir ni. Sama macam dalam gambar. Puas lah makan orang kata. Rasa pun boleh tahan. Cuma sayang takde cili jeruk sebab katanya cili jeruk dah habis. So kurang ummmpphh lah sikit kan.

Menu 3: Cheezy Chicken Steak - RM15.90

Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall
Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall

Menu untuk Syafi kongsi dengan bonda Syafi. Hehe. Selalunya kalau chicken chop Ana lebih suka grilled chicken chop compare dengan yang jenis breaded macam ni. Tapi breaded chicken chop dekat Makan Culture ni Ana kena admit yang Ana suka sangat dengan rasa dia. Lagi-lagi bila makan bahagian luar ayam yang rangup tu dengan cheese leleh tu. Memang sedap. Krup krap krup krap bunyi dia. Bahagian dalam pula masak sepenuhnya dan isi pun lembut.  Coleslaw dia pun Ana suka. Banyak dan sedap. Tak rugi Ana order menu ni. Harga pun berpadanan dengan apa yang kita makan.

Menu 4: Claypot Kungfu Noodles - RM10.90

Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall
Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall

Menu pilihan Ana. Bila sebut mee kungfu for sure dia akan guna kuew teow.  Rasa dia sedap juga cuma fail sebab takde cili potong. So rasa dia jadi macam plain sikit lah masa makan tu. Tapi bila makan dengan fish cake yang ada dalam tu baru terasa masin-masin sikit. Kuah dia pun tak terlalu pekat dan terlalu cair. Just nice.

Menu 5: Som Tam Kerabu - RM6.00

Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall
Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall

Side dish pilihan En Suami. Rasa dia macam kerabu mangga je pun cuma manis sikit dan ada sotong goreng dalam tu. Banyak juga portion som tam dekat sini. Kalau makan dengan nasi kosong maybe sedap compare kalau ratah macam tu je. 

Air : Pineapple Fizz -RM5 dan Milo Eruption - RM6.50

Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall
Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall

Memandangkan menu char kuew teow tu datang sekali dengan air teh tarik leleh so kitorang order 2 air tambahan je. Milo eruption tu untuk Syafi dan pineapple fizz untuk mama. Heaven Syafi dapat minum milo tu sebab banyak kot serbuk milo dia tabur atas tu. Bonda Syafi pun join sekaki sedut milo serbuk tu. Pineapple fizz tu air carbonated. Kalau korang nak hilangkan rasa muak boleh lah try air ni sebab dia carbonated drink. Sedap juga. Teh tarik leleh tu teh tarik ais tau. Ana suka sebab bila dah ada ais rasa dia tak berapa manis. Presentation dia pun menarik. Nampak mengiurkan je kan.

Dekat sejam juga lah Ana makan dekat Makan Culture ni. Sebabnya menu yang Ana order tu sampai paling lambat. Semua orang dah habis makan in fact customers yang datang kemudian dari Ana pun dah habis makan dan ada yang dah bayar pun. Maybe waitress tu lupa nak recheck menu yang kitorang order sebab bila Ana tanya baru kelam-kabut dia check order semula. Lama juga tunggu. Lepas tu staff lain pula yang in charge. Staff yang amik order tu duduk jauh je. Ikut hati nak je cancel order tapi bila tanya dorang kata menu ni dah atas dapur pun. Nak tak nak kena lah tunggu. Bila dah sampai kena tunggu sejuk pula sebab claypot kan. Memang jenuh lah nak tunggu sejuk sikit. Sebenarnya Ana ok je tapi bila dah bazir masa dekat sini tunggu makanan yang sepatutnya boleh sampai awal rasa macam tak best sikit. Sebabnya kita kejar masa kan. Bila jadi macam ni a few things Ana tak sempat nak buat.

But overall makanan dekat sini semuanya memuaskan dan worth to pay. Environment kedai pun menarik dan tersusun. Pilihan menu pun banyak dari masakan tempatan sampai lah masakan barat. Kalau korang datang weekdays dari pukul 11 pagi hingga 3 petang ada beberapa set menu termasuk air sekali which is berbaloi untuk di cuba. Cari Makan Culture di tingkat 3 berhadapan dengan Sopoong ok. 

19 comments:

  1. smlm singgah melawati mall utk kali ke2..bw mak &a dik jln2...ada tgk tmpt mkn ni tp smlm mkn kt food empire mkn teppanyaki

    ReplyDelete
  2. menarik makanan yang ada tu, akak tak pernah sampai lagi sini, memandangkan akak dekat dengan klang dan shah alam nampaknya macam tak tahulah bila nak sampai sana hehehe

    ReplyDelete
  3. salam & haii..!

    follow my new blog : https://bercakapdenganbintang.blogspot.my/

    blog lama tu dah x aktif.. thanksss ya! hehe.. =)

    ReplyDelete
  4. Hidangan nampak sedap2 semuanya.. klu ke sini nanti boleh juga singgah makan. Teringin pula bila tengok menu2 tu.. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  5. Melawati Mall tak pernah sampai lagi..tertarik untuk cuba ni..PC tertarik dengan air..sebenarnya agak susah nak cari tempat makan yang ngam rasa masakan dan minumannya..lagi satu biasanya air mesti dalam bekas yang kecil.kalau dapat yang ok..boleh ulang datang.

    ReplyDelete
  6. Bila lah dapat pergi sana kan... huhu

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik semua makanan tu...

    ReplyDelete
  8. tak pernah singgah lagi melawati mall walaupun dah lalu banyak kali. Menu restoran ni nampak sedap esp char kuey tiaw dengan cheesy chicken steak tu :D

    ReplyDelete
  9. nampak sedap semuanya..tapi setuju gak lah tang nasi goreng kampung tu cam overpriced.nak buat cmane, ayam pun mahal

    ReplyDelete
  10. Tak sampai lagi kat situ. nampak sedap semua tu. cuma mahai sikit la huhu

    ReplyDelete
  11. Sedap sedap makaan kt sini. Terliur tengok

    ReplyDelete
  12. melawati mall ni antara mall yg dekat dengan rumah IQ selain wangsa walk. tak discover habis lagi tempat ni, sempat pergi kejap je hari tu

    ReplyDelete
  13. my fevret Char Kuew Teow! sedapnyaaaa kak anaaa. yummy

    ReplyDelete
  14. Tak pernah sampai lagi Melawati Mall ni. Best ke?

    Nampak menyelerakan semuanya Ana. Rasa nak try semua je tp nampak sangatlah pulak gelojohnya ek hihi... Tp rasanya harga dia agak mahal jugakkan Ana...
    Aduhhhh kalau tak kena gaya, mau mengamuk jugak tu kalau makanan lambat
    sampai.

    ReplyDelete
  15. Masa ujan2 mcm ni bila tgk menu claypot tu.. telan air liur pla daa xD

    ReplyDelete
  16. tersuka nak datang MM(melawati mall) ni.. kaison ada, diy ada.. nnti nak pi repeat lagi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤