Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara- Harga Murah Servis Mantap - Ana Suhana

Nov 26, 2017

Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara- Harga Murah Servis Mantap


Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota  Damansara - Harga Murah Servis Mantap | Assalammualaikum. Malam Sabtu yang lepas, konon plan nak makan shell out dekat satu cafe di Selayang. Sekali masa sampai tengok orang punya ramai dan ada yang tengah berdiri tunggu meja kosong. Nak book memang tak boleh. Jadi bincang punya bincang Ana makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe cawangan Kota Damansara. Restoran ni ada juga di Kota Bahru, Tanah Merah dan Melaka. So korang yang duduk dekat area ni boleh lah ke cawangan yang terdekat.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara - Harga Murah Servis Mantap

Selayang ke Kota Damansara dalam 20 minit je. Mujur tak jammed sebab dah malam kan. Nak cari restoran ni senang sangat sebab boleh guna waze je. Lagipun restoran ni terletak sederet dengan butik-butik terkenal seperti Mumu Scarves, Vendville Ash&Annas. So senang jumpa. 

Malam tu Ana makan malam dengan satu keluarga except ayah Ana. Ayah memang susah nak bawa pergi makan. Nak bawa pergi jalan pun kena tau apa yang dia suka. Hehe. Masa sampai dekat sini dalam pukul 9. Pelanggan masih ramai masa tu tapi masih ada tempat duduk kosong. Dont worry.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Duduk-duduk je pelayan terus bagi menu. Tak susah nak pilih menu dekat sini sebab menu dia tak terlalu banyak. Bagus juga sebab kalau lagi banyak lagi susah dan lama nak pilih kan. Dan selesai bab order sementara menunggu tu moh ler kita bergambar dulu. Acara wajib seorang blogger katanya. Haha.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Tengah-tengah bergambar tup tup air dan makanan pun sampai. Memang cepat gilerrr orang kata. Superb service. Tak dan nak menunggu lama dah. Ni antara makanan yang Ana sekeluarga order malam tu.

1. Sizzling Chicken Chop + Nasi Goreng - RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

2. Chicken Chop  - RM10.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

3. Chicken Chop Crispy + Sphagetti Bolognese - RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
4. Ayam Penyet - RM9.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

5. Chicken Chop Crispy Cheese Leleh- RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Overall memang sangat puas hati. Harga dah lah murah. Tak lebih RM15 setiap menu yang ada. Makanan semua sedap. Portion pun agak besar. Siap boleh kongsi dengan orang lagi. Pelayan pun friendly and helpful. Tengok lah gambar atas tu siap dia masuk bergambar sekali. Haha. Restoran pun bersih dan terang serta fully aircond. Senang cakap sangat selesa lah makan dekat sini. No complaint masa Ana ke sini. Satu keluarga puas hati. Nak belanja orang makan dekat sini pun boleh sangat. Korang kalau nak ke sini boleh lah waze D'Apple Cafe & Restaurant Kota Damansara.

Menu :

Instagram :

Alamat :
No. 36G - 32G
Jalan PJU 5 / 20D
The Strand Damansara
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor

Waktu Operasi :
Sabtu – Khamis
12:30 petang – 11.30 malam
Jumaat
5.15 petang – 11.30 malam

28 comments:

  1. melelh juga cheese tu..nmpk menarik..murah juga

    ReplyDelete
  2. best, portion besar harga affordable.

    ReplyDelete
  3. Semuanya nampak sedap...protion besar dan harga murah...lengkap di situ...lapar perut...

    ReplyDelete
  4. macam best jeee. nnt nak try pegi sini jugak la

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya makanan2. kafe pun comel

    ReplyDelete
  6. murah lah ana kafe ni...portion pun banyak...puas hati lah camni makan...

    ReplyDelete
  7. Makin berkembang cawangan restoran ni

    baguslah

    alternatif kepada franchise asing

    ReplyDelete
  8. Tengok kuantitinya pun banyak tu kak Ana...berbaloi dengan harga...puas hati kakau begini...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  9. Sizzling chicken chop dengan nasi goreng tu nampak sedap sangat! Harga pun okay je :D

    ReplyDelete
  10. sedap. Boleh cuba kalau tersesat ke sana.. hihi

    ReplyDelete
  11. Chicken chop feveret tau.. Meleleh ailio tgk

    ReplyDelete
  12. Yang ada cheese tu nampak mengancam.. Ohsem..

    ReplyDelete
  13. Wowww! Chicken Chop Crispy Cheese Leleh tu mengancamnyaaa. :D

    ReplyDelete
  14. terliur pulak tgok gmbr. harga boleh tahan tak mahal sngat

    ReplyDelete
  15. Tengok gambar-gambar tu nampak sooo temptingggg

    http://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete
  16. Harga pun berpatutan .kalau ditengok food presentation menarik . Tergugat tengok chicken chop yg banjir dgn black paper sause

    ReplyDelete
  17. Maju dah d apple ni

    dulu pernah jatuh sampai nak muflis

    ReplyDelete
  18. Boleh jadikan next tempat makan nak dituju. Hihihi.. bab makan memang ku laju.😂 -SALIZA SACHARI-

    ReplyDelete
  19. Nampak sedap harga pon boleh tahan murah. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  20. ok terus lapar. sungguh mengugat keinginan nk diet bila bca entri ana. hehehe

    ReplyDelete
  21. kenapa kak ana slalu jjcm niii. jeles tau tak.. huaaa. nak jgkk.

    ReplyDelete
  22. aa, depan office mek je yang KB tu. makanan dia ok. masa mek pregnantkan Amzar alah giler dengan kedai dia. masuk je kedai dia macam nk pengsan pening bau sos lada hitam. bila dah beranak ok pulak. hahaha

    ReplyDelete
  23. alahai sedapnya.. harga pun ok tu. boleh cuba ni

    ReplyDelete
  24. Sporting sunggu suami Ana ye sanggup pergi Damansara. Style cafe mmg itu itu ajelah menunya ye Ana. Tapi memang nampak sedaplah. Hakak pun dah terliur ni tau. Ana punya menu tu best, boleh rasa 2 jenis, spaghetti dengan chiken chop hihihi...

    ReplyDelete
  25. Bergelodak perut ni ha tengok makanan semua sedap2..kedai ni dalam The Strand ke?

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤